TM Liga Super – Perak vs Plus FC (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 24 April 2010
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Perak 0 – 1 Plus FC

Longgar dan longlai adalah gambaran tepat untuk aksi pasukan Perak pada perlawanan ke-13 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh malam tadi selepas dikejutkan dengan kekalahan 1 gol pada masa kecederaan oleh pasukan Plus FC.

Sekitar 300 lebih penyokong Perak hadir menyaksikan perlawanan dengan skuad seladang menguasai separuh masa pertama permainan namun tiada percubaan-percubaan yang cukup membahayakan pintu gol lawan untuk mengikat keputusan seri tanpa jaringan.

Pada babak kedua permainan, mutu permainan Perak mulai menurun dengan corak permainan yang agak kucar kacir namun pasukan pelawat juga buntu untuk menembusi benteng pertahanan Perak yang dikawal oleh Sathiakumaran, Arif Ismail dan Azmeer Yusof.

Pada penghujung permainan separuh masa kedua, pada waktu kecederaan minit ke 92, Fadzli Saari berjaya menanduk bola masuk hasil situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Perak untuk gol tunggal perlawanan yang berkesudahan Perak tumbang di Ipoh dengan keputusan 0 – 1.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Sathiakumaran
Azmeer
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli – 2
Khalis Ibrahim
Syazwan Roslan
Saufi Sa’aidi – 3
Hafiz Rahman – 1

Pertukaran:

Fauzzi Kassim – 1
Benedict Martin – 2
Isma Alif – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 4 Mei 2010

Perlis 4 – 2 Johor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah 4 – 0 Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 2 – 1 Pahang
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang 1 – 0 Kuala Lumpur
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team 2 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 1 – 3 Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “TM Liga Super – Perak vs Plus FC (result)

  1. yobscout

    Kalah lagi, perjalananku bermula dari selatan tanah air terus ke Ipoh untuk menonton perlawanan ini selepas agak kurang berpuas hati pertemuan menentang Kuala Lumpur tempoh hari. Namun keghairahan aku terbantut apabila melihat permainan yang paling sadis pernah aku tonton. Cuma pandangan aku, jika sesiapa tidak lagi berminat menyarung jersi Perak.. dipersilakan keluar dengan bermaruah. Sungguh sangat kurang bermaya, hantaran bukan hanya tidak tepat, malah terus ke kaki lawan. Sayang sekali, permainan yang patut dimenangi hanya dikawal oleh pasukan lawan hampir keseluruhan perlawanan. Jangan cakap mintak tukar strategi, strategi tektikal yang ada pun haru biru. Pemain yang ada lebih suka memerhati rakan lain menerima bola dari mengejar sendiri untuk mendapatkan bola. Aku masih tertanya-tanya, apakah 2 pertukaran diminit 90 dan 92 itu dapat membantu pasukan menahan asakan lawan, atau menukar strategi mencari gol? 11 Pemain berada dalam padang pun sukar mendapat bola hasil hantaran rakan sendiri, inikan 2 minit? Aku tidaklah sebijak jurulatih, tapi aku sendiri mendapati saufi telah penat lebih lama sebelum itu. Aku tidak mahu komen apa-apa tentang gol bolos, aku hanya harap pemain ittu sendiri faham apa yang beliau telah lakukan. Kerana tidak adil untuk menyalahkkan pemain yang baru masuk 2 minit sebelum gol dijaringkan, aku lebih rela salahkan pemain yang telah bermain 90 minit namun tiada hasil. Kini aku redha dengan pasukan kesayangan aku tidak lagi seperti zaman yang dibebani hutang. Tahniah pada pengadil kerana mengadili perlawanan dengan baik dan bijak. Perkara ini akan aku majukan. salam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Perlawanan yang amat teruk.. Sangat-sangat teruk. Tidak tahu apa yang cuba direncanakan oleh jurulatih. Memasukkan pemain pada minit ke 90. Untuk apa dimasukkan? Cukup pelik. Hanya jurulatih yang tahu. Perak bermain seolah-olah tidak cukup 11 pemain. Banyak penumpang dalam pasukan Perak. Stamina out. Sepatutnya pasukan Perak yang dibarisi pemain muda boleh bermain dengan stamina dan kecergasan yang tinggi. Ini tidak. Minit ke-70 sudah out. Inilah akibatnya semasa sesi latihan, tidak melakukan dengan bersunguh-sungguh. Pasukan Perak menang pada gaya rambut pemain sahaja. Gaya ada, main hancur. Cubalah fikirkan perasaan penyokong yang datang ke stadium. Penyokong tidak datang ke stadium untuk melihat aksi sebegini teruk.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Untuk Coach. Jangan terlalu ghairah menonton game sampai lupa apa nak buat. Buat apa yang terlintas dalam fikiran jangan bertangguh. Bahaya. Jika nampak ada kekurangan dan kelemahan perbaiki segera. Bukan perkara baru. Tapi itulah yang selalu dibuat. Seperti semalam, berbeza sama sekali. Masih ada ruang dan peluang, go into it!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Kalah Lagi..Kata Yobscout. Memang malang. Sangat Malang. 'Ditimpa Tangga Sendiri' di saat akhir. 'Tangga yang didirikan seawal minit awal permainan yang semakin tinggi apabila sampai ke penghujung permainan akhir...'kedebukk!!' timpa kepala sendiri.

    Perkara yang saya boleh katakan di sini, pertama, corak permainan dan gol: Corak permainan mestilah berteraskan 'berusaha berfaedah'. Berusaha dan beroleh faedahnya. Setiap usaha disusuli hasil. Jangan hangat-hangat taik ayam je usaha tu. Sikap sambil lewa buang jauh-jauh. Pentingkan diri! Buang! Haram! Semalam korang 'SELFISH'!

    Jangan la yob..please la. Coach jangan terlalu asyik melamun. Cepat-cepat fikirkan apa saja yang terlintas dalam kepala dan bertindak. Assistance Coach pun sama, jangan makan gaji buta yob, tolong Head Coach.

    Maaf Saya katakan yang punca segala kemerosotan aksi Perak bukan sahaja melibatkan pemain tetapi termasuk kejurulatihannya sekali. En.Abu Bakar Fazim kurang menonjol dan kurang membantu. Kalau saya salah tolong betulkan. Bukan fakta ni tapi betulkan secara zahiriah. Please. Kalau KEPALA Ok, semua OK. Itu prinsip normal untuk menilai sesuatu. Setuju?

    Asyik hentam player sampai terlupa KEPALA yang handle tim, sori kalau ter 'over'. Salam.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      sedih mende yob? bini mati ke? awek lari ke? kete ilang ke? kat sini kamu cakap je terus terang, tak payah tunggu orang tanya ngape, jangan bawak feel FB dalam komen SDN.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi

      Bukan sekarang nak bersedih. Sekarang masa untuk kita sebagai Penyokong bertindak agresif sikit. Dulu orang dah sedih yob. Mike lambat feel. Tarbi je yob. Luahkan dalam ni bior panjang berjela tak pe.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. spectator

    salam...

    sedarlah cepat..ambil tindakan..penyokong dah makin menjauh...itu hakikat....

    Nota Admin: Posting ini telah dibuang sebahagian besar isi kandungannya kerana masalah penggunaan ringkasan ala SMS yang melanggar peraturan. Sila post komen anda sebaiknya.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Bagus admin 'approve' kan komen kamu ni. Patut 'delete' terus. Cuba patuh undang-undang mudah ni. Susah ke? Susah ke yob-yob semua? Kalau malas nak taip jangan komen. Pesanan ni untuk teman dan juga semua.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. anipjebat

    Salam...

    Teruk betul game ni..baik le coach angkat kaki cara terhormat kalo rasa tak boleh nak bentuk pasukan yang ada sekarang..

    Nak salahkan pemain 100% pun tak boleh jugak sebab taktikal Perak memang zero..takde halatuju..main mengarut..tu la akibat kalo training tak bersungguh..

    Udah le tu,usah kata target 3 tempat teratas,nak kekal dalam liga super pun belum tentu kalo main takde perancangan..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Anip..Head Coach teman rasa tidak bermasalah sangat, cuma dia mungkin letih. Bayangkan kalau kita setahun buat kerja orang, apa agak jadi pada kita?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. anipjebat

        Memang betul cuma teman harap lepas ni perak main tersusun la sikit..tiada gerakan macam mane nak gol..memang kemenangan menjadi harapan tapi kalo kalah biarlah bermaruah..kalo aksi lembik dan tak bersungguh atas padang memang buat penyokong sakit hati..semoga Perak kekal bersaing dalam liga super ,amin

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. ihsan

    perak will be back with the business.. . dengan barisan yang lebih mantap berbanding musim lalu, perak boleh pergi jauh..mereka mesti terus berusaha dan berusaha mencapai kajayaan..jangan tidur lagi..wake up boys..................

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sunrise

    salam.....

    Teman ingin ucapkan tahniah kepada pengadil perlawanan yang mengadili perlawanan dengan begitu cemerlang,walaupun adakala keputusan beliau agak kurang tepat. Namun sebagai pengadil perlawanan pada kali ini beliau antara pengadil yang bagus.

    Cuma teman agak kesal dengan corak permainan yang dipersembahkan dimana, permainan yang dipamerkan pada kali ini lebih teruk berbanding perlawanan sebelum sebelum ini. Ada diantara pemain pemain yang bermain secara sambil lewa tidak menampakkan kesungguhan menjalankan tugas.

    Percaturan yang dilakukan oleh Raja Azlan pada kali ini sememangnya tidak sesuai kerana,telah memasukkan pemain baru disaat saat akhir,terutama memasukkan ISMA ALIF setelah gol dibolosi dan permainan tinggal beberapa saat sahaja untuk tamat.

    Kemasukan Benedict tidak mempunyai fungsi untuk pasukan Perak,dimana sepatutnya memasukkan pemain lain contoh mungkin memasukkan Isma Alif ketika mengantikan Safuan Adli.

    Sememangnya kekalahan atau corak permainan yang hancur ini tidaklah boleh disalahkan jurulatih seratus peratus tetapi, jurulatih harus ingat bahawasanya pemain pemain anda tidak pandai bermain bola dan menendang bola,cuma tugasan jurulatih kali ini harus ditingkatkan sedikit dimana melatih pemain pemain cara menendang bola,menghantar bola secara tepat,

    Formasi 3-5-2 tidak sesuai dengan pemain pemain yang ada kerana,bermacam macam masalah dimana stamina dan kekuatan mental pemain pemain belum berada ditahap yang cemerlang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Teman amat tidak bersetuju dengan kata-kata mike. Dulu masa menang dengan Negeri Sembilan, mike kata 3-5-2 nampak mantap. Tapi bila dah kalah sekarang mike kata tak sesuai pulak.

      Sebenarnya yang mana satu sesuai ni? atau sebenarnya mike pun tak pasti apa yang sesuai?. Jadi kalau sama-sama kita pun gitu, baik senyap je tengok apa nak jadi pulak lepas ni.

      Nak bercakap memang senang nak membuatnya Tuhan yang tau seksa ya amat. Buat pengetahuan mike dan kawan-kawan lain yang macam tak paham-paham lagi (nama je dah lama tengok bola) pertukaran saat akhir tuh lebih kepada nak 'waste time' je.

      Kalau orang melayu kate 'buang masa'. Mungkin coach dah ternampak keputusan seri kat situ. Buat apa nak pikir-pikir banyak sangat lagi. Tapi sapa nak tau tetiba boleh pulak pihak lawan sumbat gol saat akhir.

      Taktik buang masa ni satu dunia guna, bukan team Perak ajer. Jadi janganlah benda camtu pun kita nak bawak isu. Dan satu lagi teman nak ingatkan kat mike. Posting mike tu teman dah edit sikit sebab ada panggilan yang tak berapa nak elok mike tujukan pada sorang pemain tu.

      Kalau mike ada masalah peribadi dengan pemain tu, mike pegi settle sendiri dengan dia. Tak payah nak guna SDN sebagai platform bantai, kutuk, hina player dengan macam-macam panggilan yang mike suka.

      Jangan jadi macam sesetengah 'orang' yang kejenya asik nak bantai orang je. Deme aje yang betul, semua orang lain salah sesaje. Muhasabah le diri sama, jangan sampai Tuhan bagi bala dek sebab bodoh sombong kita tu.

      Ingat, pendapat tu subjektif bak kate (sape tah tak ingat) tetapi janganlah kita cakap belit-belit sampai ular pun kalah. Dan yang paling mustahak sekali, jangan bermuka-muka tikam belakang sebab manusia yang tikam belakang ni memang pengecut dayus takde 'mote' (bahasa tamil).

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        benar Yb ketika kemenangan dengan pasukan Negeri Sembilan formasi tersebut sesuai kerana, ketika itu Hafiszuan,Ariff Ismail dan Azmeer terlalu mantap dan ketiga tiga mereka berada ditahap yang amat baik,namun setelah Azmeer masih lagi berada didalam keadaan yang agak lemah akibat kecederaan yang dihadapinya dan Hafiszuan pula tidak dapat bermain pada perlawanan kali ini menyebabkan barisan pertahanan kurang berkesan dengan hanya meletakkan 3 pertahanan.setahu teman formasi meletakkan 3 pertahanan yang harus dilaksanakan oleh pertahanan kiri dan kanan seharusnya bermain bertahan dan menyerang,masalahnya kini pasukan hanya memiliki ariff ismail seorang sahaja yang mantap dari segi stamina dan kecergasan minda.

        Komen teman bukan disebabkan masalah peribadi ataupun disebaliknya,tetapi ianya realiti bukan teman seorang sahaja berkata begitu malah hampir kesemua yang berada di stadium turut bersetuju dengan kata kata teman.

        Takkan pasukan hanya inginkan seri,dengan memasukkan pemain tersebut,sudah pasti inginkan kemenangan demi mengembalikan semangat jati diri dari kedua dua bahagian iaitu pemain dan penyokong. Teman tidaklah boleh mengarahkan semua orang turut dengan kata kata teman ini,formasi 3-5-2 seharusnya dilaksanakan dengan adanya pemain pemain yang cergas seratus peratus disemua posisi.tidak salah menggunakan formasi tersebut.Harap Maklum

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Abih takkan setiap kali antara Hafiszuan, Arif dan Azmeer tak cukup cergas, kita nak tukar formasi lagi. Ingat ini main game PlayStation ke suka-suka tukar senang lenang. Itulah teman kate, nak sembang memang senang, nak buat bukan mudah.

          3 Defend tugas untuk solid defend, yang bantu winger iaitu dalam kes lawan Plus FC arituh Wan Azwari dan Khalis. Masalahnya Wan Azwari hari tu main memang teruk, lambat turun bantu bawah dan lebih banyak tengok bola dari kejar. Gol hari tu pun dah masa kecederaan, maybe pemain dah lost of interest masa tu. Plus FC memang luck.

          Kalau mike dan sape-sape kat luar sana nak cakap pasal team yang 100% cergas memang takdelah. Teman listkan pemain yang tak berapa nak cergas 100%.

          1) Razali
          2) Saufi
          3) Fauzzi
          4) Shahrizal
          5) Nazri
          6) Hafiszuan
          7) Azmeer

          Ada lagi 4,5 pemain yang memang tak pernah fully fits 100% sepanjang musim ni, tak perlulah nak mention nama pun. Pendek kata kita tak akan dapat team yang 100% fully fits sepanjang musim ni. Semua ada masalah yang tersendiri.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. sunrise

            Memang betul pasukan tidak akan memiliki pemain pemain yang mantap seratus peratus. untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.....terutama kesefahaman pemain pemain,teknik menendang bola walaupun itu perkara asas yang harus ada didalam diri setiap pemain pemain,namun apakan daya pasukan bola sepak dalam malaysia sekarang hanya melatih pemain dari segi stamina semata mata,walhal perkara asas bola sepak tidak pula hendak ditekan dengan secara mendalam.

            latihan stamina dan latihan asas bola sepak kini harus diberi setiap masa dan setiap saat ketika didalam latihan.

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. YB

              Passing, tahan, crossing tuh semua basic dalam bolasepak. Kalau pemain yang kita bayar ribu-ribu terpaksa nak kena traning sepak bola, tahan bola lagi setiap kali latihan baik teman amik mike je main bola, dah tentu bayor murah. Tak pun anak teman yang umur 10 tahun tu je main.

              Masalah diaorang ni masa traning memang mantap, hantaran, hold bola dan skil-skil yang standard pemain kelas dunia. Tapi itu masa traning kat padang sama kawan-kawanlah.

              Bila dah masuk padang jumpa pasukan lawan, kena pulak ada fans terpekik terlolong maki hamun belum sempat kawan tu sepak bola lagi, mulalah main pun serabut. Darah gemuruh datang tak terkawal.

              Alah mike pun penah kena masalah ni dulu kan? Masa traning futsal perhh save bola memang tak ingat, jumpa team lawan kat Cheras bolos 3 bijik dalam 4 minit. Abih ada aku kisah? aku pun paham kamu tu gabra. Dalam traning dengan game sebenar situasi tuh maha beza.

              Kat sinilah sebenarnya 'pengalaman' memainkan peranan penting selain 'stamina' pemain tu sendiri. Tapi kalau dah berbelas-belas game super league still rasa gabra, lebih baik bungkus kain baju pegi balik kampung jaga kambing. Tak pun jadi usahawan lembu pedaging lagi baik.

              Teman perati susahlah nak tengok pemain sekarang buat extra traning sendiri kat padang time-time cuti ke, rehat ke. Majoriti lebih syok membuang masa melepak kat kopitiam, restoran mamak atau karaoke sampai ke subuh naut.

              Kalau sikap sendiri tak ubah, jangan harap orang lain nak tolong ubah. Jadi pemain bola ni latihan kena cukup, makanan kena jaga dan rehat/tidur mesti ikut waktu. Kalau 3 displin tuh tak ikut, jangan haraplah nak berjaya.

              Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    salam...

    pemain kita masih bermimpi di siang hari... bangkit lah... berjuanglah dengan hati yang ikhlas kerana setiap penyokong yang hadir inginkan satu perlawanan yang bermaruah...

    jangan hanya penting kan diri dan tidak memikirkan kami selaku penyokong.... kami mahukan yang terbaik....jangan main sambil lewa kerana anda dibayar gaji untuk bermain dengan hati yang kental dan ikhlas...

    tidak tahu di mana silap nya kerana pemain yang sambil lewa ini langsung tidak mempunyai hati yang suci dan setia pada pasukan.... lebih baik angkat kaki secara bermaruah!

    kami mahu Perak kekal dan berjuang lah demi maruah sendiri...cuba bayangkan kalau maruah kalian diperkotak-katikkan, adakah kalian juga senang akan demikian? jika tidak, ayuh bangkit dan buktikan keikhlasan kalian bersama Perak!

    semoga berjaya berubah dan bangkit dari tidur di siang hari....jangan leka dan pentingkan diri!

    apa yang penting.. kerjasama...
    apa yang penting.. kerjasama...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.