TM Liga Super – Perak Vs Plus FC (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 4 Mei 2010
Stadium Perak
8:45PM

Ini adalah perlawanan terakhir untuk pusingan pertama Liga Super 2010 dengan pasukan tuan rumah Perak akan menentang pasukan kelab dari Lembah Klang, Plus FC pada perlawanan ke 13 yang bakal diadakan di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Perak pada perlawanan lalu tewas kepada Kuala Lumpur di Cheras dengan keputusan 2 – 1. Difahamkan dari sumber, pemain penyerang, Razali Umar tidak akan beraksi pada perlawanan kali ini kerana “bermasalah” dalam memberikan komitmen terhadap pasukan.

Persedian skuad seladang sedikit longgar apabila Nazri Kamal turut menjalani penggantungan 1 perlawanan kerana mengutip 3 kad kuning sebelum ini sambil kelibat Hafiszuan di benteng tidak akan kelihatan kerana mengalami kecederaan “hamstring”.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi turut mengakui beberapa sukarnya menyusun barisan pemain-pemain untuk pertemuan kali ini dengan beberapa pemain tidak menunjukkan “komitmen” seperti yang diharapkan sewaktu latihan dan perlawanan sebenar sebelum ini.

“Masalah utama Perak sekarang ialah barisan penyerang yang gagal menjaringkan gol untuk pasukan. Hanya 6 gol dari 13 jaringan dihasilkan oleh penyerang Perak dan selebihnya dijaringkan oleh pemain dari barisan tengah ataupun pemain pertahanan” ujar Raja Azlan.

“Buat masa ini barisan serangan Perak akan disandarkan kepada gandingan Saufi Sa’aidi dan Hafiz Rahman selepas keadaan Fauzzi Kassim juga tidak cukup menyakinkan kerana masalah “groin” yang dialami sewaktu menjalani latihan sebelum ini”

“Kita akan buat yang terbaik dengan barisan pemain yang ada” jelas Raja Azlan ringkas.

Jadual perlawanan Liga Super – 4 Mei 2010

Perlis vs Johor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs Pahang
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang vs Kuala Lumpur
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Plus FC (review)

  1. sunrise

    salam.....

    Apa jua yang berlaku dalam pasukan diharapkan pemain pemain yang bakal diturunkan pada malam ini,berikan komitmen sepenuhnya demi mengembalikan semangat penyokong penyokong yang telah kian pudar,dan menyebabkan stadium kosong.

    Diharapkan Raja Azlan Shah dapat memberi satu taktikal yang berkesan dengan pemain pemain yang tersedia ada.Kalau boleh taktikal yang bakal dilakukan pada malam ini bersesuaian dengan pemain pemain yang bakal diturunkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. doyan

    boleh ke menang??? FAM nih pun banyak rehat jer deme.semoga Perak dapat ler menang supaya dapat menjarakkan mata

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Kita harap menang le yob :-)

      Sekarang nak tengok bola Perak kena fikir game by game, jangan peduli kedudukan semasa team, datang je sokong time ada game. Kalau dok pikir kedudukan sekarang, memang kita tak mau menyokong. Redho ajerlah yob....

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.