TM Liga Super – Perak Vs Pahang (result)

TM Liga Super 2009

Jumaat 14 Mei 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 2 – 0 Pahang

Pasukan Perak akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan 2 – 0 ke atas pasukan Pahang pada perlawanan ke-15 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Lebih kurang hampir 200 orang penyokong hadir pada perlawanan tersebut.

Seawal minit ke 4 separuh masa pertama, skuad seladang sepatutnya berada di hadapan apabila Razali Umar berjaya melepasi kawalan beberapa pertahanan Pahang dan hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol namun sepakannya berjaya dihalang.

Permainan agak seimbang antara kedua-dua pasukan dan pada minit ke 24, Pahang mendapat peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan melalui tandukan Shahrizan Salleh yang tidak dikawal namun sedikit tersasar dari pintu gol Perak yang dikawal Khairul Izwan.

Perak akhirnya mendahului pasukan Pahang pada minit ke 29 melalui satu sepakan percuma dari jarak 25 oleh Wan Azwari setelah ketua pasukan K. Nanthakumar dikasari. Sepakan kencang beliau terus menerjah jaring mengelirukan penjaga gol lawan.

Pada minit ke 58 separuh masa kedua, Fazli Baharuddin sepatutnya berjaya menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Pahang apabila menerima bola hantaran lintang dari rakan namun tandukan beliau sipi melepasi pintu gol Perak ketika Khairul Izwan sudah tertewas.

Razali Umar akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke 71 untuk menambah gol kedua Perak apabila berjaya melepasi seorang pertahanan dan memperdayakan penjaga gol lawan berpunca dari hantaran lambung Nazri Kamal dari tengah padang.

Pemain gantian Pahang, R. Karthigesu nyaris menjaringkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke 85 tetapi rembatannya terkeluar di sebelah kiri pintu gol Perak yang berpunca dari situasi kelam kabut. Permainan ditamatkan selepas 3 minit masa tambahan.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Hafiszuan
Azmeer – 2
Wan Azwari – 3
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim
Nazri Kamal
Saufi Sa’aidi – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Syazwan – 1
Arif Fazlie – 2
Hafiz Rahman – 3

Jadual perlawanan Liga Super – 15 Mei 2010

Kedah 1 – 0 Johor
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 3 – 0 Terengganu
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pulau Pinang 0 – 4 Plus FC
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team 1 – 0 Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 2 – 1 Perlis
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Selangor 4 – 2 Negeri Sembilan
Stadium Shah Alam, Selangor

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (result)

  1. sunrise

    salam....

    Alhamdulillah,tahniah diucapkan kepada semua pemain pemain memastikan pasukan Perak mendapatkan 3 mata yang teramat berharga,walaupun corak permainan yang dipamerkan agak merungsingkan penyokong yang berada distadium.

    Pujian harus diberikan kepada pemain pertahanan pasukan Perak yang diketuai oleh Hafiszuan kerana berjaya bertahan dengan cukup baik demi memastikan penyerang pasukan lawan tidak dapat menjaringkan gol.

    Pengadil perlawanan yang bertugas pada kali ini juga amat baik dalam menjalankan tugas beliau seperti beberapa orang pengadil sebelum ini.

    Harapan kepada jurulatih,agar dapat merangkakan satu strategi yang lebih baik lagi untuk menentang pasukan lain selepas ini,kerana jelas sekali corak permainan kali ini teramatlah hambar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Pertama-tamanya, Tahniah sebab dapat balas dendam dan dapat 3 mata. Namun begitu, permainan Perak perlu diperbaiki lagi terlalu banyak 'luck' untuk kita semalam. Nasib baik, Pahang gagal sudahkan peluang yang terhidang. Jika tidak, faham-fahamla sendiri apa akan berlaku.

    Bahagian tengah masih ada kekosongan pada suatu ketika yang menyebabkan Pahang kawal permainan 60% lebih. Corak permainan ball possesion Pahang semalam tidak menjadi akhirnya memakan diri. Pahang dilihat agak tertekan dengan Pertahanan Kita, Tahniah semua pertahanan, dan K Nanthakumar bertindak baik syabas kepada beliau.

    Barisan hadapan, masih seperti dulu, gagal memanfaatkan peluang yang begitu banyak. Ruang luas dan terdapat beberapa option yang boleh dibuat jika keadaan tidak mengizinkan untuk jaringkan gol, tapi cuba jugak sedangkan ramai lagi rakan yang tidak dikawal di kiri dan kanan. Selepas ini, barisan hadapan atau tengah perlu 'pasang mata' lebih sikit untuk intercept pergerakan rakan lain.

    Apa-apa pun masih banyak yang perlu diperbaiki, TAHNIAH! Buat Razali, jadikan gol semalam sebagai titik kebangkitan anda untuk ledakkan lebih banyak gol selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Seperti kata rakan-rakan lain yang menonton game tersebut juga.Ianya tidak lebih dan kurang dari nasib yang amat baik untuk pasukan perak.

    Tidak dinafikan bahagian serangan Perak sebenarnya tumpul.Gagal menterjemahkan setiap peluang yang terhidang.Kita sedia maklum yang peluang diberikan pada penyerang adelah tersangat terhad.

    Midfield kita hilang entah kemana.Tertanya-tanya samada kita kekurangan pemain berbanding pihak lawan ke?sorang more pada attacking dan sorang lagi more pada defending.Jadi yang berada di tengah-tengah hanyalah bala tentera Pahang yang sentiasa mengawal bola.Kita diIbaratkan seperti seekor burung yang berada didalam sangkar.

    Defend,kredit dan pujian diberikan.Namun dari segi clearance ball memang tersangat lemah.Ibarat sang kancil melompat-lompat di mulut buaya.Camner tu??Ada yang mampu membawa bola sehingga keatas tapi sia-sia..(Hafiszuan dan Khalis)amende mike main ni yob??

    Nazri kamal banyak buat error pada true past.Harap dapat diberbaiki lagi.Sebab hantaran dari arkitek tengah macam mike ni jika tepat,mudahla koje si Jali nun.

    Saufi Saadi,teman respek dengan lonjakan keudara mike.Nantha yang tinggi tupun ntahler.

    Khairul Izuwan juga bukanlah perform sangat kemarin.

    Nama yang tak disebukan tu,kira bolehlah diharapkan.

    Teman taknak tegur tentang defend,keeper,midfield or striker kita tumpul.Cuma teman bebenor sakit ati bila tengok antara player kita ni basic football pun tak berapa betul.Takyah citer tentang strategilah.Jauh ibarat langit dengan bumi.Sedangkan perkara wajib taupun kita taktau.

    Sian jugak tengok coach.Bukan setakat taktikal jer dia nak kena jaga.Mungkin selepas ini kita perlu ade coach untuk melatih perkara asas selain seorang pakar psaikologi turut diperlukan.

    Teman hampir makan dek kata-kata Yashur pabila beliau memberitahu samada dengan 1gol diwaktu itu mampu or tidak untuk Perak bertahan.Dia memberitahu teman yang takut last-last minit Perak akan dikejutkan.Teman cuma sinis memberitahu malam ini adelah malam gemilang buat Perak dan Insyallah 3 mata dalam genggaman.

    Namun Tak lama lepas dia bercakap tu,memang ajernyer yer kome.Bertali arus Pahang menyerang.Yang patut deme skor mau 4-5bijikler.Namun setelah Jali skor gol kedua,teman mula tersenyum girang.

    Tamat permainan,temanpun beransur keluar ler Yob.Dalam tengah berjalan tu,teman tersentap dengan penghargaan terima kaseh yang player kita berikan.Jauh disust hati teman membayangkan sebenarnya mereka benar-benar bersemangat berjuang untuk negeri Perak.Walaupun tak kesemua player namun sebilangan besar jugakla yang berbuat demikian.Tertarik dengan perilaku tersebut dan jugalah teman dengor Jali diumumkan sebagai pemain terbaik game malam tersebut.

    Jadi moralnya,kome bolehler mula pikior sendiri yob apa sebenornya masalah team kita sekarangni."Tepuk dada tanya selera"pepatah yang acap kali dilafazkan tatkala kita sendri mengetahui tahu apa yang kita persoalakan itu.

    Sampai disini dulu,sehingga kita ketemu lagi.

    Salam Qaulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Nak tanya sikit, siapa Jali tuh? nama betul dia sape? beruk kat kampung teman pun sekor namanya Jali jugak, sekor lagi Jalut. Mike maksudkan sape ni?

      Dah lama berposting pun tak reti-reti lagi ke? Karang kena BANNED balik kate SDN skemalah, tak sportinglah, macam-macam lagi. Tapi aku pun dah malas nak layan orang tak paham-paham bahasa ni.

      Satu lagi, yang tukang APPROVE komen ni pun satu hal jugak. Baca ke tidak posting orang sebelum approve? Kalau malas nak EDIT jangan APPROVE yob. Takkan tak paham-paham kot lagi. Asik teman nak kasi tau je.

      Payah le kome-kome ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    perlawanan ini mengesahkan teori bahawa permainan cantik dan mengawal permainan tidak mengesahkan pasukan mana yang lebih baik ttp akhirnya pasukan mana yang menjaringkan gol dan menang adalah pasukan yang lebih baik...

    Tahniah Perak, ttp barisan tengah dan hadapan sgt lemah dan corak permainan Perak pada tahun ini ternyata lebih membosankan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ni sorang lagi, udah kate jangan buat posting ala sms, dibuat jugak. Samada saje atau tak sengaja, Tuhan ajerlah paham kome-kome ni.

      TTP tuh apa? Tetapi? Tutup? Tetap?
      SGT tuh apa? Sangat? Sagat? Sesungut?

      Jangan pikir orang paham macam mana kome paham. Taip le elok-elok sikit, kot malas benor tak payah le komen.

      Payah le kome-kome nih, tak paham bahasa !!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. doyan

    semoga Perak dapat bertahan esok bila bertemu Terengganu.harap Razali umar dapat meneruskan sentuhan emasnya

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ihsan

    tahniah buat skuad muda berpontensi Perak. . .semoga Perak terus mencapai kejayaan dalam perlawanan yang akan datang. .
    apa yang penting pemain2 mesti menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam setiap perlawanan. . .

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. spectator

    kemenangan tapi pada pandangan teman, permainan yang agak mengecewakan...terlalu banyak kesilapan-kesilapan mudah..taktikal pasukan kita masih lemah..mudah dipatahkan dan dibaca...cuma yang buat kita menang adalah nasib yang agak baik...

    teman rasa sekiranya corak sebegini terus dipertontonkan, tak mustahil kita takkan dapat merasai keriuhan dan kemeriahan stadium perak seperti satu ketika dulu...

    ayuh bangkitlah perak dari segenap segi...!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.