TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 17 Julai 2010
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Perlawanan ke 23 bagi pasukan Perak dalam saingan TM Liga Super 2010 ialah menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi sabtu ini. Pertemuan pertama di Ipoh pada 20 April 2010 menyaksikan Perak berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 2 – 1.

Pada perlawanan tersebut juga jurulatih Raja Azlan meletakkan penjaga gol muda, Khairul Amri beraksi buat pertama kali dalam barisan utama Perak. Untuk perlawanan kali ini, Kamarul Effandi dijangka akan diturunkan berdasarkan aksi konsisten sebelum ini.

Perak bakal menerima kembali khidmat ketua pasukan K. Nanthakumar dan Nazri Kamal yang bebas dari penggantungan perlawanan. Namun kelibat Razali Umar sudah boleh dilupakan apabila mengalamai kecederaan sewaktu menentang pasukan T-Team tempohari.

Difahamkan menurut sumber, Razali yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan “meniscus tear” beberapa hari yang lalu akan berehat sekurang-kurangnya sebulan dan bakal terlepas semua baki perlawanan Liga Super yang akan datang.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata jentera serangan Perak bakal disandarkan ke bahu Shahrizal Saad, Fauzzi Kassim atau pemain muda dari skuad Presiden, Nurridzuan Abu Hassan dengan formasi yang sama (4-2-3-1) ketika menentang Selangor dan T-Team.

Jadual perlawanan Liga Super – 17 Julai 2010

Selangor vs Pulau Pinang
Stadium Shah Alam

Kuala Lumpur vs Kelantan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC vs Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Perlis
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs T-Team
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (review)

  1. dody

    Persembahan perak dalam 2 perlawanan selepas berehat panjang boleh dikatakan akan meningkat.Diharapkan dengan prestasi sebegini dapat diteruskan bagi mengutip semaksima mata dalam 4 perlawanan terakhir.Saya berharap pemain-pemain terus bersemangat untuk berjuang.Walaupun khidmat Razali tidak dapat digunakan,pasukan perak masih mempunyai ramai pemain yang mampu menggalas tugas beliau.Selamat Berjaya Perak.Penyokong sentiasa bersama anda!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam...
    Teman rasa simpati juga ke atas kecederaan yang menimpa Razali...walaubagaimanapun tanpa kelibat beliau teman yakin pasukan Perak masih mampu berbuat sesuatu...ini setelah dilihat perkembangan pasukan sendiri biarpun dengan kehadiran Razali penyudah di bahagian serangan kurang berkesan bahkan bahagian midfield pula yang lebih banyak menjaringkan gol (merujuk kepada prestasi Nazri Kamal)..
    Teman harap malam ni Perak masih mengekalkan momentum sepertimana perlawanan sebelum ini...dijangkakan juga Perak dapat menambah mata demi mata untuk baki 3 perlawanan selepas ini demi mengelakkan tersungkur ke Liga Perdana tambahan pula kesemua game bakal berlangsung di tempat sendiri...
    Skor Yob Skor...sampai bolehhh!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.