TM Liga Super - Perak Vs Johor (review)
May 21st, 2010 by webmaster

Sabtu 22 Mei 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Kempen Liga Super 2010 telah masuk perlawanan yang ke 17 untuk pasukan Perak dan lawan seterusnya malam esok ialah pasukan Johor. Perlawanan pertama di Larkin pada 16 Januari 2010, Perak berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 2 - 0.
Harapan peminat sudah tentu mahu melihat pasukan Perak berjaya menewaskan pasukan pelawat memandangkan skuad seladang mampu memenangi perlawanan pertama di tempat lawan. Namun kemenangan tempohari juga tidaklah semudah yang disangka.
Untuk makluman, Perak menjaringkan gol pertama pada minit ke 89 melalui Syazwan Roslan yang menyudahkan bola yang melantun dari sepakan percuma Shafuan Adli dan seminit kemudian Razali Umar menyumbat gol kedua hasil hantaran lambung Shahrizal Saad.
Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika diajukan soalan tentang peluang pasukan bimbingannya pada perlawanan itu nanti berkata “Kita tiada pilihan melainkan mencatat kemenangan menentang pasukan Johor jika mahu terus bersaing di dalam liga” jelasnya.
“Dengan baki 10 perlawanan yang mendatang ini saya sangat berharap pemain-pemain dapat terus fokus dengan permainan mereka terutama jentera serangan Perak yang banyak mensia-siakan peluang terhidang pada perlawanan sebelum ini” ujarnya lagi.
Menurut sumber, kesemua pemain yang didaftarkan ketika ‘perpindahan’ tempohari telah mendapat ‘kelulusan’ dari F.A.M namun sehingga berita ini ditulis ‘lesen’ pemain-pemain tersebut masih belum diperolehi dan ini menghalang mereka dari diturunkan kelak.
Jadual perlawanan Liga Super - 21 Mei 2010
Johor FC vs Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Jadual perlawanan Liga Super - 22 Mei 2010
Selangor vs Plus FC
Stadium Shah Alam, Selangor
Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kelantan vs Perlis
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Pulau Pinang vs Terengganu
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
T-Team vs Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs T-Team (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Kuala Lumpur (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Johor FC (review)
- TM Liga Super - Johor FC Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Terengganu Vs Perak (review)
4 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs Johor (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

salam….
Diharapkan semua pemain yang diturunkan pada malam ini akan dapat melaksanakan tugasan masing masing dengan begitu sempurna.
Seandainya pemain pemain yang ada tidak mahu dijadikan anak tiri dalam negeri sendiri tolonglah jangan bermain seperti kanak kanak yang hanya ingin bersuka ria ketika perlawanan.
Kami penyokong pasukan Perak sudah jemu dengan pelbagai alasan yang telah anda luahkan,kami sudah jemu dengan tingkah laku anda semua,tolonglah berubah jadi manusia yang berguna dan jadikanlah kami sebagai orang yang paling bertuah di muka bumi sendiri.
Kami juga manusia tidak sanggup untuk menerima ejekan daripada penyokong pasukan lain,kami penyokong mempunyai maruah diri yang tinggi.
sekiranya kita kalah perlawanan ini, teman rasa satu petanda atau malapetaka yang paling besar untuk tahun ini…dan kekalahan itu juga boleh dilihat sebagai penanda aras potensi skuad kita untuk bermain dalam liga perdana musim hadapan…
realitinya, kita bukan lagi pasukan digeruni…stadium perak bukan lagi gelanggang keramat yang boleh kita banggakan…pasukan lawan sudah hilang rasa gerun, gegak-gempita stadium juga sudah lama menyepi…satu ketika dahulu pasukan-pasukan seperti johor ini hanyalah belasahan namun kini kita tidak mampu menewaskan pasukan-pasukan sebegini lagi…itulah kualiti skuad kita sekarang yang sangat-sangat menyedihkan…
kita sebagai penyokong setia terus berharap adanya keajaiban akan muncul menyelamatkan maruah bolasepak negeri ini…tapi persoalannya bila? dan siapakah individu yang akan muncul sebagai wira itu..?
wallahu’alam..sama-sama kita terus berdoa dan berharap..
May 21st, 2010 at 5:32 pm
Dari kata-kata mike tu yob menggambarkan mike dah semacam tak yakin dengan kemampuan pasukan. Dan ‘body language’ mike pun teman nampak mike dah putus harap.
Takpelah yob, teman dan rakan-rakan lain yang masih terus berharap semoga pasukan Perak kembali semula ke landasan sepatutnya.
Pengurusan pun dah bertindak setakat yang mereka mampu untuk membawa masuk beberapa pemain yang MUNGKIN bole menukar nasib Perak menjadi lebih baik agaknya nanti.
Memang kualiti pasukan musim lepas dan musim ini tidak sebaik musim-musim terdahulu, tapi apa bezanya duduk di tangga ke 12 atau tangga ke 2 liga kalau takde sebarang kejayaan pun boleh dijulang.
Dengan bajet besar melambung-lambung sampai hutang tak bayar pada pemain kemudian langsung tak menang apa-apa Piala yang prestij melainkan Piala Sumbangsih, itu yang kita nak banggakan?.
Setiap kita punya pendapat yang tersendiri, pendapat itu subjektif, tapi baguslah kalau mike pun prihatin dengan nasib pasukan. Sekurang-kurangnya teman dan semua orang tahu mike memang ambil berat pasal pasukan, cuma mungkin dari cara mike mengeluarkan hujah tu teman nampak lebih kearah yang tidak membantu pasukan dan moral peminat.
Ada ramai orang di luar sana yang teman kenal sentiasa berharap pasukan kita boleh buat kejutan kembali dan di segani. Sama-samalah kita tunggu apa yang bakal terjadi selepas ni. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang SABAR. Insya Allah, adalah tu nanti.
May 22nd, 2010 at 2:23 pm
salam…
memang betul tu YB dan rakan-rakan SDN… pasukan kita akan membuktikan kemampuan mereka dan berkat sokongan padu dari para penyokong amat diperlukan… dengan kerjasama antara satu sama lain, insyaAllah, kita akan beroleh kejayaan. Ayuh… marilah kita bersama-sama berjuang…
apa yang penting… KERJASAMA!
apa yang penting… KERJASAMA!