TM Liga Super - Plus FC Vs Perak (result)
May 8th, 2010 by webmaster

Sabtu 8 Meil 2010
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM
Plus FC 1 - 1 Perak
Skuad Perak berjaya mencatatkan keputusan seri 1 - 1 pada perlawanan ke-14 TM Liga Super 2010 menentang pasukan Plus FC yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Dianggarkan kira-kira 300 lebih penyokong hadir pada perlawanan tersebut.
Separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain berhati-hati serta banyak serangan yang terhenti separuh jalan. Dengan bola lebih banyak berlegar-legar di tengah padang, permainan separuh masa tamat dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Baru beberapa minit babak kedua bermula, Perak sewajarnya di depan selepas Razali Umar berjaya melepasi pertahanan lawan yang mengawalnya dan berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol namun kuisan beliau berjaya ditangkap penjaga gol lawan.
Pada minit ke 52 peminat Perak riang seketika apabila Perak mendahului Plus FC melalui satu sepakan lambung dari tengah padang oleh ketua pasukan, K. Nanthakumar yang berjaya memperdayakan penjaga gol lawan yang sudah pun terkeluar dari posisi asalnya.
Perak nyaris menambah gol mereka apabila tandukan Fauzzi Kassin berjaya ditangkap penjaga gol lawan hasil hantaran Razali Umar. Minit ke 65, Fadzli Saari berjaya menyamakan kedudukan 1 - 1 selepas tandukan kencangnya menerjah jaring menewaskan Khairul Izwan.
Permainan menjadi semakin rancak dan beberapa minit kemudian, Razali Umar terlepas peluang menjaringkan gol kedua pasukan selepas rembatan kencangnya dari luar kotak penalti sekadar mengena palang lalu melantun ke bawah 2 kaki di hadapan garisan gol lawan.
Kesebelasan Utama:
Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Hafiszuan - 3
Azmeer
Benedict - 2
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim - 1
Nazri Kamal
Fauzzi Kassim
Razali Umar
Pertukaran:
Isma Alif - 1
Syazwan Roslan - 2
Sathiakumaran - 3
Jadual perlawanan Liga Super - 7 Mei 2010
Selangor 4 - 1 Johor FC
Stadium Shah Alam
Jadual perlawanan Liga Super - 8 Mei 2010
Negeri Sembilan 0 - 1 T-Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kuala Lumpur 2 - 0 Pulau Pinang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Pahang 3 - 3 Kelantan
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Terengganu 1 - 1 Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Johor 3 - 2 Perlis
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Pahang (result)
- TM Liga Super - Terengganu Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Kuala Lumpur Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Johor FC (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Negeri Sembilan (result)
4 Responses to “TM Liga Super - Plus FC Vs Perak (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Permainan yang menarik di tunjukkan namun nasib tidak menyebelahi kita.sekali lagi masalah “finishing” menghantui skaud Seladang…Semoga ia dapat di atasi pada perlawanan akan datang menentang pahang.
Fantastic Goal by Kapitan Nantha…
Perak should increase the team and individual performance for better results..
There’s no way of giving excuses and excuses after games…this year is the second year of exposure in M-League.
How many years do we want to be exposed until we really can compete with top teams?
Hope we can do better next…
p/s: Missed Perak team in the era’s of Azizul, Repasi, Keita Mandjou…
~Kejor Yob Kejor~
Salam…
Satu mata adalah lebih baik daripada tidak membawa pulang sebarang mata.
Diharapkan pasukan Perak dapat melakukan sesuatu agar kembali bangkit di pusingan kedua ini kerana pasukan-pasukan yang berada di bawah kita keika ini, iaitu Johor,KL Plus dan Pulau Pinang semakin menghampiri kta.
Salam.
Masih belum selamat. Ketika Perak mendahului 1-0, teman dah mula risau. Selagi Perak tak tambah jaringan selagi tu teman akan risau. Bayangkan ketika peluang terhidang depan gol tidak disudahkan dengan baik, macam mana reaksi penonton di stadium agaknya?
Selepas dapat tahu KL Plus menyamakan kedudukan, semuanya seolah-olah hancur. Harapan 3 mata musnah. Mujur dapat satu mata, tahniah. Insaflah wahai semua pemain terutama Razali, jangan sebab mike orang lain kecewa. Dari dulu kami bagi semangat, tak cukup ke?
Apa-apa pun. Next Game mesti menang!