TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 17 Julai 2010
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Negeri Sembilan 0 – 0 Perak

Perak berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan ke 23 TM Liga Super 2010 menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi malam tadi. Permainan separuh masa pertama agak hambar tanpa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan meningkatkan jentera serangan mereka dengan asakan bertali arus namun masih tiada percubaan-percubaan yang boleh membahayakan. Perak hanya sekali sekala sahaja menyerang balas ke kubu tuan rumah.

Dengan keputusan seri ini meletakkan Perak masih di tangga ke 12 Liga dengan 24 mata berbanding pasukan Johor yang tewas kepada pasukan Terengganu di tangga ke 13 dengan 16 mata dan Pulau Pinang di tempat terakhir dengan 9 mata.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran
Syazwan
Wan Azwari
Benedict – 2
Shahrizal
Nanthakumar
Isma Alif
Hafiz Rahman – 1
Nazri Kamal

Pertukaran:

Nurridzuan Hassan – 1
Khairul Izzat  – 2

Keputusan perlawanan Liga Super – 17 Julai 2010

Selangor 3 – 0 Pulau Pinang
Stadium Shah Alam

Kuala Lumpur 0 – 2 Kelantan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC 1 – 1 Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang 3 – 2 Perlis
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 2 – 0 Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 2 – 2 T-Team
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (result)

  1. dody

    Tahniah kepada pasukan perak yang berjaya mencuri 1 mata berharga dari Paroi.Boleh dikatakan perak bermain secara defensive dan hanya bergantung kepada hantaran hantaran jauh untuk melakukan serangan.Namun sudah menjadi lumrah di dalam bola sepak dimana jika pasukan yang ditentang hebat,taktik "negative" ini bole dipraktikkan bagi mengelakkan kekalahan.Dan dari satu sudut positive dapat kita lihat pertahanan perak amat kental dan berdisplin.diharapkan kecemerlangan pertahanan dapat di teruskan pada perlawanan seterusnya sementara bahgian serangan harus digilap bagi memastikan kita dapat menjaringkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    Barisan Perak yang ada ini , dari segi defensive mampu menyaingi mana pasukan terbaik dalam liga Malaysia..tetapi kreativiti midfilder serta ketajaman para penyerang Perak adalah pada tahap yang mana kita berada di sekarang iaitu ranking ke 12 dalam liga.

    Namun begitu, cleansheet 2 game dalam 3 perlawanan adalah satu kemajuan yang amat baik. Dengan corak formasi baru 4-2-3-1 yang dipamerkan. ternyata Nantha dan Nazri Kamal berjaya menyerap tekanan pihak lawan yang berperanan selaku central/defensive midfielder dibantu dengan disiplin kental oleh 4 bek Perak.

    Formasi ini adalah formasi moden yang digunakan oleh Pasukan seperti Brazil, German dan Belanda...mungkin juga Spain kerana menggunakan Top Striker, David Villa sebagai senjata utama.. Dan ternyata formasi ini telah banyak digunakan oleh Pasukan utama di dunia. Malah, Dunga sehingga sanggup mengorbankan corak permainan Samba untuk bermain sistem formasi 4-2-3-1 , dengan meletakkan Melo, G.Silva bermain bahagian Central.
    Hasilnya mereka membentuk sistem pertahanan yang mantap , dan lebih kebal. Brazil berjaya memenangi Copa America, Piala Konfederasi dan kedudukan no. 1 dalam Kelayakan Piala Dunia. Namun, akhirnya terpaksa akur dalam Piala Dunia kepada kehebatan Belanda, atas gol sendiri oleh Melo serta tidak mempunyai penyerang yang sebaik Ronaldo/Romario untuk edisi kali ini.

    Saya pernah komen bahawa taktikal 5-3-2 yang digunakan oleh Raja tidak sesuai, kerana kita tidak mempunyai pemain yang sesuai untuk formasi itu.

    Corak formasi ini dikatakan negatif, dan terbukti di Negeri Sembilan, ada pemain lawan memberi komen di akhbar bahawa corak permainan perak sangat negatif serta berkampung di kawasan sendiri. Namun sekiranya kita mempunyai pemain berkaliber di bahagian tengah untuk menjana serangan serta menjaringkan dan Top Striker yang diletakkan haruslah tajam dan berbisa supaya tidak tenggelam dalam permainan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Pada pandangan teman corak permainan yang dipamerkan oleh pemain pemain pasukan Perak pada kali ini agak merudum berbanding ketika menentang Selangor sebelum ini.

    Namun apa yang membanggakan mereka mampu untuk bertahan sehingga menyukarkan bahagian serangan tembus untuk menjaringkan gol sambil dibantu oleh kecemerlangan Kamarul Efendi.

    Dibahagian serangan masih lagi tumpul,takkan hanya ingin mengharapkan Razali Umar Kandasamy sahaja,Diharapkan Perlawanan selepas ini Coach akan dapat memberi latihan yang lebih hebat terhadap penyerang penyerang pasukan agar mereka ini dapat juga menjaringkan gol untuk memastikan 3 mata milik pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.