Sukma XIII Melaka 2010 | Pembukaan Rasmi

Sukma 13 | Melaka

Sukma yang ke 13 telah dilancarkan dengan rasminya pada 12 Jun 2010 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil bin Yaakob di hadapan lebih 35 ribu penonton di Stadium Hang Jebat malam tadi. Turut sama berada pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Perak yang menduduki tangga ketujuh pada Sukma 2008 telah menghantar kontinjen sebanyak 450 orang atlet termasuk jurulatih dan pegawai-pegawai sukan. Sebanyak 36 acara sukan dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan 1410 pingat menjadi rebutan.

Sebahagian atlet negeri Perak pada Sukma 2010.

sukma-xiii-melaka-2010

Likes(0)Dislikes(0)