TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 18 Mei 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Liga Super 2010 bagi pasukan Perak telah memasuki perlawanan ke 16 apabila berkunjung ke pantai timur menentang pasukan Terengganu pada malam ini. Perlawanan pertama di Ipoh pada 12 Januari 2010 lalu, Perak tewas dengan jaringan 1 – 3.

Tetapi kali ini pasukan Perak berkunjung ke Kuala Terengganu dengan lebih bersedia berbanding ketika perlawanan pertama di Ipoh dahulu. Berkemungkinan barisan pemain yang beraksi ketika menewaskan Pahang tempohari akan dikekalkan.

Dimaklumkan beberapa pemain tidak cukup cergas namun para pemain tersebut di beritakan mampu untuk beraksi pada perlawanan tersebut. Wan Azwari, Nazri Kamal dan Saufi Sa’aidi ialah antara pemain-pemain yang difahamkan tidak seratus peratus cergas.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN turut melahirkan rasa yakin tentang peluang pasukan bimbingannya untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dari gelanggang lawan pada perlawanan itu nanti.

“Kita tewas pada perlawanan pertama dahulu kerana beberapa kesilapan mudah pemain sendiri dan sudah semestinya saya tidak mahu mereka mengulangi kesilapan yang serupa apabila beraksi kelak” ujar Raja Azlan tegas.

“Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh para pemain Perak ialah mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah serta mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol apabila peluang terhidang sekurang-kurangnya separuh daripada itu”.

“Permainan menarik dengan deretan peluang terhidang tidak membawa apa-apa erti jika pada akhirnya kita tewas. Penilaian orang ramai tetap bertumpu kepada jumlah mata yang dipungut oleh pasukan selepas perlawanan tersebut” ujarnya lagi.

Jadual perlawanan Liga Super – 18 Mei 2010

Negeri Sembilan vs Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur vs Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC vs T-Team
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Pulau Pinang
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perlis vs Kedah
Stadium Utama Negeri, Kangar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (review)

  1. doyan

    diharap perak mampu membuat kejutan.jika seri sekalipun...alhamdulillah bagi aku.semoga Razali umar dapat skor malam nih

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.