feed rss2

Archive for July, 2010

TM Liga Super 2009

Sabtu 31 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 - 0 Kedah

Perak mengharungi perlawanan ke 25 TM Liga Super 2010 dengan bergaya apabila menewaskan Kedah dengan jaringan 1 gol tanpa balas malam tadi. Kemenangan ini cukup bermakna buat penyokong Perak selepas tewas kepada Kuala Lumpur sebelum ini.

Permainan dimulakan agak rancak dengan Perak lebih banyak mengatur serangan ke kubu pasukan lawan namun faktor padang yang becak kerana hujan lebat sedikit sebanyak merencatkan pergerakan bola dan mutu permainan kedua-dua pasukan.

Kehadiran penyerang muda dari skuad Presiden, Nurridzuan Hassan sedikit sebanyak merancakkan jentera serangan Perak dengan larian-larian deras ke pertahanan lawan sambil dibantu Benedict Martin, Nazri Kamal dan Isma Alif di bahagian sayap.

Tamat separuh masa pertama kedudukan masih kekal tanpa sebarang jaringan. Separuh masa kedua bermula, kedua-dua… Continue reading

TM Liga Super 2009

Sabtu 31 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Saingan TM Liga Super 2010 telah masuk perlawanan ke 25 dengan pasukan Perak akan melayan kunjugan pasukan Kedah di Ipoh sabtu ini. Pertemuan pusingan pertama di Alor Setar pada 23 Januari 2010 berakhir dengan dengan keputusan seri 1 - 1.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar pada lewat babak pertama permainan. Dua pemain menerima kad merah pada perlawanan tersebut ialah Saufi Sa’aidi (Perak) dan Shafizan Hashim (Kedah) selepas terbabit dalam insiden pergaduhan.

Kedah bakal hadir dengan moral yang tinggi ke Ipoh setelah berjaya menundukkan Pahang di halaman sendiri dengan jaringan 3 gol tanpa balas manakala nasib tidak menyebelahi skuad seladang apabila tumpas tipis kepada Kuala Lumpur pada perlawanan tempohari.

Walaupun tewas jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika diajukan Continue reading

TM Liga Super 2009

Rabu 28 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 1 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1 gol pada perlawanan ke 24 TM Liga Super 2010 menentang tuan rumah Perak di Ipoh malam tadi. Walaupun tewas, penyokong skuad seladang tidak sewajarnya bersedih kerana masih ada khabar gembira menanti.

Terima kasih kepada pasukan Johor FC atas kemenangan menewaskan tetangga mereka Johor dengan keputusan 5 - 0. Dengan keputusan tersebut, pasukan Johor tidak mampu lagi memintas pasukan Perak walau apa jua keputusan yang dicatatkan kelak.

Berita ini juga menandakan bahawa pasukan Perak akan layak secara merit untuk perlawanan Piala Malaysia yang dijangkakan selepas Hari Raya Aidilfitri termasuk kekal di dalam Liga Super 2011 jika tiada sebarang perubahan format pertandingan oleh FAM.

Perlawanan pada separuh masa pertama… Continue reading

TM Liga Super 2009

Rabu 28 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan TM Liga Super 2010 ke 24 bagi pasukan Perak adalah menentang pasukan Kuala Lumpur di Ipoh malam esok. Pertemuan pertama di Cheras pada 24 April 2010 berakhir dengan Perak tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 2 - 1.

Gol tunggal Perak pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Nazri Kamal pada lewat permainan. Pada perlawanan ini juga Shahrizal Saad telah dimasukkan sebagai pemain gantian namun keluar beberapa minit kemudian kerana mengalami kecederaan.

Perak pada 3 perlawanan terakhir telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan bermula dengan menewaskan Selangor di Ipoh selain mencatatkan keputusan seri sewaktu di tempat lawan menentang pasukan T-Team dan Negeri Sembilan.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi cukup optimis tentang peluang skuad kendaliannya menewaskan pasukan Kuala Lumpur malam… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]