TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 18 Mei 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Terengganu 2 – 0 Perak

Dua gol dalam tempoh masa 2 minit menjadi pemusnah pasukan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi apabila menentang pasukan tuan rumah, Terengganu pada perlawanan ke-16 TM Liga Super 2010.

Skuad seladang sewajarnya mampu mendahului pasukan tuan rumah dengan kelebihan 2 gol, namun peluang yang diperolehi oleh Razali Umar pada minit ke 9 dan 12 dipersia-siakan walaupun hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan.

Terengganu membuka tirai jaringan pada minit ke 32 melalui tandukan Ronny Harun berpunca dari sepakan sudut dan pada minit ke 34 giliran Ashaari Samsudin pula mudah menolak masuk bola ketika pemain Perak masih tercari-cari rentak permainan.

Tamat separuh pertama dengan keputusan kekal 2 – 0 untuk tuan rumah mendahului. Hujan turun dengan lebat pada separuh masa kedua dan keadaan menjadi lebih buruk apabila Azmeer Yusof dilayangkan kad merah minit ke 67 setelah mengutip kad kuning kedua.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi meluahkan rasa kecewa dengan jentera serangan Perak yang melepaskan peluang-peluang terbaik menghasilkan jaringan. “Pemain beraksi dengan baik seawal 30 minit permainan namun tertekan selepas gol pertama tuan rumah”

“Jika penyerang mendapat peluang satu lawan satu dengan penjaga gol lawan dan gagal menukarkan peluang tersebut menjadi gol, apakah lagi yang dapat saya lakukan?” ulas beliau merujuk kepada aksi Razali Umar yang melepaskan 2 peluang tersebut malam tadi.

“Kita akan menggunakan khidmat 2 pemain baru bagi menambah kekuatan pada jentera serangan Perak menjelang pertemuan menentang pasukan Johor pada hari sabtu ini untuk memungut 3 mata penuh sekaligus memperbaiki kedudukan liga” jelasnya lagi.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Hafiszuan
Azmeer
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli – 2
Khalis Ibrahim
Nazri Kamal – 3
Saufi Sa’aidi – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Syazwan – 1
Arif Fazlie – 2
Fauzzi Kassim – 3

Jadual perlawanan Liga Super – 18 Mei 2010

Negeri Sembilan 2 – 1 Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur 2 – 4 Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC 1 – 0 T-Team
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang 2 – 0 Pulau Pinang
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perlis 1 – 1 Kedah
Stadium Utama Negeri, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (result)

  1. sunrise

    salam...

    Apa sudah jadi dengan pasukan Perak menang sekali tewas berkali kali. Apakah yang sebenarnya telah terjadi didalam pasukan sehinggakan keputusan sebegini rupa harus diterima oleh kami penyokong setia di belakang pasukan.

    Kata kata tidak lagi mampu terkeluar hanya kekecewaan mampu disimpan. Kepada pemain fikir fikirkanlah jangan sampai stadium terus kosong,menyebabkan pemain pemain terus dikeji,dihina dan dicaci.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Salam...

    Kadang-kadang pening jugak memikirkan nasib pasukan Perak buat masa ni. Nak kata takde peluang gol, memang jelasnya wujud tapi kalau tak jadi gol pun tak guna jugak.

    Biar berguni peluang dicipta tapi kalau akhirnya tidak ditukar menjadi jaringan, pasukan tetap tak akan menang. Nak komplen memang mudah, tapi kalau dah One By One dengan keeper pun tak boleh gol memang pening le.

    Kalau dinilai prestasi semasa permainan Perak taklah teruk sangat, cuma bahagian serangan yang tak mampu menghasilkan jaringan memang jadi masalah KRONIK.

    Musim 2009:

    Liga Super - 27 gol

    4 penyerang - Razali, Saufi, Shahrizal & Khairul Izzat sumbangkan 21 gol.

    Musim 2010:

    Liga Super - 16 gol (sehingga game ke 16)

    4 penyerang - Razali, Saufi, Shahrizal & Fauzzi Kassim sumbangkan 7 gol.

    Kalau berdasarkan % :

    Gol Musim 2009 - 77.7% Penyerang - 22.3% Posisi lain

    Gol Musim 2010 - 43.8% Penyerang - 56.2% Posisi lain

    Kome nilai le sendiri macam mana.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ihsan

    Terima Kasih YB dengan statistic itu. .
    tahun lepas Perak mampu menjaringkan banyak gol juga..
    statistic musim 2010 membuktikan betapa lemahnya dan tumpulnya barisan serangan pasukan Perak. . .

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ihsan

    kalau tengok barisan Perak musim 2010,nampak mantap berbanding musim lalu, tetapi barisan serangan yang tumpul dan aksi kurang konsisten pemain mengagalkan hasrat Perak menduduki tempat terbaik dalam Liga Super. . .

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. spectator

    tak tau nak komen apa dah...ini sahaja tahap yang kita ada..kualiti paras ni sahaja..terimalah seadanya dan berdoa adanya perubahan-perubahan drastik yang mampu menyelamatkan skuad perak....

    kalau tak...maka terciptalah sejarah baru perak tersingkir ke liga perdana..tak pernah dibuatnya yob-yob semua oiii...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    salam

    teman hanya berdoa semoga pemain dapat berfikir sejenak dan bangkit dari lena berpanjangan!

    kami para penyokong sentiasa menyokong pasukan sehingga ke hari ini dan tidak putus memberi sokongan yang padu tetapi AWAS! jangan sampai kalian memecahkan satu rekod dalam team Perak (tidak pernah turun ke Liga Perdana)... biarlah kita kekal memegang itu hingga ke sekian kali nya.... insyaAllah, berkat kesungguhan serta semangat juang yang tinggi, kita akan kekal di Liga Super!

    harapan kami tetap harapan dan musnah lah segala nya seandainya pemain bermain sambil lewa dan tidak mahu tingkatkan semangat satu pasukan.

    semoga kita berjaya dan terus mencapai kemenangan dalam saki baki perlawanan pusingan ke-2 ini, insyaAllah...

    apa yang penting... kerjasama...
    apa yang penting... kerjasama...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zul_united

    Salam
    melihat kepada komen rakan-rakan lain,teman juga risau akan kemungkinan kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super untuk pertama kalinya.
    Teman berharap sangat agar para pemain yang diamanahkan ini dapat melakukan satu lonjakan luar biasa agar pasukan Perak sekurang-kurangnya terus kekal berada di dalam Liga Super.
    Teman juga senantiasa akan terus berada di belakang para pemain sekalian walau apapun yang akan berlaku.
    AYUH!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.