TM Liga Super - Perak Vs Johor (result)
May 23rd, 2010 by webmaster

Sabtu 22 Mei 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 2 - 0 Johor
Pasukan Perak berjaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas pasukan Johor dengan jaringan 2 - 0 pada perlawanan ke 17 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Ipoh dengan disaksikan hampir kira-kira 300 orang penonton setia skuad seladang.
Perak yang turun tanpa kelibat Razali Umar di bahagian serangan tidak menghampakan apabila Nazri Kamal yang bertindak selaku penyerang bersama Saufi Sa’aidi berjaya menjaringkan gol pertama Perak seawal minit ke 2 separuh masa pertama.
Gol tersebut berpunca dari satu hantaran lambung oleh Wan Azwari dari pertahanan kiri Perak yang berjaya dikejar oleh Nazri Kamal sebelum membuat larian pantas melepasi pertahanan lawan seterusnya merembat masuk menewaskan penjaga gol Johor.
Selepas gol tersebut, Perak lebih banyak mengawal permainan dengan rentetan serangan sambil Johor cuba untuk mengatur serangan balas namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak yang bermain dengan formasi 4 pertahanan pada perlawanan tersebut.
Sewajarnya Perak menambah satu lagi gol pada minit ke 14 apabila rembatan kencang Shafuan Adli dari luar kotak penalti sekadar membias palang gol lawan. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan kekal Perak mendahului pelawat dengan 1 gol.
Baru 2 minit bermula separuh masa kedua, Nazri Kamal mendapat peluang untuk menghasilkan gol tetapi rembatan beliau sedikit tersasar. Minit ke 53, Khalis Ibrahim yang bersendirian di dalam kotak penalti sekadar menyepak sipi melintasi pintu gol lawan sambil percubaan Saufi Sa’aidi untuk menolak bola masuk tidak kesampaian.
Pada minit ke 68, Hafiszuan berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti Johor dan dijatuhkan pemain lawan. Pengadil malam itu, Subkhiddin Salleh tidak teragak-agak melayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah kepada K. Puvinderan. Nazri Kamal mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk gol kedua Perak malam itu.
Kesebelasan Utama:
Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Hafiszuan
Syazwan
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli - 2
Khalis Ibrahim
Hafiz Rahman - 1
Nazri Kamal
Saufi Sa’aidi
Pertukaran:
Isma Alif - 1
Arif Fazlie - 2
Keputusan perlawanan Liga Super - 21 Mei 2010
Johor FC 1 - 2 Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Keputusan perlawanan Liga Super - 22 Mei 2010
Selangor 2 - 1 Plus FC
Stadium Shah Alam, Selangor
Negeri Sembilan 1 - 2 Kuala Lumpur
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kelantan 2 - 1 Perlis
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Pulau Pinang 1 - 5 Terengganu
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
T-Team 1 - 1 Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs T-Team (result)
- TM Liga Super - Johor Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perlis Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Pahang Vs Perak (result)
11 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs Johor (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

tahniah seladang.permainan yang menarik dan menampakkan peningkatan terutama hafiszuan yang berani dan bertenaga permainannya.
Tahniah…minggu depan jangan kalah pulak..kekalkan momentem kemenangan.
semoga pemain baru dapat diturunkan selasa ini.kemenangan semalam amat penting kerana Perak patut tidak terlepas 3 mata dari perlawanan yang boleh dianggap 3 mata bonus untuk perak.saya menjangkakan Perak tiada masalah untuk mengutip 1 mata di Perlis jika pemain Perak berdisiplin untuk bertahan
salam…
Tahniah kerana kesemua pemain yang diturunkan pada perlawanan kali ini tidak menghampakan hati penyokong penyokong yang hadir,bukan sahaja kemenangan diberi malah corak permainan bertenaga dan menghiburkan.
Terima kasih kepada pemain pemain dan jurulatih kerana anda, perasaan kami pada kali ini amat terhibur. walaupun ada beberapa gerakan agak kurang berkesan tapi keseluruhan menampakkan satu peningkatan yang mendadak.
syabas…tapi yang penting cuba kekalkan momentum kemenangan..musim ini kita masih lagi belum pernah menang dua perlawanan berturut-turut dalam liga..cuba capai matlamat itu dulu untuk bina keyakinan yang lebin tinggi bagi perlawanan mendatang..
teman ada satu soalan untuk geng-geng yang hadir ke stadium malam tadi atau yang ada maklumat…kenapa razali tidak diturunkan..? adakah kerana kecederaan, penggantungan atau salah satu bentuk dendaan di atas kelalaian gagal menyempurnakan peluang terhidang ketika bertemu terengganu tempoh hari…?
May 24th, 2010 at 12:43 pm
Pihak SDN ada tanya status Razali kepada coach sejurus selepas perlawanan dan ini jawapan dari coach Raja Azlan Shah “Saya lebih rela hilang seorang pemain dari hilang satu pasukan”
Jadi kalau ada siapa-siapa nak tahu kedudukan sebenar Razali kita boleh simpulkan sebagai “Unknown”.
May 25th, 2010 at 8:47 pm
teman suka dengar masa coach cakap macam tu
perak tidak mudah untuk menyerah kalah sejak dari dulu lagi. . itu lah pasukan Perak. .dan pemain2 yang ada sekarang telah membuktikannya sekali lagi. . .
kalau ikutkan pada statement itu rasanya Jurulatih Perak sudah berputus arang pada Razali umar tapi belum tahap buang dia lagi kot
May 24th, 2010 at 2:09 pm
Ungkapan coach tu memang macam ayat tergantung, tapi pendapat peribadi teman mungkin dah tiba masa pihak pengurusan dan jurulatih mengambil langkah-langkah positif dalam pasukan walaupun mungkin isu itu nanti akan jadi celaan sesetengah pihak yang cuba “menangguk di air keruh”.
Kita tak mampu nak penuhi segala “permintaan” orang, jadi teman harap pihak pengurusan buatlah yang “terbaik” deme kesejahteraan pasukan daripada terus di rundung malang.
Salam….syabas & tahniah sekali lagi buat skuad seladang…
Betul kata kawan kita di atas….bolasepak ni permainan berpasukan…kalau kerana seorang dua punya pasal ranapkan harapan satu pasukan umpama macam nila setitik habis seperiuk la kata orang…
Jadi kome-kome pikior le sendiri…
Pada pasukan Perak,jangan le pulak mike leka lepas ni…elakkan prestasi yoyo lagi…tinggal beberapa perlawanan je lagi…elakkan dari tersungkur ke Liga Perdana…teman yakin kalau kome main baguih kalah sikit pun orang tak marah punye…yang penting semangat & disiplin yang tinggi…
Arios…Skor Yob Skor!!