TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 1 Jun 2010
Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu
8:45PM

Kelantan 2 – 0 Perak

Keputusan perlawanan ke 20 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu malam tadi memihak kepada pasukan tuan rumah, Kelantan yang berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 2 gol tanpa balas.

Seawal minit ke 24 separuh masa pertama, Kelantan nyaris di depan apabila sepakan percuma yang diambil oleh Badhri Radzi di luar kotak penalti Perak melencong ke penjuru pintu gol tetapi mujurlah Khairul Izwan sempat menepis keluar bola tersebut.

Khairul Izzat

Khairul Izzat (kanan)

Sewajarnya Kelantan bermain dengan 10 orang pemain apabila Azizi Mat Rose menjatuhkan Khairul Izzat di luar kotak penalti Kelantan dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Kelantan namun pengadil, Ahmad Boestaman sekadar melayangkan kad kuning.

Tamat separuh masa pertama kedudukan kekal tanpa sebarang jaringan. Pada separuh masa kedua minit ke 46. Nor Farhan tenang merembat kencang bola dari luar kotak penalti Perak yang memperdayakan Khairul Izwan untuk gol pertama tuan rumah.

Pasukan tuan rumah terus mengasak hebat dan pada minit ke 55 Akmal Rizal terlepas peluang menambah gol untuk pasukan Kelantan apabila tampanan beliau di depan pintu gol Perak sedikit tersasar selepas menerima bola hasil sepakan sudut Badhri Radzi.

Thevaggaran Nair

Thevaggaran Nair (kiri)

Minit ke 83, Cik Hishamudin Hassan yang baru dimasukkan tidak sampai 1 minit terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berebut bola bersama pemain Perak, Syazwan Roslan. Kelantan terpaksa bermain dengan 10 orang pemain kerana Cik Hishamudin Hassan adalah pemain gantian yang ketiga ketika itu.

Indra Putra bernasib baik apabila hanya menerima kad kuning pada minit ke 88 selepas dengan jelas menyiku ke muka Khalis Ibrahim tanpa sebab walaupun sewajarnya beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Ahmad Boestaman.

Ketika tambahan masa 4 minit, Norshahrul Idlan membuat hantaran menarik kepada Hairuddin Omar yang kemudiannya memperdayakan pertahanan Perak, Sathiakumaran sebelum merembat deras melepasi kawalan Khairul Izwan untuk gol kedua minit ke 92.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Sathiakumaran
Syazwan
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim
Nazri Kamal – 2
Khairul Izzat
Saufi Sa’aidi – 1

Pertukaran:

Thevaggaran – 1
Isma Alif – 2

Keputusan perlawanan Liga Super – 1 Jun 2010

Plus FC 1 – 1 Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang 1 – 0 Kuala Lumpur
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 1 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor 1 – 2 Selangor
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis 0 – 1 T-Team
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah 0 – 0 Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (result)

    1. YB

      Apa yang di 'memperbaiki' tu yob? persembahan pemain ke? coach ke? kereta ke? handphone ke? cakap biorlah terang sikit. Tinggi benor bahasa kiasan mike ni, orang-orang tertentu je boleh paham...errrr..yang rasa diri deme bijak pandai le... kui kui kui.

      Likes(0)Dislikes(0)
  1. sunrise

    salam.....

    Sememangnya Pasukan Perak dimasa ini dilanda perbagai masalah yang tidak dapat dirasai semua pasukan dimana, pasukan terpaksa mengharungi perlawanan dari utara ke selatan dan terus ke timur dengan hanya selang beberapa hari secara berturut turut.

    Tetapi perkara sebegini rupa tidak harus dijadikan alasan yang kukuh bagi meredakan kemarahan penyokong penyokong disekeliling anda.

    Masalah yang paling utama dihadapi oleh pasukan dari awal musim sehingga ke perlawanan yang terakhir ini ialah masalah pemain pemain yang masih belum tahu bagaimana caranya untuk melakukan sepakan dan hantaran yang berkualiti,adakah latihan yang diberi tidak mencukupi ataupun sememangnya anda semua tidak mahu menyepak dan melakukan hantaran dengan bersungguh sungguh atau melakukannya dengan sebaik yang boleh. Masalah sedemikian juga bukan sahaja berlaku pada kali ini malah ianya telah berlaku dari musim lepas lagi.

    Masalah yang kedua pula, pemain pemain dari posisi tengah gagal berfungsi dengan sebaik mungkin,contoh Nazri Kamal,memegang bola ditengah padang terlalu lama walhal dua ke tiga pemain lawan telah pun mengepung sehingga sukar untuk Nazri Kamal bergerak,dalam masa yang sama rakan rakan yang berada dikiri dan kanan telahpun bersedia untuk menerima bola tersebut apabila diberi. Shafuan Adli pula seorang pemain diposisi tengah yang boleh dianggap malas,kerana apabila hantaran daripada rakan rakan yang lain agak jauh sedikit dari kaki mulalah pergerakan beliau terhenti dan kaku seolah olah tidak tahu bagaimana cara untuk mengejar atau merebut dan sebagainya. Shafuan Adli juga seharusnya tidak tamak kerana anda yang sepatutnya berada diposisi tersebut harus mencipta ruang untuk pemain pemain dibahagian serangan melaksanakan tugasan seterusnya.

    Tetapi perkara yang paling mengecewakan ialah merudumnya persembahan K.Nanthakumar yang juga seorang ketua pasukan gagal melakukan sepakan sepakan dan hantaran hantaran yang baik seperti sebelum sebelum ini.Apa yang sudah terjadi????????

    Diwaktu beginilah peranan Raja Azlan sebagai seorang jurulatih harus kerap bersuara bagaimana untuk menyedarkan pemain pemain yang sedang tidur dalam sedar. Pemain pemain akan merasakan bahawa pergerakan dalam permainan mereka adalah betul kerana tiada follow up daripada jurulatih.Jadi mereka akan meneruskannya dengan penuh keyakinan walaupun ianya salah.Walaupun suasana distadium terlalu riuh dengan pekikan suara penyokong The Red Warriors tidak bermakna jurulatih tidak perlu memekik untuk memberikan arahan dan teguran.

    Teman hari ini sudah kembali sedar,dimana formasi 3-5-2 sebenarnya adalah formasi yang sesuai untuk dilaksanakan kerana jelas pergerakan pergerakan pasukan Kelantan agak terbatas ekoran kemantapan pemain pertahanan dan penjaga gol pasukan Perak telah melakukannya dengan begitu baik.Tetapi harus juga diingati dimana diminit minit akhir jurulatih haruslah melakukan sesuatu,kerana yang pasti tenaga pemain pemain sebenarnya sudah hampir kehilangan seratus peratus, mungkin Raja Azlan boleh mengubah formasi dengan serta merta berkemungkinan tukar ker 5-3-2 ataupun 5-4-1 itupun seandainya inginkan keputusan sedia ada terus kekal.

    Mungkin juga seandainya jurulatih inginkan pasukan bermain secara menyerang habis habisan,bolehlah melakukan satu pertukaran yang berani seperti mana dilakukan oleh jurulatih dari pasukan pasukan lain,contoh membuat pertukaran pemain yang berada diposisi tengah dikeluarkan dan memasukkan sesiapa sahaja pemain dari posisi penyerang. Contoh ketika perlawanan menentang Kelantan,bolehlah mengeluarkan Nazri Kamal atau Shafuan Adli digantikan dengan Thevaggaran Nair,ataupun Fauzi Kassim.tidak semestinya mengantikan dengan Isma Alif diposisi tersebut.

    Masalah ketiga ialah pemain pemain gemar memberikan kelonggaran kepada pemain lawan melakukan hantaran dan percubaan melakukan rembatan kearah gawang gol,masalah ini juga telah berlarutan dari dahulu lagi.

    Diharapkan percutian liga yang panjang ini dapatlah Raja Azlan kembali mendidik segala kelemahan pemain pemain agar apabila perlawanan selepas percutian ini akan mula kembali bernafas dan berwajah baru,mungkin Raja azlan serta pihak pengurusan yakin akan wujudnya kebangkitan selepas ini,tetapi kami penyokong bola sepak Perak agak resah dimana kedudukan pasukan yang berada dihujung tanduk ini tidak mampu untuk meneruskan perjuangan.Kami juga mengharapkan pemain pemain yang kini dilanda masalah kecederaan akan sembuh demi meneruskan perjuangan liga super musim ini sekurang kurangya layak ke saingan Piala Malaysia dan secara automatik mengekalkan pasukan dalam Saingan Liga Super musim hadapan.

    Kepada Raja Azlan teman hanya ingin memberi pendapat,kalau boleh dapatkan rakan rakan anda yang sememangya boleh dipercayai untuk membantu anda,contohnya mengumpulkan empat ke lima orang untuk duduk disetiap penjuru tempat duduk di stadium,agar dapat menilai prestasi kesemua pemain ketika perlawanan,dan anda seharusnya sentiasa berkomunikasi mungkin melalui telefon bimbit atau walkie talkie,agar mempermudahkan anda melakukan strategi yang baru diseparuh masa ataupun perlawanan seterusnya. Kejayaan harus diraikan bersama sama dan kegagalan juga harus dirasai bersama sama.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. doyan

    assalamualaikum...
    kepada Raja Azlan...jika anda buntu memikirkan persembahan pemain-pemain anda yang saya rasa main pun dah tak semangat...anda rehatlah sepuas-puasnya dahulu,lepas tuh tanyalah mentor anda sama ada Dato M Karathu atau jurulatih-jurulatih yang boleh menambahkan pengetahuan untuk anda kendalikan permasalahan ini.
    kami yang melihat ini rasa dah macam hilang semangat tetapi dihati kecilku mengatakan sebenarnya mereka-mereka ini boleh bermain dengan baik kerana mereka pernah menunjukkan nyer tetapi ada perkara yang membelenggu didalam fikiran mereka.
    carilah pemain yang boleh mengatur rentak perlawanan di bahagian tengah.Nazri Kamal bagi aku kurang sesuai kerana dia kekeringan idea...bawak bola lepas tuh terlepas.ambik ler penyerang terhebat walau stanley bernard sekalipun tapi kalau pemain tengah tak menghantar bola...teruk ler deme.kalau boleh bincanglah balik dengan Razali Umar kerana bagi aku Perak memerlukan dia.sedangkan Nabi pun ampunkan ummat inikan kita

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. spectator

    tahniah teman ucapkan kepada pasukan perak yang telah mempersembahkan aksi yang cukup memalukan.Teman tak pernah melihat skuad perak yang teman sokong berpuluh tahun selama ini bermain dengan aksi seburuk sebegini untuk musim ini..tahniah..

    kita sebagai penyokong pasti merasai kecewa dan sedih melihat situasi begini. Dan kita juga bebas melahirkan pendapat masing-masing untuk mencari apa punca masalah ini berlaku. Teman tak mahu menyentuh soal punca atau apa penyelesaian yang perlu dibuat, sama-samalah kita fikir dan tunggu tindakan selanjutnya dari pihak-pihak yang berwajib..

    cuma yang teman nak sentuh ialah kualiti yang ada pada pemain kita. maaf cakap, macam tak pernah berlatih. seperti yang geng-geng kita sentiasa komen, 'basic football' pun tiada, macam mana nak bertanding dalam pertandingan seperti liga super?? teman lihat tak ubah seperti main di liga-liga daerah/kampung. pemain kita nak pegang bola pun dah tak yakin, apatah lagi nak membuat hantaran? pemain tengah statik, padahal bukan sebulan dua baru main bola. nantha, nazri kamal umpamanya, antara yang paling banyak pendedahan dalam liga, tapi permainan yang ditunjukkan? bak kata pengulas malam tu ketika lawan kelantan, midfield perak terlalu lambat untuk membantu. terlalu takut, hebat sangat ke pemain-pemain kelantan tu? kita sentiasa bertahan dan bertahan, walau sehebat mana pun pertahanan, kalau tak disokong oleh keyakinan dan kemantapan pemain tengah dan serangan, pasti rebah...

    teman rasa kita akan kekal di liga super, sebabnya kita setakuk lebih baik dari johor dan pulau pinang...

    mujurlah...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Masalah 'basic football' tu masalah yang tenggelam timbul yob. Bukan selalu deme main macam ni. Kadang-kadang ok kadang-kadang tak. Pendek kata konsistensi tak dak langsung.

      Pemain bukan tak boleh main cuma persembahan tidak konsisten. Dan masalah utama Perak sejak tim muka baru adalah bahagian tengah dan ianya bukan masalah baru. Telah cuba diperbaiki tapi makin lama makin tak menjadi.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. spectator

        teman tak rasa langsung permainan deme ok...kualiti tu kurang sangat..bak kata kawan kita si zizou di bawah ni, prestasi skuad musim lepas lebih baik dari musim ni...bagi teman, hampir tiap2 game deme main corak macam ni terutamanya bila main di luar atau main dengan pasukan 'heavyweight'...

        ni benda nyata dan jelas, kalau benda-benda asas tu tiada, jauhilah dari nak cakap pasal taktikal..contohnya, pemain tengah pun tak tau mana patut posisi deme kena ada, macam mana? tu dah kira perkara asas la tu..

        yang teman nampak bagus sikit, pertahanan. itu tak dapat dinafikan ada kematangan..bahagian tengah dan penyerang? mengucap panjang menengoknya....

        takpe yob..musim ni insyaAllah kita selamat lagi...

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Kebanyakan komen-komen semua nya adalah ulangan je. Kalu tak caye tengok artikel masa tim kita kalah dalam game-game yang lepas.

          Menang dengan N.Sembilan setengah orang senyap je.( Golongan tertentu). Tu contoh la. Teman cakap berdasarkan bukti sahih. Perak pernah bermain baik tapi TIDAK KONSISTEN, tu je.

          Mungkin percaturan tidak menjadi. Itu je pemain yang kita ada, redha je. Tunggu kot-kot ada rezeki dan hikmah disebalik kemelut ni.

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    Sewaktu Perak di bawah Steve Darby, sistem 3-5-2 ini telah memberikan possesion ball yang sangat tinggi kepada pasukan perak, dan hanya kalah dengan beberapa pasukan...pada pengamatan saya, di bawah Raja Azlan, hanya sistem pertahanan sahaja yang berdisplin dan bermain dengan cukup baik.

    Akan tetapi, sampai bila nak bertahan...kalau letak golkeeper Buffon, dan defender John Terry, Ferdinand, Maicon, Puyol pun, kalau dah kena serang bertalu-talu, akhirnya akan bolos jugak.

    Saya secara peribadi, menganggap Raja Azlan telah gagal dalam percaturan taktikal.

    Saya amat puashati dengan corak pertahanan Perak, tetapi tengah dan serangan tidak berfungsi dengan baik.

    Saya lebih gemar untuk bandingkan semasa era Karathu dan Raja Azlan. Era Karathu - pemain sangat muda, tiada pengalaman tetapi banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol, permainan lebih pantas cuma tiada kekuatan mental dan tidak tajam menyudahkan peluang.

    Tahun ini pula, corak pertahanan sangat baik, pemain seperti Nantha penuh pengalaman. Hafizuan semakin matang, Nazri telah menjaringkan beberapa gol yang menarik tahun ini, Saufi Saadi telah berjaya menarik perhatian Rajagopal, Penjaga Gol Khairul Izwan mempamerkan aksi yang meyakinkan...tetapi secara kolektifnya, saya menyifatkan Karathu lebih berjaya.

    Raja Azlan tidak mencapai KPI...saya fikir jika Raja Azlan masih kekal selepas jurulatih sekiranya Perak menamatkan pada kedudukan bawah 10, pasti penyokong setia akan menjauhkan diri lagi daripada Stadium Perak...percayalah, kerana ianya telah pon berlaku sekarang...kerana itulah ciri2 penyokong di Malaysia yang tidak mungkin dapat diubah. Sokong ketika di puncak sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      maaf kepada Zizou,teman berpendapat sebebarnya formasi 3-5-2 sebenarnya formasi yang amat bagus,dimana apabila bertahan semestinya 6 ke 7 orang akan bertahan. Maka disini sebenarnya masalah utama yang telah teman kaji,berkemungkinan masalah stamina. Seharusnya diminit minit akhir berkemungkinan jurulatih haruslah melakukan rombakan formasi.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. doyan

    aku rasa kalo Perak dapat seorang lagi pemain tengah yang boleh mencorakkan perlawanan...insyaallah Perak boleh bersaing

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Dulu kita harap Nazri Kamal, harap-harap dia boleh cepat matang dan jadi Penggerak Jentera Tengah, lepas tu Shapuan dan Wan Azwari masuk ada nampak sikit perubahan nak pulak Nanthakumar masuk untuk kuatkan bahagian Tengah. Tapi nampaknya masih kelam kabut di situ sampai ke hari ni.

      Pemain tengah yang baik mestilah tenang dan kreatif. Control Ball yang mantop dan berkemahiran tinggi. Dia boleh mengawal permainan dengan baik termasuk mengubah rentak permainan lawan (Neutralise). Hantaran dia kalau 100 mesti accurate 90% atau lebih. Barulah bahagian tengah kita boleh control. Yang terjadi sekarang, kita banyak main hantaran jauh dari bawah terus ke atas yang sampainya belum pasti. Bahagian tengah kerap kosong. Samada pemain tengah lari ke atas atau turun ke bawah dan lambat ambil tempat dia semula di saat dia sepatutnya berada di tempatnya.

      Free Kick jarak dekat atau sederhana boleh menjadi kita punya cara untuk jaringkan gol. Kemampuan Shapuan Adli dan Wan Azwari perlu digarap dan dipertajamkan (Set Pieces) perlu diberi perhatian semasa latihan. Saya yakin itulah senjata utama kita.

      Pertahanan kita tampak agak kuat tapi agak goyang jika setelah menerima asakan menggila pihak lawan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. doyan

        nazri tu kadang-kadang dia ok tapi bagus dia yang menyebabkan kekurangan dia tersembunyi adalah kerana rajin mencuba dari jarak jauh.pulak tuh gol dah 4-5 biji.pemain lain kalau boleh nak pass pada penyerang jugak.nazri nih watak dia macam perancang tengah menyerang.sepatutnyer dia tenang,tidak ler baru bawak 3-4 langkah bila datang 2 orang pemain lawan dah mengelabah.shafuan adli pun aku nampak dia nih pun lebih kurang jer ngan Nazri kamal tapi nazri kamal nih lagi ketara.rasa aku isma aliff lagi bagus kualitinyer cuma kurang pengalaman.mintak-mintak ler Raja Azlan cuba lagi isma aliff main lagi di posisi itu dikesebelasan utama pulak.cuba dulu.Penyerang baru nih ada gaya-gaya boleh menyerlah mungkin thevaggaran gugup lagi kot.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Hah..mike mengingatkan teman Doyan..hehe..Betui tu, Isma Aliff. Teman hampir terlupa sebenarnya. Sebab lama sangat dia tak masuk dalam 1st Eleven.

          Harap Coach dapat try masukkan Isma Aliff. Sebab teman masih ingat satu masa dulu, gandingan Isma dan Nazri pernah serasi. Itu dulu la. Isma Aliff juga pemain yang berkemampuan untuk kawal bahagian tengah.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. sunrise

            sebelum tu teman nak mintak maaf la kerana nak mencelah sikit, pada penghayatan dan penilaian teman dalam beberapa perlawanan diluar ipoh mahupun di ipoh,

            Teman lihat Isma Alif nie tak sesuai berada diposisi tengah,beliau akan beraksi lebih baik apabila beliau diletakkan di posisi sayap.

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. syidi

              Betui la gak Sunrise pun. Tapi apa kata balik pada asal macam awal-awal dulu. Mesti gempak sebab masa tu Karathu lain formasinya ada nampak baik sikit.

              Likes(0)Dislikes(0)
  6. bobiNHo84

    salam...

    Komen la sepanjang mane pun..
    Komen la sepedas mane pun..
    Komen la sepadat mane pun..
    Komen la sekeras mane pun..
    Komen la seringkas mane pun...
    Komen la ape jue kelemahan...
    Komen la ape jue kekuatan yg kite ade...

    Tetapi.....

    STILL TIADA DAN TIDAK AKAN ADA PERUBAHAN!!!!!!!!!!

    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. faz_lampard

    Salam

    Betul kata-kata syidi tu .. aku sangat setuju .. isma yang aku rasa sangat berbakat .. aku harap isma boleh turun menggantikan khalis untuk game seterusnya ..

    Walau apa pun terjadi saya tetap percaya kepada coach dan pasukan..kita habiskan season ini misi untuk menyelamatkan diri dari tersingkir ..

    kita ada game kat home yang kita mesti target menang .. KL Plus, Penang, T Team, Kedah .. saya percaya kita MESTI SELAMAT ...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. faz_lampard

      lagi satu .. saya rasa kita kekurangan crossing & shooting
      coach.. sila buat sesuatu untuk ini yer..
      saya rasa hafizuan bagus jika diletakkan di tengah sebab
      dia mempunyai idea .. saya sangat berharap dia diletakkan dia jentera perancang ..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. spectator

      kita akan selamat tetapi kita tidak biasa dengan situasi begini...tu yang menggelabah je semua penyokong...

      sapa yang tak kecewa...cuma kita kena terima hakikat kita sedang menjunam...berdoalah kita sesuatu akan berlaku agar kita dapat semula memanjat ke puncak...

      amin....

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. doyan

    jadi...bagi aku harapan kita adalah dalam rehat lama ini ada sinar-sinar bahagia untuk pasukan perak.seperti kata Yb...tunggu 9/6...tak tau ler ada apa yang best.kata YB ada berita gembira

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.