Perak FA | Piala Dato’ Seri Abdullah Hishan

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Pertandingan bagi merebut Piala Dato’ Seri Abdullah Hishan, Naib Presiden PAFa akan bermula pada 3 Julai 2010 dan dijangka tamat pada 7 Ogos 2010 yang akan datang. Undian telah dijalankan pada 19 Jun 2010 di Hotel Flemington, Taman Tasek Taiping.

Sebanyak 24 buah pasukan dari kelab-kelab bolasepak seluruh negeri Perak yang terdiri daripada daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Ipoh, Perak Tengah, Batu Gajah, Batang Padang, Kampar, Majlis Sukan India Perak dan Slim River.

Walaupun sambutan yang diterima melebihi dari 24 buah pasukan, Jawatankuasa Pertandingan telah memutuskan untuk menerima hanya 24 buah pasukan terawal yang membuat pendaftaran serta menjelaskan yuran pendaftaran mereka.

Johan bagi pertandingan yang akan dijalankan secara format kalah singkir ini akan menerima sebuah piala pusingan berserta hadiah wang tunai RM 6,500. Bagi Naib Johan pula RM 3,000, Ketiga RM 1,500 dan Keempat RM 1,000.Selain itu 22 buah cenderahati iringan bagi 4 orang pegawai dan 22 pemain akan turut diberi kepada setiap pemenang.

Perlawanan pembukaan 3 Julai 2010 adalah seperti berikut :

Kemiri FC ( Kuala Kangsar ) vs Kelab Rekreasi Tapah
Padang Mini Stadium Kuala Kangsar

Majlis Perbandaran Taiping vs Dee Jay Arr ( Ipoh )
Padang Esplanade Taiping

Wira Muda FC ( Kerian ) vs Putra FC ( Slim River )
Padang Majlis Perbandaran Parit Buntar

MIC Batu 5 Tambun ( Ipoh ) vs Pokok Assam FC ( LMS )
Padang Ipoh

Bagi perlawanan peringkat awal, semua pertandingan akan dimulakan pada jam 4.30 petang manakala di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir ialah pada pukul 4.15 petang.

Likes(0)Dislikes(0)