TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 8 Mei 2010
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Perlawanan pertama untuk pusingan kedua Liga Super 2010 dan yang ke-14 secara keseluruhan bagi pasukan Perak ialah bertandang ke Kelana Jaya menentang pasukan Plus FC. Pada perlawanan di Ipoh tempohari, Perak tewas dengan jaringan tunggal Fadzli Saari.

Mutu persembangan pemain Perak ketika perlawanan menentang Plus FC di Ipoh baru-baru ini mengundang rasa marah peminat bolasepak yang hadir ke stadium. Rata-rata memperkatakan tentang sikap beberapa pemain yang beraksi sambil lewa.

Entah di mana silapnya, beberapa pemain yang pada kebiasaannya mampu beraksi baik secara tiba-tiba bertukar menjadi ‘penumpang’ di dalam pasukan. Adakah terdapat unsur-unsur negatif ataupun wujudnya ‘silent protest’ dikalangan pemain-pemain sendiri?.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi turut mengakui ‘tidak nyenyak tidur’ memikirkan masalah yang bertimpa-timpa melanda pasukan bimbingannya kini. Selain dari masalah kecederaan, masalah displin para pemain juga menjadi isu yang sering berbangkit.

“Razali Umar telah kembali menjalani latihan bersama pemain-pemain yang lain tetapi Saufi Sa’aidi pula mengalami bengkak pada kakinya sejurus selepas perlawanan tempohari. Kita tidak pasti samada beliau boleh diturunkan pada perlawanan nanti” ujar Raja Azlan.

“Hanya Wan Azwari yang bakal menjalani penggantungan 1 perlawanan selepas mengutip 3 kad kuning manakala Nazri Kamal pula mungkin tidak dapat beraksi lagi kerana mengalami kecederaan lutut selepas berlaga dengan rakan sepasukan sewaktu latihan”

“Dengan ‘transfer window’ yang baru dibuka ketika ini, kita akan cuba mencari dan mengambil beberapa pemain penyerang untuk menambah sengat pada jentera serangan. Beberapa pemain sedia ada mungkin akan digugurkan dari pasukan kelak” jelasnya lagi.

Jadual perlawanan Liga Super – 7 Mei 2010

Selangor vs Johor FC
Stadium Shah Alam

Jadual perlawanan Liga Super – 8 Mei 2010

Negeri Sembilan vs T-Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur vs Pulau Pinang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Pahang vs Kelantan
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Perlis
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (review)

  1. sunrise

    salam.....

    Sewajarnya pemain pemain yang hanya cergas seratus peratus dapat diturunkan pada perlawanan kali ini demi mendapatkan 3 mata yang paling berharga untuk pasukan.

    seandainya masih kekal dengan formasi 3-5-2 pastikan pemain pemain yang layak untuk berada di kiri dan kanan posisi pertahanan. Seharusnya Razali Umar Kandasamy dapat diturunkan kembali untuk digandingkan bersama sama Shahrizal saad mahupun bersama Fauzi Kassim,teman percaya corak permainan akan berubah dengan begitu banyak.

    Tidak semestinya dengan menurunkan Razali beliau dapat menjaringkan gol sekurang kurangnya corak permainan dibahagian serangan berubah dan secara automatiknya membuka ruang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Teman amatlah tidak bersetuju dengan idea mike yang mahukan Razali digandingkan bersama Shahrizal. Rata-rata peminat di Lembah Klang nampak bagaimana aksi Shahrizal ketika menentang Kuala Lumpur di Cheras hari tu.

      Sudahlah beraksi seperti tak makan beberapa hari., baru main lebih kurang 15 minit dah cedera. Masa tu punya ramai yang marah coach sebab terpaksa buat satu lagi pertukaran untuk Shahrizal. Sudahlah masuk sebagai sub, terpaksa keluar pula diganti dengan sub lain.

      Mike kena terima hakikat, takde team dalam dunia yang pemain dia semua fits 100%. Mesti ada pemain yang tak cukup cergas. Tapi kita berusaha setakat yang termampu dan memenuhi standard yang sepatutnya.

      Dulu masa zaman Dato Karuthu, ramai yang pertikai tugas dia yang traning pemain sampai cedera teruk, sekarang bawah Raja Azlan dah tak teruk macam dulu. Tapi pemain tetap injured juga silih berganti. Siapa yang salah sebenarnya? adakah perlu kita bagi pelepasan pada semua orang supaya tak perlu traning pulak?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. myo abol as

        Salam.

        Saya setuju sama sekali dengan komen dari saudara 'YB' itu. Ketika pasukan berada di bawah kendalian ex-coach kita, ramai yang mempertikaikan kewibawaan beliau. Boleh kata apa sahaja yang beliau cuba lakukan semuanya dikritik hebat oleh sesetengah pihak. Terus terang teman nyatakan kat sini ada ketikanya kritikan itu sangatlah tidak menyenangkan atau senang kata memang berbaur kutukan dari membina.

        Sedangkan kita sendiri tidak sedar bahawa tujuan beliau adalah untuk kebaikan pasukan malah untuk masa depan pemain-pemain sendiri. Namun disebabkan oleh sikap ego bodoh sombong sesetengah individu yang lebih besar dari saiz kepala mereka sendiri menjadikan tujuan beliau itu dipandang dari sudut negatif. Maafkan saya, bukan tujuan saya nak mengungkit benda-benda yang lepas namun inilah hakikatnya kini. Pemain-pemain yang masih lagi hijau atau kalau bagi golongan wanita kita panggil masih dara dan anak dara sunti lagi tetapi sudah punya ego yang lebih besar dari saiz kepala sendiri.

        Bayangkan beberapa tahun akan datang, besar manalah agaknya ego mereka ini. Oppss..., maaf lagi kerana bukan niat dihati nak tuduh semberono saja tapi anda boleh lihat dan nilaikan sendiri dari penampilan setiap seorang dari mereka ini. Penampilan itu sedikit sebanyak ( banyak sebenarnya) menunjukkan attitude dan disiplin diri. Maka tepuk dada tanya diri sendiri. Maaf jika komen ini menyakitkan atau menimbulkan rasa dendam bagi sesetengah individu terhadap saya.

        Saya dah malas nak tulis dah apa-apa komen sebenarnya kerana dah mula bosan dengan keadaan pemain-pemain dan pasukan sendiri. Maaf sekali lagi dipinta.

        Wassalam.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Salam..
    Janganlah menggunakan formasi 3-5-2 lagi. Formasi ini mengingatkan teman kepada bekas jurulatih Perak iaitu Steve Darby. Apabila teringatkan Steve Darby, teman dah rasa tidak sedap hati. Formasi 3-5-2 yang digunakan Steve Darby ini menyebabkan pasukan Perak bolos dengan banyak sekali. Walaupun Perak ketika itu masih dibarisi pemain yang ada nama, namun formasi ini nyata sekali tidak sesuai digunakan. Jadi wajarkah formasi ini digunakan oleh pasukan Perak yang rata-rata dibarisi oleh 'budak hingusan'? Kebanyakkan kelab-kelab yang ternama di dunia sekalipun tidak berani menggunakan formasi ini. Yang biasa digunakan adalah 4-4-2. Teman bukanlah jurulatih. Tapi dapat melihat benda ini. Diharapkan Perak tidak menggunakan formasi ini. Berkenaan dengan perkembangan pasukan Perak sekarang nyata mendatangkan rasa gusar di hati peminat. Janganlah kita nak target mendapat 4 tempat teratas. Bukan teman nak perlekehkan pasukan. Sekiranya pasukan Perak dapat bertahan dalam liga super pun sudah memadai. Ingat, kita satu-satunya pasukan yang tidak pernah turun ke liga yang lebih bawah. Perak adalah kelompok pasukan elit yang satu ketika dahulu penuh dengan semangat dan kejaiban. Kepada Raja Azlan, anda jurulatih. Kamu yang dapat melihat situasi sebenar pasukan. Kalau kami boleh melihat takkan kamu tidak dapat mengetahui masalah sebenar pasukan. Love u Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. doyan

    Semoga razali dapat terus mengubah dirinya untuk menjadi individu yang lebih baik.kalau tak pergi latihan...macam mana ler kawan-kawan yang lain nak serasikan hantaran-hantaran yang dia inginkan.shahrizal saad tuh elok disimpan dalam peti ais atau di bench tepi padang jer.bagi ler peluang pada fauzi kassim dulu.semoga jaringan awal dapat dicari esok...insyaallah.kemenangan pasti akan hadir esok

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.