TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

TM Liga Super 2009

Jumaat 14 Mei 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ke 15, Liga Super 2010 bagi pasukan Perak ialah menanti kunjungan Pahang di Stadium Perak, Ipoh pada hari Jumaat ini. Perlawanan ini telah diawalkan sehari dari jadual asal kerana mendapat liputan siaran langsung melalui saluran sukan Astro Arena.

Perlawanan pertama menentang Pahang di Kuantan pada 9 Januari 2010 lalu, Perak tewas dengan jaringan 2 – 1. Mendahului lawan seawal minit ke 23 melalui tendangan penalti Nazri Kamal namun hampa dengan jaringan Shahrizan Salleh dan Azamuddin Akil.

Difahamkan pasukan Perak tidak mempunyai pemain yang menjalani penggantungan perlawanan namun beberapa pemain utama seperti Wan Azwari, Hafiszuan, Azmeer dan Nazri Kamal tidak seratus peratus cergas menjelang perlawanan menentang pasukan Pahang.

Turut dirundung kecederaan berulang ialah Saufi Sa’aidi dan tidak ketinggalan penjaga gol, Khairul Izwan yang mengalami kecederaan jari ketika menjalani latihan. Difahamkan kesemua pemain tersebut akan diturunkan menjelang perlawanan itu nanti

Raja Azlan Shah ketika diajukan soalan tentang perkembangan pasukan setakat ini berkata, Perak akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka berbanding ketika perlawanan pertama dahulu di mana Razali Umar tidak dapat beraksi akibat penggantungan.

“Saya menghormati kemampuan Pahang yang hampir membuat kejutan menewaskan Kelantan tempohari namun saya percaya pemain-pemain Perak lebih bersedia kali ini dan kita akan buat yang terbaik untuk memenangi perlawanan itu nanti” ujar Raja Azlan.

Pada masa yang sama, pasukan Perak sedang dalam proses mengambil 2 orang pemain penyerang bagi memperkuatkan jentera serangan. Salah seorang pemain tersebut pernah mewakili pasukan yang bertanding di Kejohanan Piala Dato Seri Nizar yang lalu.

Ketika ditanya tentang siapakah seorang lagi pemain yang menjadi pilihan pasukan Perak, Raja Azlan berkata “Kita masih dalam proses terakhir rundingan bersama beliau dan jika tiada aral melintang kita bakal melihat aksi beliau tidak lama lagi” jelasnya mengakhiri perbualan.

Jadual perlawanan Liga Super – 15 Mei 2010

Kedah vs Johor
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs Terengganu
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang vs Plus FC
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team vs Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs Perlis
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Selangor vs Negeri Sembilan
Stadium Shah Alam, Selangor

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

  1. chuck

    Salam sekembalinya "Die Hard Fan" Perak...

    Tindakan yang diambil oleh pasukan Perak dengan memperkuatkan jentera serangan adalah sangat bertepatan dengan masa yang ada kini.Sumbernya juga diakui baik dan telahpun dibuktikan kemampuanya dalam kejohanan Cup Dato'Ir Nizar dahulu.

    Cuma jika dapat,serapkan seorang-dua lagi player dibahagian tengah.bagi mempelbagaikan lagi variasi serangan Perak kelak.Disamping dapat menampung lompang-lompang yang jelas tak mampu untuk ditampung oleh player sediada dengan kudratnya yang terhad.

    Diharapkan proses akhir pengambilan player tersebut berkesudahan dengan lancar,baik dan cepat.Ini kerana sudah semestinya dia memerlukan masa yang tertentu bagi menyesuaikan diri disamping mengharapkan masa yang ada kini adelah cukup bagi menyaksikan kebangkitan Perak darul Ridzuan di Liga Super.

    Mengulas lanjut berkenaan dengan game bertemu Pahang besok,teman akan turut serta hadir bagi memberikan sokongan padu dan jitu.Disamping akan bertindak sebagai penganalisis persembahan semasa Perak kini.

    Bersesuaian dengan laungan coach En.Raja Azlan yang melaungkan akan menurunkan skuad terbaik Perak,teman mengharapkan ianya adelah benar-benar terbaik yang Perak ade kini.

    Nak komen banyakpun takde guna,jadi teman nantikan persembahan terbaik wok digelanggang sendiri besok.Semoga doa skuad Seladang direstui Yang Maha Esa hendaknya.

    Kejor Yob....Kejor!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam....

    Diharapkan kepada pemain pemain yang bakal diturunkan akan menanamkan satu sikap bermain mati matian demi mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap pasukan,jangan kerana anda jurulatih dan pengurus dipersalahkan seratus peratus.

    Ini semua bergantung dihati masing masing,adakah inginkan kemenangan ataupun terus diselubungi kekalahan. Memang tidak dapat dinafikan seratus peratus dimana teman juga ada beberpa perkara yang dilakukan oleh jurulatih,namun tidak bermakna teman juga turut serta memboikot jurulatih,kerana apa,kerana ada diantara perkara perkara yang teman tahu menyebabkan pasukan dirundum kekalahan,iaitu perkara yang paling utama ialah S.I.K.A.P P.E.M.A.I.N. itu sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. paeh93

    assalamualaikum..
    salam ukhwah..

    teman dah lama tak pergi stadium.. bukan sebab permainan, tetapi sibuk dengan pelajaran. Time tengah free hujan pulak. tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan pasukan perak. Permainan pasukan tidaklah menghampakan. Cuma serangan agak tumpul.

    insyallah..
    Perak akan bangkit..
    kejor yob kejor !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. azzura

    salam,

    Semoga pasukan Perak akan bangkit di pusingan kedua ini.Pada pemain perlu bermain bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan yang di harungi tanpa mengukur tahap kekuatan lawan.Tunjukkan kebangkitan pasukan agar dapat menarik peminat kembali ke stadium.Bangkit yob sebelum terlambat,kejor yob score !!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.