TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 31 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 – 0 Kedah

Perak mengharungi perlawanan ke 25 TM Liga Super 2010 dengan bergaya apabila menewaskan Kedah dengan jaringan 1 gol tanpa balas malam tadi. Kemenangan ini cukup bermakna buat penyokong Perak selepas tewas kepada Kuala Lumpur sebelum ini.

Permainan dimulakan agak rancak dengan Perak lebih banyak mengatur serangan ke kubu pasukan lawan namun faktor padang yang becak kerana hujan lebat sedikit sebanyak merencatkan pergerakan bola dan mutu permainan kedua-dua pasukan.

Kehadiran penyerang muda dari skuad Presiden, Nurridzuan Hassan sedikit sebanyak merancakkan jentera serangan Perak dengan larian-larian deras ke pertahanan lawan sambil dibantu Benedict Martin, Nazri Kamal dan Isma Alif di bahagian sayap.

Tamat separuh masa pertama kedudukan masih kekal tanpa sebarang jaringan. Separuh masa kedua bermula, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Perak membuat pertukaran pertama memasukkan Khairul Izzat menggantikan Nurridzuan Hassan.

Tidak sampai seminit menggantikan tempat Isma Alif, Khalis Ibrahim menjadi watak penting malam tadi apabila berjaya menyambar bola muntah penjaga gol Kedah hasil percubaan pertama dari Nazri Kamal dan seterusnya menghasilkan gol pertama pada minit ke 86.

Mendahului lawan dengan 1 gol tidak mematikan nafsu skuad muda seladang ini untuk terus melancarkan beberapa lagi serangan merbahaya ke arah pintu gol lawan. Tamat tambahan masa 3 minit menyaksikan Perak meraih 3 mata untuk menduduki tangga ke 11 Liga Super dengan 27 mata mengatasi Perlis di tangga ke 12 dengan 26 mata.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran
Syazwan
Wan Azwari
Shafuan
Nanthakumar
Isma Alif – 2
Benedict
Nazri Kamal – 3
Nurridzuan Hassan – 1

Pertukaran:

Khairul Izzat – 1
Khalis Ibrahim  – 2
Shahrizal – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 31 Julai 2010

Selangor 2 – 0 Terengganu
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 5 – 0 Pahang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur 0 – 2 Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Pulau Pinang 0 – 0 Perlis
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

T-Team 5 – 0 Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 1 – 3 Kelantan
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

  1. razlan

    Salam,

    Bagi teman, man-of-the-match ialah penjaga gol, Kamarul Effendi yang banyak menyelamatkan percubaan merbahaya Kedah. Tahniah sekali lagi kepada para pemain dan coach, pastikan 3 mata dari perlawanan menentang Pulau Pinang Selasa ini untuk menamatkan kempen dengan 30 mata

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    Tahniah Perak. Tahniah coach. Tahniah to all players. Tahniah to all fans...

    Harap-harap tahun ni kita akan melepasi ke saringan suku akhir untuk Piala Malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. doyan

    alhamdulillah...kemenangan jua akhirnya bertemu Kedah di Perak setelah sebelum ini Perak asyik kantoi dengan Kedah di tempat sendiri.
    semoga kebangkitan pasukan kita ini akan diteruskan pada perlawanan esok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Maaf sebab lama menyepi. Walaupun begitu, teman berjaya meluangkan masa untuk ke Ipoh menyaksikan dua perlawanan penting Perak menentang K.Lumpur dan Kedah.

    Teman nak tumpukan perhatian kepada perlawanan yang Perak menang iaitu dengan Kedah. Walaupun teman sampai Ipoh hampir jam 9 malam, tapi teman nampak betapa hebatnya Perak yang berjaya mengekang semua serangan Kedah yang terdiri daripada pemain-pemain ternama.

    Tahniah buat Kamarul Effendi kerana beliau banyak menghalang bola dari menerobos pintu gol Perak. Benar kata Razlan, bayangkan, bola yang sepatutnya masuk tapi dinafikan oleh pertahanan terakhir Perak. Pertahanan kita nampak goyang sedikit sebab Kedah banyak idea untuk tembusi benteng kita. Musuh gagal menyelinap masuk melalui tengah namun begitu, mereka tidak putus asa, mereka cuba dari kiri dan kanan dan Baddrol Bakhtiar menjadi orang penting melakukan hantaran silang yang hanya perlu sedikit sentuhan untuk jaringkan gol.

    Teman puji sikap pemain kali ini. Semuanya memainkan peranan yang sepatutnya. Nurriduan pada teman adalah evolusi baru barisan serangan Perak. Coach perlu beri tumpukan perhatian finishing untuk beliau dan tingkatkan keyakinan untuk sudahkan gerakannya dengan gol. Nampak peningkatan berbanding perlawanan dengan N.Sembilan tempohari. Kini No.26 menjadi sebutan penyokong Perak.

    Keajaiban Khalis Ibrahim jelas malam Ahad tempohari. Ternyata Coach nampak kelemahan lawan iaitu sebelah kiri mereka yang dikawal Azmi Muslim yang sering bocor. Cuma Isma Aliff yang selalu gagal mencetus peluang kepada barisan serangan untuk disudahkan. Khalis Ibrahim yang tampil dengan imej berambut pendek dan kemas tidak menunggu lama dan menggunakan kelebihan sebagai super sub menghuru-harakan benteng lawan, berpunca dari hantaran beliau, Khairul Izzat membuat percubaan terbias Helmi Eliza dan dari kotak D Khalis Ibrahim dengan tenang menyudahkan dengan jaringan gol.

    Satu perkara yang teman nak ingatkan para pemain. Tanamkan satu prinsip dalam jiwa semua. Pedulikan siapa lawan kita, hayun je! Deme macam kita juga! Ingat, Piala Malaysia ada lagi lepas ni.

    Siapa kata Perak tak kuat? Buktikan!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.