Kemelut Skuad Bolasepak Sukma XIII – 2010

Sukma 13 | Melaka

Pihak SDN telah menerima berita melalui sistem pesanan ringkas dari Pengurus Pasukan Bolasepak Perak di Sukma Melaka iaitu Encik Abdul Aziz Bin Yeop Jamaludin berkenaan kemelut yang melanda pasukan bolasepak ketika ini.

Berikut adalah pesanan sebenar yang telah dikirim kepada pihak SDN. Tiada sebarang tambahan / pengurangan kepada berita tersebut. Pihak SDN hanya menukarkan ‘ringkasan sms’ kepada patah perkataan sebenar sahaja.

Abdul Aziz Bin Yeop Jamaludin – Pengurus Pasukan Bolasepak Perak

“Salam, saya mohon maaf kepada semua rakan-rakan sekiranya Perak tidak akan meneruskan perlawanan ataupun tewas di perlawanan akhir esok. Walaupun Perak dilihat mampu untuk pergi lebih jauh ianya akan terbantut disebabkan oleh mainan politik pihak tertentu.”

“Walaupun kami telah berada di sini hampir seminggu, pembayaran elaun kepada pemain dan apa jua elaun yang sepatutnya kami dapat masih belum dijelaskan oleh MSN walaupun bermacam versi perjanjian disuarakan.” (mungkin pada 10hb ini)

“Oleh itu tibalah ke satu tahap di mana ‘mainan wayang’ oleh mereka perlu dihentikan dan didedahkan. Kami bukan lagi dibuat sebagai ‘anak angkat’ tetapi lebih seperti ‘anak buangan’.”

“Bagi lain-lain pasukan yang mewakili Perak, elaun-elaun telah pun dibayar sepenuhnya untuk 6 bulan satu minggu sebelum berlepas tapi tidak kepada pasukan bolasepak, KENAPA?.”

“Sekiranya akan diberikan pun, hanyalah untuk bulan 4 dan 5 sahaja dan sudah pasti hak pemain saya perlu diperjuangkan walaupun MSN memberi alasan yang tak munasabah. Saya telah mencuba sedaya upaya dengan kemampuan yang ada setakat yang termampu.”

“Sekiranya tersebar berita di TV dan Akhbar, janganlah PAFA dan saya dipersalahkan kerana itu sajalah cara untuk dimaklumkan kepada pencinta sukan bolasepak di Perak. Sebagai pengurus dan bertanggungjawab untuk mencapat kejayaan, saya menghadapi tekanan di atas perkara-perkara yang di luar bidang kuasa saya yang dimainkan oleh ‘mereka’, namun tetap akan diharungi dengan penuh kesabaran.”

“Lebih mendukacitakan apa yang berlaku melibatkan pihak tertinggi dalam pengurusan sukan di Perak, di mana kakitangan bawahan terpaksa akur dengan arahan yang diberikan. Saya sendiri tidak pernah dipanggil berbincang oleh MSN di upacara penyerahan bendera Perak dan T-Shirt kepada semua pengurus-pengurus pasukan, saya disisihkan, dan begitulah hinanya saya diperlakukan.”

“Apa yang diluahkan hanyalah untuk menuntut hak dan keadilan kepada pasukan yang mengibarkan bendera Perak dan bukanlah untuk mana-mana parti. Kepada semua Dato Seri, Yang Berhormat, Dato, Tuan dan Puan yang meminati bolasepak dan telah memberikan sokongan dan semangat kepada saya walaupun saya bukan pilihan dari pihak tertentu, Terima Kasih diucapkan.”

(Harap dapat dipanjangkan untuk makluman kawan-kawan lain)

Nota Tambahan Terkini: Dilaporkan ada beberapa pemain bolasepak Perak telah pun membuat pinjaman kewangan (secara senyap) dari beberapa pegawai sukan di Melaka kerana kesempitan wang.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Kemelut Skuad Bolasepak Sukma XIII – 2010

  1. khairol

    salam,

    di peringkat begini (sukma) pun penuh mainan politik, apatah lagi di peringkat yang lebih tinggi. selama itulah bolasepak kita berada di ranking ke 160 ke atas.

    apa agaknya alasan MSN.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. doyan

    kesian...semoga sesiapa yang berkenaan tolonglah mereka demi maruah pasukan perak.aku rasa pasukan nih boleh mencabar di sukma melaka ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Kepada manusia yang tidak bermaruah dimana mereka mereka yang dipertanggungjawabkan utnuk membayar elaun kepada pemain pemain tolonglah jelaskan.Jangan kerana politik sukan bola sepak Negeri Perak hancur kerana kepentingan peribadi

    Inilah masalah utama dalam negara kita selagi sukan di terajui oleh manusia manusia dari golongan politik,pasti yang jadi mangsa paling kritikal ialah pemain pemain,masalah yang hampir hampir kritikal dimiliki oleh penyokong penyokong disekeliling.

    Diharapkan kepada yang bertanggungjawab tolong pastikan perkara ini diatasi dengan sebaik dan sepantas mungkin,jangan jadikan kami mangsa politik juga.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Selagi orang atas PAFA tak berundur selagi tu la masalah bolasepak Perak tak selesai. Tak tau la apa nak cakap lagi. Memang patut la Bolasepak Malaysia tak ke mana. Pentingkan diri sendiri. Sanggup biarkan orang lain merana. Zalim laknatullah! (Kalau betul la). Sesuatu perkara jika diletakkan pada sesuatu tempat yang tidak sepatutnya = ZALIM! Zalim lawannya ADIL. Fikirlah..Teman tak gemor politik. Baik yang berlakon baik atau berwatak jahat. Politik wayang je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    kenyataan - bolasepak di Malaysia sentiasa bergantung pada kuasa politik. Hanya di Selangor, semua pihak bersikap profesional, apa nak diherankan, Selangor mempunyai kantung kewangan yang stabil berbanding Perak.

    Saya sudah muak, jelik dan jijk dengan permainan politik dalam bolasepak. Amat memalukan dan tidak profesional

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Fiq

    Salam..

    Bila wayang ini akan terus begini? kepada yang berkenaan tolonglah faham dan fikirlah masa depan bola sepak kita. Bola Sepak kita tidak akan kemana jika digaulkan dengan politik. Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri. Takkan kita mahu digelar 'Jaguh Kampung' oleh pihak luar? Di mana kesedaran sukan kita? Renung-renungkanlah wahai yang berkenaan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YB

    Bayaran elaun telah dilakukan pada hari yang sama artikel ini keluar. Difahamkan bayaran dibuat untuk bulan Mei dan Jun sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.