TM Liga Super – Perlis Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 25 Mei 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlawanan ke 18 TM Liga Super 2010 buat pasukan Perak ialah bertandang ke utara menentang pasukan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar. Pada perlawanan pertama di Ipoh pada 19 Januari 2010, Perak tewas melalui jaringan tunggal Azrul Ahmad.

Selepas kemenangan menyakinkan ke atas pasukan Johor di Ipoh, sudah tentu penyokong-penyokong setia skuad seladang mahukan kesinambungan ini diteruskan bagi mengejar kedudukan ranking yang lebih baik di dalam carta Liga Super 2010.

Walaupun menduduki tangga ke 11 liga, Perak sebenarnya mampu untuk melonjak sehingga tangga ke 8 Liga Super jika berjaya mencatatkan kemenangan menentang Perlis serta dibantu oleh kekalahan pasukan-pasukan seperti Kuala Lumpur dan Pahang.

tm-liga-super-25-mei-2010.jpg

Ini adalah disebabkan jurang mata di antara satu pasukan dengan pasukan yang lain tidak jauh berbeza dan sebarang pertambahan mata bakal menyaksikan kedudukan liga boleh berubah dengan begitu drastik kecuali untuk tempat pertama dan kedua Liga Super.

Ketua jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi meluahkan rasa optimis tentang peluang pasukan bimbingannya meraih 3 mata penuh di gelanggang lawan. “Jika persembahan ketika menentang Johor berjaya dikekalkan, saya tidak nampak kenapa kita tidak mampu menewaskan pasukan Perlis di gelanggang mereka sendiri nanti” ujarnya.

Secara dasarnya Perak mungkin tidak melakukan banyak perubahan kepada kesebelasan utama pasukan memandangkan pemain-pemain yang baru terpilih tempohari masih tidak dapat diturunkan gara-gara kelewatan F.A.M menyiapkan lesen pemain tersebut.

Jadual perlawanan Liga Super – 25 Mei 2010

Kuala Lumpur vs Johor FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC vs Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Selangor
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs T-Team
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Pulau Pinang
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Kedah vs Kelantan
Stadium Darul Aman, Alor Setar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Liga Super – Perlis Vs Perak (review)

  1. zizou85

    Kemengan mesti mariiiii....Setakat Perlis, apalah sangat. Kita mempunyai pemain yang berpotensi dan masa depan cerah dalam karier bola sepak.

    Come on Perak, show your real worthiness to the Fans

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ihsan

    tidak semudah itu untuk pasukan Perak. .tetapi kesungguhan tinggi para pemain, mampu merealisasikan kejayaan pasukan Perak malam ni. .

    Perlis 0 - 1 Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Mintak jasa baik mike sila email kepada pihak-pihak berwajib di F.A.M tuh untuk siapkan cepat lesen tu. Tarikh tutup 15 Mei, dah 10 hari pun tak siap lagi.

      Itu pun dah ada orang kate "coach yang slow" pulak, walhal side PAFA dah lama buat kerja masing-masing. Pendek kate kalau dah tak suka, semua benda boleh jadi alasan untuk marah. Untuk makluman, semua state pun masih tertunggu-tunggu lagi buat masa ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam....

    Kemenangan harus digapai pada malam ini demi menyelamatkan maruah pasukan dari terus merudum.Kalau diikutkan kedudukan seandainya 3 mata mampu dibawa pulang pada malam ini sudah pasti tangga kesepuluh atau kesembilan mampu melonjakkan kedudukan selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. doyan

    assalamualaikum...

    Perlawanan yang penting untuk mengekalkan momentum kemenangan walaupun tampak mustahil tetapi bola itu bulat dan apa2 saja boleh berlaku.aku mengharapkan Pemain2 Tengah dan Penyerang dapat mencuba dari jarak jauh kerana belum tentu penjaga gol lawan bersedia 100% setiap masa.pertahanan perlu kental dan harapan seluruh rakyat Perak agar pasukan Perak berjaya mengharungi badai gelora di stadium kangar Perlis....Insyaallah,Perak boleh

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Untuk makluman mike dan rakan lain, Perlis dah bertukar coach sejak beberapa game yang lalu. Yunus Alif menggantikan Nidzam Adha tapi nampaknya pasukan masih teruk jugak. Kemudian pengurus pun dah letak jawatan, ganti pengurus baru. Mungkin mampu membawa team Perlis lebih berjaya atau terus ..........????

      Mari kita saksikan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Assalamualaikum..

    Perak vs Perlis..setakat 3 game menentang Perlis yang sudahpun kita lalui.Antaranya game Super league di Ipoh dan 2 di Piala FA,rasanya takde sebarang masalah untuk membawa pulang 3mata berharga ke Ipoh.

    Seharusnya,3 mata tersebut hendaklah dijelmakan jika kita ingin terus bersaing dalam liga.

    Pada teman,3 mata adelah perkara wajib.Jika gagal,tak perlu berkeluh kesah lagi dengan prestasi yo-yo Perak.

    Kita dah buktikan!!bukan game dahulu kala! bukan game dengan team/pasukan yang berbeza! bukan juga padang yang berlainan!dekat padang tu jugak kita bawak balik 3 mata penuh ke Ipoh Yob.

    Sudah tak payah nak bersandiwara lagi.Ayuh kita buktikan!!
    Sembang kencang tak bawak kemana Yob!!
    Try tengok!!

    prediction: PERAK(2)-(0)PERLIS

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Lain kali chuck tak payah le nak predict result, harap menang sudahlah. Nanti ada orang kate web SDN ni web judi bolasepak pulak. Sekarang ni bukan boleh silap sikit, ramai yang cari peluang nak bantai. Team tengah tak kuatlah katakan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. keristujuh

        SDN adalah medium terbaik untuk mendapatkan info bolasepak di malaysia malah menjadi teraju utama dalam menyampaikan maklumat tentang pasukan perak kesayangan...sokongan harus diberikan tidak mengira diwaktu kuat atau tidak kuat...masa kuat mesti hebohkan sokongan,,,bila team tidak kuatkan harus terus membakar semangat menyokong pasukan agar akan berada pada landasan yang betul memantapkan pasukan...ayuh perak...

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. spectator

    sedap teman baca komen-komen & keyakinan tinggi geng-geng semua...teman pun turut ada perasaan sama seperti semua; mahukan kemenangan...namun bukan mudah, dan teman masih inginkan pasukan ini kekalkan konsistensi dahulu...selalunya macam ni lah, kita menang kemudian kita semua bersemangat mengharapkan skuad ini akan terus menang pada perlawanan berikutnya, tapi kesudahannya malap....

    jadi, teman harap malam ni skrip seperti di atas berubahlah hendaknya...teman masih ingat awal musim ini ketika melayan perlis di ipoh, kita menguasai perlawanan, membuatkan perlis 'mengejar' kita namun kesudahannya kita pula yang putih mata....

    ayuh perak...buktikan sesuatu atau terus dipandang sepi....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. azzura

    salam,

    teruskan perjuangan pasukan Perak malam ini untuk mencapai kemenangan dan 3 mata berharga untuk perbaiki kedudukan dalam carta liga super. teman percaye malam ini kite boleh menang. kejor yop skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.