Majlis Taklimat Serta Dialog antara Ahli-Ahli Gabungan dan Daerah bersama Pemangku Presiden PAFA

24 July 2010, Hotel Lagenda, Taiping

Satu majlis taklimat serta dialog antara ahli-ahli gabungan PAFA dan daerah bersama pemangku presiden persatuan bolasepak negeri Perak (PAFA) telah diadakan di Hotel Legenda, Taiping pada 24 Julai 2010 (Sabtu) mulai jam 10.30 pagi hingga jam 5 petang.

Antara Objektif Taklimat ini adalah :-

1) Taklimat pengurusan pemasaran – Encik Ruslan Zainal Abidin

2) Penerangan Pertandingan 2010 PAFA – Encik Aziz Yeop

3) Peraturan Pencalonan Ahli Majlis PAFA – Encik Khairuddin bin Ahmad

4) Dialog antara ahli gabungan dan Pemangku presiden PAFA.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Encik Khairuddin bin Ahmad (Naib Presiden) bagi pihak Pemangku Timbalan. Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya dapat bekerja sebagai satu keluarga, memberi idea untuk sama sama dapat merencanakan masa depan kearah penambaikkan

Beliau turut mengumumkan bahawa Kongres Tahunan PAFA akan diadakan pada 7 Ogos 2010 di Hotel Heritage Ipoh. Bersempena dengan majlis tersebut, perlawanan akhir Piala Datuk Seri Abdullah Hishan akan diadakan di Ipoh.

Didalam ucapan beliau menerangkan bahawa proses pemilihan kali ini akan diadakan secara pencalonan buat pertama kalinya dijalankan oleh PAFA. keputusan tersebut telah dicapai pada mesyuarat Ahli Majlis PAFA pada 24 April 2010 secara sebulat suara.

Sejurus selepas itu Encik Aziz, juga merupakan pengerusi pertandingan telah menerangkan status pertandingan yang di anjuran oleh PAFA, antaranya adalah Status Piala Dato Seri Nizar, Piala Datuk Seri Abdullah Hishan (juga dikenali sebagai Piala FA), Piala bawah 19 tahun dan Piala Juara Juara yang membabitkan pasukan-pasukan yang melayakkan diri ke suku akhir Piala Datuk Seri Nizar & Piala Datuk Seri Abdullah Hishan.

Encik Khairuddin turut menerangkan undang-undang proses pencalonan secara terperinci.

Wakil Daerah Larut Matang dan Selama yang tampil untuk memberi pandangan telah menyokong sepenuh cadangan proses pencalonan yang bakal diperkenalkan kelak.

Sesi dialog juga berjalan lancar dengan pelbagai pandangan serta idea-idea untuk mempertingkatkan lagi mutu pengurusan PAFA masa depan.

Sumber laporan : Kelab Seladang

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum on by .

About seansan

Anak kelahiran Perak jam 5 ptg di Ipoh (bukan mcm yb lahir kat KL). Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, IPTS, IPTA tak pernah diluar Perak. Sekarang kerja pun dalam Perak. Memang sayangkan Perak bumi tercinta. Akan terus berbakti pada negeri Perak insyallah.

4 thoughts on “Majlis Taklimat Serta Dialog antara Ahli-Ahli Gabungan dan Daerah bersama Pemangku Presiden PAFA

  1. YB

    Tambahan Maklumat:

    Encik Zul (Presiden Kelab Seladang) telah mengusulkan kepada Pemangku Presiden, Dato Seri Abdullah Ihsan tentang cadangan membawa masuk para pelajar yang berumur di bawah 15 tahun (kelahiran 1995 ke atas) untuk masuk secara percuma pada baki 3 perlawanan Liga Super 2010 di Ipoh.

    Cadangan beliau dipersetujui oleh Pemangku Presiden yang berharap perkara ini dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ye sangatlah tu, padan le BM kamu masa SPM mujor tak mangkor, cukup-cukup makan je !!!. 15 tahun ke bawah mustilah kelahiran 1995 ke atas yakni 1996, 1997, 1998, 1999 bla bla bla, kalau 1995 ke bawah dia jadi 1994, 1993, 1992, 1991 bla bla bla, ater masa bila nak jadi bawah 15 tahun?

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.