TM Liga Super – Perlis Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 25 Mei 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlis 3 – 0 Perak

Perak kecundang di tangan Perlis pada perlawanan ke 18 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Kangar dengan keputusan 3 gol tanpa balas. Walaupun menguasai permainan pada separuh masa pertama, ternyata nasib tidak menyebelahi Perak.

Pasukan Perlis mendahului pada seawal minit ke 18 melalui sepakan penalti Mohd Nor Hazrul selepas Azrul Ahmad yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Perak telah dibentes oleh penjaga gol Perak, Khairul Izwan di dalam kotak penalti.

Selepas gol tersebut, pasukan Perak masih tidak berputus asa untuk cuba mendapatkan gol penyamaan sehinggalah terjadi satu insiden yang mengelirukan ramai peminat yang hadir termasuk pegawai kedua-dua pasukan sehingga permainan terhenti seketika.

Semuanya berpunca pada minit ke 37 apabila Hafiszuan dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain Perlis di luar kotak penalti Perak dan secara tiba-tiba pengadil terkena bola yang dilambung oleh ‘seseorang’ dan menyangka Khairul Izwan yang melakukannya.

perlis-vs-perak 01

Selepas itu pengadil secara terburu-buru tanpa usul periksa melayangkan kad merah kepada Khairul Izwan namun dibantah oleh pemain Perak. Selepas menyedari tindakannya kurang tepat, pengadil tersebut cuba mendapatkan bantuan rakan pengadil yang lain.

Selepas berbincang dengan kedua-dua penjaga garisan termasuk pengadil keempat, beliau memutuskan untuk memberikan Hafiszuan satu lagi layangan kad kuning dan seterusnya kad merah kerana ‘sengaja’ melambung bola yang mengenai pengadil.

Selepas ‘drama’ tersebut selesai, Perlis berjaya menjaringkan gol kedua hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti itu yang disudahkan oleh Mohd Nor Hazrul. Tamat separuh masa pertama kedudukan kekal dengan Perlis mendahului pelawat 2 gol tanpa balas.

Walaupun bermain dengan 10 orang pemain pada separuh masa kedua, pasukan Perak masih cuba untuk melancarkan serangan balas ke kubu Perlis namun beberapa peluang terhidang melalui Nazri Kamal dan Shafuan Adli gagal diterjemahkan menjadi gol.

Minit ke 81, Perlis berjaya menambah satu lagi gol melalui tandukan Ahmad Aminuddin yang menerima satu hantaran lintang menarik dari sebelah kiri padang untuk Perlis mengutip 3 mata penuh di gelanggang sendiri menewaskan Perak dengan keputusan 3 – 0.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Hafiszuan
Syazwan
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli – 1
Khalis Ibrahim
Hafiz Rahman – 2
Nazri Kamal – 3
Saufi Sa’aidi

Pertukaran:

Isma Alif – 1
Arif Fazlie – 2
Fauzzi Kassim – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 25 Mei 2010

Kuala Lumpur 0 – 0 Johor FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC 1 – 1 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang 2 – 3 Selangor
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 1 – 0 T-Team
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor 1 – 0 Pulau Pinang
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Kedah 0 – 0 Kelantan
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Perlis Vs Perak (result)

  1. chuck

    Salam...

    Teruskan berjuang sehingga ke titisan keringat yang terakhir!!!

    Biar seluruh dunia ketahui masih ade lagi pemain bola sepak yang bermain kerana minat,sejarah dan juga pengorbanan bakti pada tanah tumpah darahnya.

    Adatlah menang dan kalah tu,yang pastinya kita takkan mudah berputus asa dan bukan juga skuad belasahan.

    Untuk game seterusnya,teman mengharapkan suatu bencana pada pasukan yang bertandang di Ipoh nanti.Teman menaruh keyakinan yang tinggi untuk melihat pasukan Perak membelasah walau sapepun team yang akan bertandang di Ipoh nanti.

    Selamat berjuang!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada semua pemain yang berjaya mempamerkan satu mutu permainan yang menarik untuk ditonton,cuma masalah pengadil yang sememangnya bertaraf tadika membuatkan rentak permainan agak sedikit terumbang ambing setelah hafiszuan dilayangkan kad.

    walaupun pemain pemain pasukan Perak terpaksa bermain sepuluh pemain ini membuktikan bahawa anda sebenarnya berkualiti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Takpe le yob....kalah tapi melawan takpe...bior pun main sepuluh orang...jadikan pengalaman agar lebih matang...tapi lepas ni kena usaha,usaha & usaha lagi...ini le "exposure" yang kome kena terima bila dah jejak kaki dalam Liga Super...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    salam..

    ayuh.. marilah kita bersama sama bangkit dalam mengharungi baki perlawanan..

    kami para penyokong akan terus bersama menyokong pasukan hingga ke akhir musim dan terus meyokong untuk selama-lamanya.. ku bersama mu...

    apa yang penting... kerjasama...
    apa yang penting... kerjasama...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.