TM Liga Super - Perak Vs Kedah (review)
July 29th, 2010 by webmaster

Sabtu 31 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Saingan TM Liga Super 2010 telah masuk perlawanan ke 25 dengan pasukan Perak akan melayan kunjugan pasukan Kedah di Ipoh sabtu ini. Pertemuan pusingan pertama di Alor Setar pada 23 Januari 2010 berakhir dengan dengan keputusan seri 1 - 1.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar pada lewat babak pertama permainan. Dua pemain menerima kad merah pada perlawanan tersebut ialah Saufi Sa’aidi (Perak) dan Shafizan Hashim (Kedah) selepas terbabit dalam insiden pergaduhan.
Kedah bakal hadir dengan moral yang tinggi ke Ipoh setelah berjaya menundukkan Pahang di halaman sendiri dengan jaringan 3 gol tanpa balas manakala nasib tidak menyebelahi skuad seladang apabila tumpas tipis kepada Kuala Lumpur pada perlawanan tempohari.
Walaupun tewas jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika diajukan soalan tentang peluang skuad kendaliannya menjelang perlawanan sabtu ini berkata. “Kita mencatatkan keputusan seri 1 - 1 di Alor Setar jadi saya tidak nampak kenapa kita tidak mampu untuk membuat kejutan menewaskan mereka di halaman sendiri kelak” ujarnya.
“Kedah mempunyai pemain yang baik pada setiap posisi dan saya hormati kemampuan mereka yang dibarisi beberapa pemain skuad kebangsaan. Namun para pemain saya tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka apabila beraksi di Stadium Perak nanti.”
Jadual perlawanan Liga Super - 31 Julai 2010
Selangor vs Terengganu
Stadium Shah Alam
Negeri Sembilan vs Pahang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kuala Lumpur vs Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Pulau Pinang vs Perlis
Stadium Bandaraya Pulau Pinang
T-Team vs Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Johor FC vs Kelantan
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (review)
- TM Liga Super - Kedah Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Kelantan (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Pulau Pinang (review)
- TM Liga Super - Perak Vs T-Team (review)
4 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs Kedah (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Salam..
Perak terbilang…Perak no 1..
Tidak semudah itu untuk menewaskan Perak. . .
Salam Yob Semua
Game yang menarik untuk kedua-dua pasukan esok. Pertemuan pertama Liga Super lalu Kedah hanya mampu seri dengan Perak di tempat sendiri. Itulah jadinya memandang rendah keupayaan team lawan.
Kemenangan dengan Pahang di tempat sendiri Rabu lepas menaikkan sikit moral player untuk mencari 3 mata di Ipoh esok tapi harus berwaspada kerana takut memakan diri kalau terlalu yakin.
Dengan baki perlawanan hanya tinggal 1 lagi tidak termasuk game malam esok, Kedah harus mencari kemenangan untuk mengembalikan keyakinan penonton yang sebelum ni suam-suam kuku nak turun stadium serta sebagai persedian untuk kempen Piala Malaysia selepas Aidilfitri nanti.
Berjuanglah Sejiwa Murni, Sokongan Kami Bukan Sekadar Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman.
PULUN KEDAH PULUN…
salam…….
Harapan pada perlawanan kali ini
1. Dapat menyaksikan perlawanan yang bermutu dan berkaualiti
2. Dapat melihat keberkesanan pengadil melaksanakan tugasan secara jujur dan amanah
3. Penyokong menyokong bukan mencaci pemain pemain sendiri