Presiden PAFA Letak Jawatan!

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Presiden PAFA, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perak berkuatkuasa serta merta selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas ahli majlis yang berlangsung dari pukul 10 pagi tadi.

Turut melepaskan jawatan masing-masing ialah Timbalan Presiden – Y.B Seah Leong Peng, Setiausaha Kehormat – Haji Anuar Hashim, Bendahari Kehormat – Haji Abdul Rahim, Pengurus Pasukan Liga Super, Ustaz Norazli Musa dan Penolong Pengurus, Encik Anuar Zakaria.

Dengan perkembangan ini, berdasarkan kedudukan semasa di Perak FA bakal diterajui sementara oleh Naib Presiden 1 – Dato Seri Abdullah Hisan. Maklumat-maklumat lain akan dikemaskini dari masa kesemasa oleh pihak SDN.

Likes(0)Dislikes(0)

80 thoughts on “Presiden PAFA Letak Jawatan!

  1. doyan

    semoga selesai segera kemelut ini. Perak perlu bersaing di liga super.biarlah selesai dengan penuh hikmah

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. paeh93

    assalamualaikum..
    salam Ukhwah..
    Salam Mahabbah..

    tahniah kepada Dato' Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin kerana melepaskan jawatan beliau. Jangan susahkan diri. Dato' Seri tiada punca kewangan. Biarlah pihak yang bertanggungjawab menguruskan PAFA.

    Semua peminat hendaklah memberi penghormatan kepada Dato' Seri kerana beliau banyak memberi jasa kepada PAFA. Beliau telah melangsaikan hutang lapuk yang ditinggalkan oleh pengurusan sebelum ini.

    Kepada pentadbiran PAFA yang akan dilantik kelak, berkhidmatlah dengan amanah dan bertanggungjawab. Jangan membuat hutang kembali di dalam PAFA. Tingkatkan mutu permainan pasukan kesayangan kami.
    Berkhidmat untuk bola sepak.

    Kejor yob Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam....

    Terima kasih kepada DS Nizar yang selama ini telah banyak berjasa dan telah banyak berkorban demi maruah pasukan Negeri Perak.

    Diharapkan kepada yang terlalu kemaruk sangat untuk memimpin pasukan ini,teman cabar supaya pasukan Perak tidak lagi menghadapi masalah seperti musim musim lepas, dan kebajikan pemain pemain serta pegawai dijaga. Tolong pastikan kedudukan pasukan Perak berada dilandasan yang tepat.

    Seandainya semua ini gagal dilaksanakan nantikan amukan penyokong penyokong mengusir anda pula.

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. yobscout

        Tipulah jika sesuatu kelab atau persatuan tidak berhutang, Lihat sahaja kelab-kelab eropah, yang menerima kutipan-kutipan tiket yang menjangkau ratusan ribu dolar, sponsor kiri dan kanan namun mengapa kelab ini terus dibebani hutang? apakah banyak sangat dengan hutang di Perak yang hanya 1 atau 2 juta Ringgit? Aku sebagai pemerhati bola sepak sebenar kurang yakin dengan sumber yang diperoleh oleh bekas-bekas Exco PAFA yang telah letak jawatan. Dunia akhir zaman kini tidak lihat pada jasa atau budi, tapi Wang! Wang! Wang!.. Dimana ada gula disitu semut ada, begitu juga manusia. Hutang cuma satu kaedah, Wang suatu Realiti.. Jika realiti mampu digelapkan, apatah lagi hutang yang cuma perlu ditukarkan kaedahnya..

        Bagi aku, banyakkan lagi pencarian pemain-pemain bertaraf "bintang" kerana mereka sahaja tarikan untuk penonton hadir ke stadium. Ada penyokong datang nak melihat tektikal yang sememangnya mampu dibaca oleh budak sekolah atau skuad Sukma ke? Atau wujudkah tektikal dalam permainan Perak? haha.. Maaf kerana aku ketawa kecil, kerana sememangnya masih tak nampak permainan yang teratur walaupun mungkin telah diajar oleh jurulatihnya. Itulah pentingnya jika ada permain yang mempunyai skil-skil individu kerana penonton inginkan itu seminimunnya walaupun rakan-rakan lain masih bertatih dalam hantaran bola atau menahan bola. Adakah anda melihat Barca kerana tektikalnya? atau cuma menunggu saat Messi membawa bola?

        Apa yang mampu dibuat jika pengurusan lama menerima tawaran pemain hebat untuk bermain di Perak? balik-balik meeting.. kesudahannya pemain bertukar fikiran kerana dapat tawaran pasukan lain. Itulah pentingnya Wang dan Hutang "rahsia" yang hanya mampu dirahsiakan oleh invididu-invidu 'besar' selepas ini.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sunrise

          wahai yobscout,janganlah kita bandingkan dengan pasukan dari luar negara,sememangnya kata kata mike ini seolah olah mike sememangnya buta dan rabun mengenai nasib pasukan dalam negara ini.

          Kalau asyik hendak memburu pemain bertaraf bintang, apa kata mike bagi cadangan kepada F.A.M supaya Liga Malaysia haramkan pemain muda yang tidak bertaraf bintang.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. yobscout

            FAM dengarkah luahan kita? mana perginya syarat pemain bawah 20 tahun dalam setiap pasukan mesti bermain? sejauh mana larangan bawa bahan-bahan letupan ke stadium? sejauh mana kawalan keselamatan yang membenarkan orang-orang besar memasuki stadium secara percuma? Kalau benda remeh-temeh ini pun tak mampu diselesaikan, jangan cakap benda yang kamu sendiri ketahui FAM tak akan lakukan.

            Jika kamu tak suka kata-kata aku, jangan pula kamu puja pemain bertaraf bintang bermain di Perak satu hari kelak. Jangan cuma cakap tidak serupa bikin seperti FAM.

            Likes(0)Dislikes(0)
        2. Lee Jr

          Pasal ada wang la Orang-orang tu boleh beli Pengadil macam mike & lain-lain..hahahahahaha..Maaf ketawa besar.

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. robslam

          Teman setuju dengan yobscout, yang kome semua emosi tak tentu hala kenapa? Grow Up !!!, jangan asik nak salahkan orang lain. Fans tak peduli pasukan nak berhutang ke nak pinjam along ke, yang penting kedudukan yang baik dalam liga.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. Lee Jr

            Dah dapat kedudukan baik,pastu kena tendang kuar dari liga M pasal tak mampu bayar gaji..Apa gunanye robslam?

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. yobscout

              Itulah gunanya orang orang 'besar' yang mampu menutup segala hutang dimata masyarakat. Buat apa pada yang hanya tahu membantu menyelesaikan masalah tapi tetap dikritik? Sebelum zaman Dato Seri Nizar sudah banyak perkara lain yang memalukan dapat 'disenyapkan' kerana ada orang-orang 'besar' ini.

              Likes(0)Dislikes(0)
            2. Lee Jr

              Orang2 besar le yang meninggalkan hutang yang cukup besar pada PAFA ni..Sampai Perak nasib baik tak kena tendang keluar.

              Likes(0)Dislikes(0)
          2. putra8878

            robslam:sedare mare deme kot...tu yang emosi sangat tu..langsung tak boleh terima pandangan orang lain

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. sunrise

              kepada anda yang boleh dikatakan buta hati,bukan kami tak boleh dengar pendapat orang tapi kome sendiri yang tak boleh orang lain bagi pendapat yang berlainan dari kome.

              teman pun malas nak bagi komen lebih lebih sebab kome kome ni tak tahu apa apa. yang tahu nak tengok team menang dalam keadaan sama kemenangan yang diinginkan oleh kaum kaum yahudi

              Likes(0)Dislikes(0)
        4. putra8878

          teman sokong 200% yob...deme yang sensitif dengan bekas president tu sedare mare dia gamaknye...nak buat macam manakan...mesti la mempertahankan sedare nye juge..dalam banyak-banyak komen teman.tak penah lagi rasanye teman cadangkan pengganti bekas president ni dari calun parti A atau B..yang teman harapkan bekas ahli sukan atau koperat.tapi deme memandang macam teman pilih ikut parti politik..ape ke he nye yob...matang la sikit pemikiran tu...kat sini pun kita boleh nampak dah siapa deme ni sebenornye..penyokong sukan atau politik?fikir-fikirkan dan selamat beramal....

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. chuck

            Assalamualaikum salam seperjuangan..

            Sedih,hiba dan terharu..sebak dada mengenangkan nasib Perak yang sudah lemas dibenamkan lagi beberapa kali.Mati lemas dah tentu tu.

            Terima kaseh diucapkan kepada Mantan-mantan yang melepaskan jawatan yang disandang sebelum ni.Jasa kalian Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas kesemuanya.

            Semoga perpisahan kita dikala ini akan membuahkan satu penghidupan yang baru dan lebih sempurna hendaknya kepada pasukan.

            Apa yang diperjuangkan harus dan mesti diperjuangkan.Biarlah kita berlari tanpa baju mahupun berkaki ayam.namun perjalanan kepuncak jaya hampir pasti kepenghujungnya.Biarpun basah peluh keringat belum pun redha namun impian,harapan dan cita-cita kita takkan terkubur dek musuh durjana.

            Tak guna dek kerana gula yang dicatu,habis tebu pak Abu dibakar.Yang lepas jangan disimpan didalam peti biarkan ianya dicuri pencuri kerana apa yang ade didalam peti cumalah sekeping roti yang tak berinti.

            Berperang mulut kesana kesini.Ketawa kecil dan ketawa besar bersilang seli sambil tangan si pemerhati bertepuk tangan tanda kejayaan misi mereka yang dah hampir pasti.Apa makna membanting padi jika padi yang dituai tak berisi??

            'Biarlah rahsia kata cik siti' apa yang pasti buat Presiden baru nanti pikullah tanggungjawab dengan penuh hemah dan bermotivasi tinggi.

            selamat berjuang dan bersemangatlah sehingga anda berpuas hati dengan pencapaian terbaik yang pernah anda sumbangkan buat dikongsikan tatkala anda sudah menimang cucu dikemudian hari.

            Salam Qaulan...

            Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    yang penting , Seladang.Net masih beroperasi dan semangat Kejor Yob Kejor diteruskan...Harap pengurusan baru akan berjaya mengembalikan kegemilangan Skuad Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. dody

    salam.
    ucapan tahniah kepada DS Nizar dan yang lain-lain yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sekali.Tidak di nafikan kita tidak berjaya memenangi apa-apa piala lagi namun pihak pengurusan inilah yang telah menyelesaikan beberapa masalah terdahulu seperti hutang tertunggak. siapa pun yang akan memegang jawatan selepas ini kami penyokong tetap bersama Perak. terima kasih sekali lagi kepada mereka semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. zfnizam

    salam....

    thanks DS Nizar....bukan senang nak memimpin persatuan jika kita dah takda kuasa...
    biar le deme yang nak sangat jawatan tu take over...
    semoga deme dapat selesaikan masalah yang ada....

    tahniah sekali lagi kerana DS Nizar berani memimpin persatuan yang terang2 mempunyai banyak masalah...

    kami tetap menyokong pasukan perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matyeop

    salam...

    Terima kasih pada DS Nizar diatas menerajui PAFA selama ini, diharap AJK baru akan meneruskan perjuang pasukan Perak yang masih belum berakhir......ayuh Perak bangkit dari selama kemelut

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sdarerepasi

    salam....Jutaan terima kasih diucapkan kerana telah memimpin persatuan bermasalah ini dan berjaya menyelesaikan masalah yang bukan dilakukan oleh Beliau sendiri....Semoga jasa beliau dirahmati ALLAH....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. putra8878

    ALHAMDULILLAH...baru la ada semangat nak nyokong team perak ni...Moga dengan pengunduran individu2 tersebut,berjaya membuka hati bintang2 team perak untuk kembali berbakti kepada pasukan perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Lee Jr

      Selama ni mike takde semangat nak nyokong team perak ke?Bila presiden ngundur baru semangat balik?Nyokong presiden ke nyokong Perak?

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. zizou85

      kamu sepatutnya berterima kasih kerana individu2 inilah yang mengekalkan Perak di liga tempatan musim ini, dek kerana hutang yang dilambakkan dan pengurusan wang yang lemah dek pengurusan terdahulu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        apa nak buat......mungkin dia nie dalam golongan lalang yang bertauliah. Itu sebab dia sekarang ni baru ada perasaan sayangkan team.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. myo abol as

          mungkin selama ni dia hidup dalam bayang-bayang kot? lepas ni buat satu statement khas yang bertulis '"persatuan hanya boleh dipimpin oleh individu dari parti yang bukan parti pembangkang sahaja, kalau orang tu dari parti pembangkang jangan sokong pasukan dan jangan datang stadium". kan senang macam tu...

          Likes(0)Dislikes(0)
            1. YB

              Dalam 6 komen yang mike hantor ini je yang ikut peraturan, yang lain penuh dengan singkatan. Jadi teman maleh nak kabo banyak-banyak kali dah. Mike paham sudahlah. Kot tak paham jugak tak tau le nak kabo camne. Penat teman nak adjust singkatan mike selalu. Udah le teman sorang je nak handle web nih, admin-admin lain semua "LEBOH".

              Likes(0)Dislikes(0)
            2. myo abol as

              penyokong tak datang stadium bukannya salah Dato Nizar yob. Takkan le dia nak datang rumah jemput mike baru nak pegi?! Kita sendiri yang tak nak datang. Era Steve Darby 2008 dulu pun lagi sikit rasanya dari yang datang sekarang ni. Mike cuma sokong bila time menang je ker? Kalo macam tu mike tak layak jadi penyokong Perak. Baik mike sokong Chelsea jer pasai deme selalu menang tapi tak macam Perak kalah manjang jer.

              Hutang tertunggak dari era Raja Ahmad jadi manager dan Ramli Ngah Talib time tu menteri besar. Lepas tu presiden Pafa adalah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah. Tahun 2005 hingga 2007 (era Sreve Darby) presiden Pafa iaitu Dato' Zahid Hamidi. Tapi kenapa individu-individu yang sememangnya berpengaruh besar ni tak selesaikan hutang malah menambahkab lagi hutang ada!

              Kenapa nak tunggu era "kejatuhan" pulak baru kelam kabut nak selesaikan? Mungkin masa era individu-individu tu tadi mike pun belum lahir lagi kot takpun belum membesar lagi. Kenanglah jasa orang sikit yob walaupun dia bukannya dari "bendera" yang sama. Sekurang-kurangnya beliau memperjuangkan kesucian agama dari jadi manusia yang lupa agama. Beringatlah yob...

              Likes(0)Dislikes(0)
            3. Lee Jr

              Leboh tu macam hilang,haup,melarikan diri,bersembunyi dan lain2.Leboh tu bahasa Perak.Kat kampung teman memang guna ayat leboh tu..Contoh ayat : Tadi masa aku nak pergi tandas,aku letak duit atas meja ni.Bila aku datang balik,duit tu dah 'LEBOH'.Sape yang amik entah le.

              Likes(0)Dislikes(0)
            1. sunrise

              putra8878, adakah jasa seseorang itu harus kita menilainya hanya dari segi kejayaan sahaja.

              Bagi teman jasa harus dikenang dari semua sudut. terutama DS Nizar telah mengambil alih persatuan daripada individu yang tidak bertanggungjawap sehingga memudaratkan kehidupan pemain pemain.

              Adakah jasa sebegini rupa tidak harus dikenang.
              Kalau macam itu kami diluar sini boleh mempertikaikan juga apakah jasa anda didalam SDN ini sehinggakan pendapat orang lain tidak boleh diguna pakai. Kerana anda antara individu yang cuba memanaskan situasi ini.


              Admin: Dua Perenggan saudara tidak dapat disiarkan kerana beberapa faktor.

              Likes(0)Dislikes(0)
    3. robslam

      Teman setuju juga kate mike yob putra, harap lepas ni dapat le datang balik pemain2 senior dalam team perak. Takde ler kalau kalah asik nak salahkan pengadil je nanti. Berbudak muda yang ada dalam team ni majoriti main cam hampeh, buang masa je bagi peluang main, elok ler lepas ni deme pegi main team liga perdana, tak pun liga fam jer.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Lee Jr

        Teman tidak bersetuju dengan cadangan mike yang kurang bernas itu robslam.Pemain-pemain muda ni masih menimba pengalaman di peringkat paling tinggi di malaysia ni.Dan ada yang telah berjaya dipanggil untuk menyertai latihan skuad malaysia.Mutu permainan makin meningkat,cuma perlu konsisten je.Diharap akan ada muka-muka baru muncul untuk memberi saingan yang sihat pada pemain yang ada sekarang.Supaya perak dan malaysia tidak ketandusan pemain berwibawa.Tidak perlu patah ke belakang dari liga super untuk turun bermain ke liga perdana atau FAM.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. putra8878

          Kalau dah full team player sama standard je macam mana prestasi anak-anak muda ni nak meningkat yob. Tu la pasalnye teman kabo dulu perlu ada kot 2,3 player senior yang bagus untuk membimbing deme-deme ni, ni pasal nak jimat punye pasal,prestasi entah ke mana, penonton pun MALAS le nak ke stadium..(PENONTON tau bukan penyokong...jangan silap faham pulak)..jadi tanggungjawab cari,panggil,gamit,pikat player-player ni tanggungjawab sape?PENONTON dan penyokong kah?

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. putra8878

            umpama nak pergi berperang..lawan dah sedia guna senjata canggih-canggih sedangkan kita hanya bersenjata kan batu dan lastik.

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. Lee Jr

              Ukur baju di badan sendiri la yob putra..Kalo kemampuan takat nak beli lastik,pakai lastik je la..Tak kan duit ade 2 ringgit nak beli M16??Mike ingat player2 senior nak main ke ngan perak ngan tawaran gaji yang lebih rendah dari team yang diwakili oleh mereka sekarang?

              Likes(0)Dislikes(0)
            2. putra8878

              lee jr: tu pasey la teman syukur sangat bila presiden letak jawatan..dah nampak dia tak berkemampuan.moga president baru dapat la cari dana atau sumber-sumber yang lain untuk penuhkan kantung pafa balik..bukannye asyik nak ikut kemampuan je..sampai bila pun tak ke mana punya team ni..itu la gunanya akal yang di anugerahkan tuhan.

              Likes(0)Dislikes(0)
  10. myo abol as

    salam semua

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Nizar di atas segala sumbangannya yang mungkin tak seberapa dan tak lama bagi sesetengah mata yang melihat.

    Pengunduran beliau bukanlah kerana disebabkan oleh ketidakmampuan untuk menerajui persatuan tetapi banyak bersangkut paut dengan permainan politik yang dimainkan oleh beberapa individu di dalam persatuan sendiri malah yang bukan di dalam persatuan juga turut sama terlibat dalam menjayakan wayang gambar busuk hati mereka itu.

    Maaf jika saya mengatakan bahawa individu-individu tertentu ini tak ubah perangainya seperti perangai 'YAHUDI'. Apalah gunanya kita memprotes kaum Yahudi dan segala produknya jika ada diantara masyarakat kita yang punya hati sebusuk Yahudi.

    Saya bukanlah penyokong tegar mana-mana pihak mahupun parti namun dimanakah salah dan silapnya seorang insan yang punya niat suci dan bersih yang sanggup bersusah payah untuk menyelamatkan dan membersihkan semula nama persatuan dan pasukan. Mana silapnya...... Tuan-tuan dan puan-puan fikirkanlah sendiri.

    Harus dan sepatutnya diingat sini bahawa Dato' Seri adalah individu yang bertanggungjawab menyelamatkan maruah persatuan yang telah dicemari oleh dosa dan kesalahan yang ditinggalkan oleh pentadbiran yag sebelumnya. Namun apabila seseorang itu berada disebelah pihak yang bertentangan dengan perjuangan mereka maka secara automatiknya mereka diperlakukan seperti pesalah jenayah. Tiada langsung-kah sedikit mahupun setitik kebaikan yang ada pada beliau? Terlalu kejam....

    Saya pernah tulis statement ini dahulu "ORANG LAIN YANG PUNYA TAHI, ORANG LAIN PULA YANG KENA BASUHKAN". Bagi saya mereka ini sebenarnya adalah seorang yang pengecut dan bacul.

    Bagi penyokong-penyokong pula, jangan jadi individu seperti yang saudara Lee Jr. nyatakan diatas iaitu 'sokong presiden ke atau sokong pasukan?"

    Buat Dato' Seri Nizar, syabas, tahniah dan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana telah meyelamatkan kembali persatuan dan maruah pasukan.

    Tanpa beliau, belum tentu akan wujud pasukan perak seperti yang ada sekarang walaupun prestasi didalam liga tidaklah memberangsangkan. Saya juga tidak mahu menjadi manusia yang tak tahu mengenal dan mengenang budi orang maka biarlah jika saya seorang sahaja yang mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau. Tak rugi apapun kalau kita tahu berterima kasih kepada orang lain.

    Wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      Teman setuju 100 peratus dengan kata kata mike,mungkin mereka mereka tidak sedar bahasanya didalam AL,QURAN telah menyatakan dimana kaum Yahudi sememangnya jahat yang teramat sangat. Maka kepada orang yang dimaksudkan itu sedarlah diri sebelum kiamat.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yobscout

        Ape aku perhatikan beberapa hari ini, sedikit sebanyak tersipi mengenai politik, tak perlulah nak pertikaikan lagi, Bekas presiden sudah letak jawatan, sudah lah. apa lagi yang kamu semua mahukan? Dengan rela hati.. Ucap terima kasih sudahlah, tidak perlu babitkan pihak lain. Pada nama samaran sunrise dan myo abol as yang sampai nak menggunakan persamaan yahudi seperti yang tercatit dalam kitab suci Al-Quran, eloklah banyakkan beramal ke jalan allah SWT dahulu sebelum nak menggunakan istilah-istilah dalam kitab suci tersebut. Kamu mempertikai pihak lain sudah dianggap berdosa, bagaimana pula kami pengadil yang kamu semua makikan? sedangkan kami mencari rezeki halal untuk keluarga.

        Sedarlah, terimalah hakikat yang Perak perlukan pemimpin lain yang lebih bagus. Pemimpin yang mampu menyimpan kisah hutang yang berjelar janji Perak mampu terus diatas. Aku sendiri tak sanggup lihat Perak yang berlatih dalam serba kekurangan inikan pula ketika dalam perlawanan sebenar. Biarlah Hutang keliling pinggang pun, janji Perak terus di sanjung, kerana mereka-mereka ini mampu "mendiamkan" media dari diketahui hal sebenar.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sunrise

          untuk pengetahuan Yobscout yang sebenarnya teman kenali mike dari sudut tertentu,pertikaian ini terwujud setelah berlakunya kekalutan sepertimana yang telah dicetuskan oleh pihak yahudi.

          Hanya sikap Yahudi sahaja yang sudi membiarkan hutang dikelilingi tetapi kejujuran diketepikan.

          Untuk pengetahuan mike, kami mempertikaikan pengadil disebabkan tertentu yang terwujudnya bukti dimana pengadil antara individu yang tertentu dalam penentuan keputusan perlawanan.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. myo abol as

          kenapa mike macam terasa jer dengan komen teman tu yobscout? ada masalah ker? ataupun mike memang tak berapa suka pada mantan presiden PAFA kita sebelum ni? ataupun mike sendiri masih belum sedar akan perkara yang paling ditegah dalam agama kita. Rasulallah bahkan dalam agama kita sendiri amat melarang kita daripada berhutang dan meninggalkan hutang.

          mantan presiden PAFA kita pernah dituduh bermacam-macam oleh pihak tertentu namun pernah ke mike nak cuba pertikai balik? atau sememangnya mike ni seorang yang pilih bulu.

          mana lagi baik, meninggalkan hutang kepada orang lain atau menyelesaikannya dengan bertanggungjawab? mike tahukan apa balasannya bagi orang Islam sekiranya tidak melunaskan hutangnya? tepuk dada tanya diri sendiri...

          Likes(0)Dislikes(0)
  11. syidi

    Salam perpisahan kepada Mantan Presiden. Terima Kasih yang teramat sangat di atas segala bakti yang dicurahkan. Jasa YBhg Dato'terlalu banyak antaranya iaitulah seperti yang sahabat-sahabat katakan di atas.

    Oleh kerana terlalu banyak kekangan dalaman dan luaran, pentadbiran PAFA menjadi kucar lana sedikit dan memberi kesan kepada pasukan Perak sendiri. Teman dapat rasakan keperitan menerajui sesuatu organisasi ditambah pula dengan masalah pergolakan yang tidak perlulah teman ulas panjang lebar.

    Masalah ada di mana-mana. Lumrah kehidupan. Walau bagaimanapun, segalanya perlu diteruskan dengan meninggalkan segala keperitan di belakang.

    Kepada Presiden yang bakal dilantik, kami penyokong bolasepak Perak tidak kira sesiapa pun yang dilantik mahukan perubahan yang lebih drastik untuk mengubah segalanya terutama prestasi pasukan Perak yang kian tenggelam kini. Politic is Politic. But Football was not Politic. Football is the moment which is, IT can make people cooperate and know each other or in other word HARMONY. That is the way how to develop Malaysian Football. Please..

    Adat manusia dalam hidup ni. Ada pro dan kontranya. Teman sedikit pun tidak terasa dengan komen-komen pedas yang dilontarkan kepada Mantan Presiden PAFA sebelum ni. Kepada yang tahu situasi sebenar dia tidak akan mudah melatah. Elok cari info sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan, itu lebih baik. Namun begitu, terima kasih atas sokongan anda rakyat Perak yang ternyata masih sayangkan bolasepak Perak. Padamkan sisa-sisa noda yang terpalit dimuka kita dek kerna pasukan Perak yang sudah tidak lagi digeruni seperti sebelumnya. Tutup mulut penyokong pasukan lain yang mengatakan Perak sudah tiada penyokong. Tapi hakikatnya mereka takut akan kebangkitan Perak selepas ini.

    Akhir kata. " Presiden PAFA datang dan Pergi, Coach Datang Coach Pergi, Pemain Perak bersilih ganti, NAMUN KITA PENYOKONG SELAGI ADA HAYAT AKAN SOKONG PERAK SAMPAI MATI!"

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. azzura

    Salam
    Terima kasih kepada Datuk Seri Muhammad Nizar atas jasa dan bakti beliau menerajui PAFA selama ini,jasa mu tetap akan di kenang.Kepada pengurusan baru yang bakal di lantik jadikan contoh teladan yang baik bagi menaikkan nama pasukan Perak di arena bolasepak Malaysia ini.
    kejor yob skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. spectator

    salam...

    kita tak perlu nak bertekak siapa yang bagus siapa tidak..siapa yang paling baik memimpin atau paling buruk...kita juga tak perlu nak hitung siapa yang paling banyak dosa atau siapa yang paling berjasa kepada pasukan..kita juga tak perlu nak ungkit sejarah-sejarah hitam yang lalu tak kiralah siapa yang punya angkara..

    yang penting kita terus bersatu hati berdiri di belakang skuad kesayangan kita...buangkanlah segala pegangan politik yang hanya merosakkan kesepakatan kita sebagai pasukan yang pernah bergelar penyokong terbaik di malaysia...

    ayuh perak...segera bangun...sudah ada sinar baru yang mula menyuluh ke jalan yang lebih sempurna...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      salam.. Amat setuju ngan mike.. Teruskan usaha dan kami para penyokong tetap bersama pasukan.. Jangan campurkan politik dalam bolasepak.. Akibatnya pasukan yang rugi dek tamak haloba dan lupa diri serta permainan politik lebih dari tanggungjawab yang sebenar.. Semoga kita akan menyerlah dan bangkit pada perlawanan akan datang..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. robslam

      Takde sape bertekak pun yob spectator, kita berbalas2 pendapat jer. Tapi masalah timbul bila ada puak2 yang macam tak puas hati dan mula melabel orang2 tertentu sebagai yahudi dan lelain. Perbincangan ni pada teman selamat kalau admin kawalselia sorang dua user yang suka provoke orang lain.
      Biasa ler perbincangan musti ada rasa tak puas hati tapi takkkan kita nak jadi pak turut sajer? Malas teman nak namakan sape orang2 tersebut, harap moderator aka admin aka webmaster boleh ambil tindakan lanjut,

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. putra8878

    Jauhi penyokong politik dari SUKAN.Nak berpolitik tunggu le PRU13 nanti.Time tu lantak kome la nak nyokong,nak memuji memuja sape pun,dah hak masing-masing.Tapi tang sukan jangan nak dicampur aduk dan diheret sekali.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. spectator

      tu yg sepatutnya yob...ni nampak gayanya dah teruk ke arah berpolitik dah ni..ke arah menyokong satu-satu pihak...boleh sokong..tapi dalam sukan tak payahlah nak lebih-lebih...

      kepada presiden lama, terima kasihlah diucapkan...kepada presiden yang baru, harap dapat memacu perak lebih baik dari yang kita ada sekarang..

      begitulah hendaknya....

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. satorare

      Sukan dipolitikkan atau politik disukankan..
      Sukan di Malaysia perlukan orang politik atau orang politik perlukan sukan...
      Sama-sama kita fikirkan

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. yobscout

      Itulah sebaiknya, bukan macam sesetengah peminat bola sepak perak yang masih tak dapat menerima hakikat bahawasanya "pemimpin sukan" nya telah meletak jawatan. Dalam sukan tidak patut ada politik, dan sememangnya peletakkan jawatan itu disebabkan ketidak mampuan lagi untuk mengurus Persatuan itu.

      Tapi tidak mustahil jika Bekas presiden tersebut akan kembali mentadbir PAFA kelak. Apapun all the best.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        masalah yang cuba mengkritik kearah kepolitikan ialah kome kome nie. jangan nak main salahkan pihak lain.

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. satorare

        Macamana pun kita perlukan pengurusan baru dan juga pemain yang baru untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Perak. Biarlah kita cuba pula pengurusan baru demi menyelamatkan maruah bola sepak Perak.
        Kejor Yop Kejor

        Likes(0)Dislikes(0)
  15. doyan

    Seperti yang telah diketahui Raja Azlan kekal jurulatih dan bagi aku tak salah rasanya kalau nak panggil balik Dato M Karathu membantu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. putra8878

    Buat sunrise, cuba tengok balik komen-komen diatas, sape yg main politik,sape yang mengYAHUDI kan orang lain.. nak sokong atau tak individu tertentu itu terpulang la masing-masing punya pandangan,ni sampai mengYAHUDI kan orang pulak ape ke hei nye..ingat ni ceramah politik PRU13 ke? lambat lagi yob.. dan bukan disini tempat nye...

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. putra8878

    Doyan:jurulatih tak boleh buat apa-apa kalau meterial yang beliau ada tak ada kekuatan..perlu makan masa..target kita untuk musim depan je la..harap-harap dapat tambat pemain-pemain yang bagus..dapat anak-anak perak yang merantau tu pun dah alhamdulillah..insyaallah ramai le penonton dan penyokong datang tengok deme main.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. doyan

      sapa kata tak boleh....tahun lepas sama pasukan ini jugak Dato M Karathu bawak dan boleh pun menggegar liga.untuk sampai penghujung musim nih...kita terpaksa terima pemain-pemain ini suka atau tidak

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. putra8878

        berapa kerat je player tahun lepas punya ada dalam team tahun ni yob..teman tak kisah kalu perak takde rezeki dalam super leuge tahun ni..insyaallah tahun depan perak akan berwajah baru dan kembali ke landasan asal..

        Likes(0)Dislikes(0)
  18. doyan

    kome nih yahudi la apa la...lari dari konsep sokongan sebenarnya iaitu kami sokong Perak & tolak politik dalam bolasepak

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. pachenko

    Terima Kasih kepada Dato Seri Nizar Jamaluddin.
    Jasamu tetap dikenang oleh Fan setia PERAK.
    Berundur bukan bererti kita tewas tapi demi semangat kesukanan & rasa penuh tanggungjawab terhadap kelab.
    Hope Presiden yang baru dapat menaikkan mutu bola sepak Perak bukan menaikkan lagi hutang kelab. No politic in sport.

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. abgmie

    salam perakian buat semua ....

    alhamdulilah dipanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi bersama didalam semangat skor yob skor...terlebih dahulu syabas dan ucapan yang tak terhingga kepad mantan presiden dan ahli majlis yang lain kerana dengan rela hati dan rendah diri melepaskan jawatan panas ini...seperti yang umum semua tahu Dato' Seri Nizar telah banyak menyedarkan kita tentang hutang lapok yang di tinggalkan oleh pengurusan terdahulu,ingin teman perbetulkan bukan Dato' Seri Nizar yang membolehkan Perak berada dalam liga hari ni,ingatkah kita tarikh akhir yang ditetapkan oleh FAM dulu...wajah siapa yang terpampang di skrin TV???jadi teman cukup berterima kasih kepada Dato' Seri Nizar kerana menyedarkan kerajaan negeri hari pada masa itu untuk membayar hutang..Sebenarnya orang penting yang membuka permasalahan dalam PAFA adalah Dato' Seri Nizar,syabas kalu tak kerana insan jujur seperti beliau...mungkin takde siapa akan tahu masalah ini...selaku orang yang tahu hal dalam PAFA...teman rasa elok la,mereka yang baru kenal pintu stadium tu...elok la insaf dan sedar,jangan kerana perletakan jawatan Dato' Seri Nizar dan ahli majlis yang lain kita nak berpolitik dalam website yang dikatakan ''unbias'' ni.kepada webmaster teman nak bagitau le,walaupun deme deme tu kawan mike,tak bermaknanya deme betul...teman bercakap sebab dah selalu sangat,orang bagi pendapat ada je yang menghentam balik.tanya la pada diri kome,ape jasa kome pada Perak???fikirkanlah...kepada yang terasa atau yang tersingung,teman minta maaf.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITAN !!! (itu salah satu skrip dalam cerita Seniman Bujang Lapok)

      Teman takdelah berniat nak kate mike camtu, tapi kot mike terasa teman tak mampu le nak kate apa, biasalah orang Perak bergurau memang kasor. Mintak maap le yer yob kalu tersinggung.

      Berbalik pada 'LABON' mike yang melantun-lantun tu, cuba mike tengok balik kat post-post sebelum ni ada ke teman komen apa-apa tentang apa yang ahli-ahli dalam ni nak luahkan?

      Setau teman memang takde, kecuali teman tegor yob putra8878 pasal singkatan ala sms dia nun. Yang mike tetiba menggelupor ngentam webmaster tu pehal pulak?. Mike nak komen apa pun kita takde masalah selagi mengikut peraturan yang diberi.

      Tak semua komen dalam nih selari dengan pendapat semua orang, biasalah yob, pendapat itukan subjektif. Kalau bagi pendapat ada orang nak komen, itu adat bersembang tetambah hal pasal bolasepak Perak.

      Ada ke teman dan admin dalam SDN nih menidakkan peluang sesiapa nak beri komen? Kome nak sokong Nizar ke? nak sokong Zambri ke, nak sokong Zainol ke? nak sokong Jamil ke, teman peduli apa. ADA AKU KISAH?

      SDN bukan sehari dua hidup nak sokong bolasepak Perak, kita dah ujud sejak tahun 2005 lagi. Jadi teman nak ingatkan mike pulak lepas ni, jaga le kelap mike yang orang putih kate "Live Shy Cannot Die" tu. Tak payah nak peduli apa komuniti lain nak buat.

      Kita kat SDN ni sokong bolasepak Perak sejak dari dulu sampai le sekarang, takde pulak pilih bulu sape nak sokong macam kelap tersohor mike tu. Sokong time kuat, tak kuat udah leboh tah kemana. Mike tau apa 'ayat' biasa Gurmit Singh cakap dalam cerita Phua Chu Kang tu?

      "USE YOUR HEADLAH"

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        salam YB...

        teman minta maaf la,sebab teman pun terlalu mengikut perasaan.dan teman nak bagitau kat mike le pasal kelab tu,mike takpayah nak cakap lagi la kat sini.teman hormat kome semua macam sedara sedara teman jugak.teman bukan sokong perak time menang je...cuma teman ke stadium tak la macam dulu...teman dok di grand stand aje...jangan senang benor mike nak cakap teman nyokong masa menang aje...kekawan mike pun nampok teman.cuma tak la macam dulu...apa apa pun teman minta maaf kalau mike terasa dengan apa yang teman paparkan dalam komen teman aritu...

        perak selamanya.....

        salam.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Okaylah yob, teman pun malas nak panjang-panjangkan cerita, kalau nak bergaduh ni sampai bila pun tak habis. Jadi lain kali mike ingatlah, tolong jangan melulu menuduh pihak pengurusan SDN menyebelahi mana-mana pihak. Kita seboleh upaya mahukan perbincangan secara terbuka untuk semua pengguna.

          Kalau mike terasa teman menuduh mike benda-benda yang mike rasa tak betul, begitu le teman dan admin-admin lain rasa bila mike menyerang pihak SDN sebelum ni.

          Hantorlah apa-apa komen yang mike nak buat pun, selagi mematuhi peraturan, sepatah perkataan pun kita takmau UBAH. Setiap ulasan, komentar dan jawapan yang kome-kome buat adalah atas tanggungjawab kome sendiri.

          Terima Kasih

          Likes(0)Dislikes(0)
  21. syidi

    Udah-udah le yob semua. Bawak-bawak bersebor. Usah emotional sangAt. Teman tengok je. Makin lama makin menjadi-jadi. Tak salah kalau nak komen tapi berpada-pada la. Faham-faham je la barang PANAS macam ni memang akan ada pro dan kontranya.

    Berjela-jela kome komen balik-balik ulang benda yang sama. Difikir-fikir balik seronok gak baca komen-komen kome. Nak plak si Sunrise, teman nasihatkan jangan emotional sangat yob, kita dalam ni dah macam adik beradik. Macam YB cakap la, orang Perak ni bergurau kasor. Kalau orang lain nengok macam nak gaduh.

    Apa-apa pun yang lepas biarkan berlalu. Jadikan sejarah dan panduan untuk yang akan datang ni. Presiden baru entah macam mana plak. Jauh lagi yob perjalanan ni. Hala tuju kita sama. Masih main bola tim kita tu. Kalau presiden baru ubah PAFA jadi tim Ragbi atok teman pun kompius, hahaha..Tu memang tak betui dah.

    As long as untuk bolasepak kita sokong la. Bab-bab lain tu tolak tepi sat. Lantak kome la apa jadi pun Football always Football! Terima kasih atas komen-komen kome semua.

    *Untuk YB, maafkan teman, teman bantu tadbir Web SDN ni setakat yang teman mampu. SDN banyak mengajar teman realiti kehidupan..(hahhaha)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Begitu jugak ler teman yang baru diangkat dijadikan "admin" setahun dua lepas. Disini teman diajar tentang displin untuk "mendisplinkan" rakan-rakan lain. Tetapi apabila hak untuk bersuara yang kami berikan disalah tafsir, teman ingin juga menyatakan, sebelum apa-apa komen diluluskan atau disekat.. teman akan berbalik untuk berbincang dengan rakan admin lain agar ianya telus dan tidak berat sebelah agar anda semua boleh meluahkan rasa yang tersemat didalam hati dengan berhemah.

      Diharap anda semua berforumlah disini sebaiknya.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. zizou85

        salam, pada teman , SDN ni platform terbaik untuk mengetahui info mengenai tim Perak yang sebaiknya. Bukan caca marba macam laman web penyokong yang lain. Mengajar cara berforum yang beretika, berdisiplin disamping sentiasa open minded antara satu sama lain.

        Kalau takat bertikam lidah biasalah, nama pun berforum kan. So, sesiapa yang terasa sangat tuh, tak perlulah bagi komen, kalau takut sangat untuk dikritik semula.

        Pada sesiapa yang main lepas cakap je, tanpa ada sebarang pengetahuan, bak kata orang 'bodoh sombong' pun, kalau kene hentam balik, kena la banyak bersabar...kalau tak lebih baik buat forum sendiri.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Alhamdullilah, ada juga rakan-rakan yang faham situasi dan etika bersembang siber ni. Apa yang mike katakan tu teman dan admin-admin lagi sangatlah bersetuju.

          Tambahan kepada apa yang mike katakan yob, admin SDN ada garis panduan yang harus dipatuhi dari masa kesemasa. Kalau artikel yang "PANAS" biasanya admin-admin tak digalakkan membuat posting dengan alasan takut ada pengguna yang tersalah anggap kenyataan dan luahan peribadi mereka (admin) sendiri.

          Sebab itu kalau mike prihatin, mana-mana topik "PANAS" selalunya teman (YB) memang tak mahu komen apa-apa langsung. Sebabnya mudah, teman takut nanti ada rakan-rakan lain "segan", "takut", "serba salah" kot komen kome tak selari dengan teman.

          Sebab itu teman katakan, lebih baik kome semua komen le selagi kome mahu, luahkan apa yang terbuku, kita bukak perbincangan untuk semua dan bukannya setakat kome semua nak dengor LABUN teman sahaja.

          Teman takmau orang kata SDN ni platform untuk PROPAGANDA teman (YB) atau jadi alat mainan politik sesetengah pihak / parti. SDN secara telus memperjuangkan SUKAN TANPA POLITIK.

          Harap rakan-rakan semua faham dan sama-sama membantu memajukan sukan bolasepak Perak yang kita sayangi ini. Jauh lagi perjalanan kita dan banyak lagi yang perlu kita harungi.

          Terima Kasih

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. sdarerepasi

            Skor Yop Skor.MAjulah Sukan untuk Perak.
            Dulu Kini dan selamanya Perak.Yang penting belajarlah untuk mendengar pendapat orang lain...Bak kata YB."Pandangan itu subjektif"..Oleh itu bersedia lah untuk menerima setiap pandangan.disaat team kita macam ni kita perlu berada di belakang pemain kita.

            p/s:renungkan lah...

            "Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan. Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi"....

            Likes(0)Dislikes(0)
  22. Raul hashim

    Udah-udah le yob semua. Yang penting kita bersatu hati sokong team kesayangan kita ni. Yang lepas biarlah berlalu. kita bina hidup baru. kita kena bangkitkan kembali zaman gegar perak agar perak kembali bangkit macam harimau yang luka.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.