TM Liga Super - Kelantan Vs Perak (review)
May 30th, 2010 by webmaster

Selasa 1 Jun 2010
Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu
8:45PM
Perlawanan ke 20 TM Liga Super 2010 untuk pasukan Perak adalah bertandang untuk kali ke 3 berturut-turut ke tempat lawan iaitu menentang pasukan Kelantan. Perlawanan awal di Ipoh pada 26 Januari 2010, Perak mencatatkan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.
Tewas 1 gol ketika menentang Johor FC di tempat lawan tempohari sudah tentu sedikit sebanyak mendukacitakan penyokong skuad seladang. Namun itu lebih baik berbanding sewaktu tewas kepada pasukan yang sama dengan jaringan 3 gol sewaktu di Ipoh.
Persembahan pemain sedikit goyah ketika ini kerana kepenatan akibat bermain ‘away’ 2 kali berturut-turut iaitu di Kangar dan Pasir Gudang. Dengan bilangan pemain ‘cergas’ yang cukup terhad, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang peluang pasukan nanti.
Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah masih berharap pemain sedia ada dapat memberikan cabaran sengit kepada pasukan tuan rumah yang sudah tentu bakal mendapat sokongan padu dari ribuan penonton di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di Kota Bharu.
Walaupun belum mendapat ‘kata putus’ tentang peluang 2 pemain yang didaftarkan tempohari, Perak dikhabarkan tetap akan membawa kedua-dua pemain tersebut sebagai langkah berjaga-jaga andaikata ‘kelulusan’ hanya diperolehi pada saat-saat terakhir.
“Kehadiran mereka tidak menjamin kemenangan berada di pihak kita namun sekurang-kurangnya saya mempunyai lebih pilihan pemain untuk diturunkan. Setakat ini pasukan hanya memiliki 15 orang pemain sahaja termasuk 2 orang penjaga gol” ujar beliau.
Jadual perlawanan Liga Super - 1 Jun 2010
Plus FC vs Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Pahang vs Kuala Lumpur
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Terengganu vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Johor vs Selangor
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
Perlis vs T-Team
Stadium Utama Negeri, Kangar
Kedah vs Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Negeri Sembilan (review)
- TM Liga Super - Kedah Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Perlis Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Terengganu Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Kelantan (review)
8 Responses to “TM Liga Super - Kelantan Vs Perak (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

15 orang pemain simpanan sebenarnya amat berbahaya jika mana-mana pemain utama cedera di saat-saat akhir. Ketiadaan pemain simpanan tidak memberi ruang kepada jurulatih Perak untuk memilih pemain yang terbaik bagi setiap perlawanan. Ini sebenar perlu dititikberatkan oleh pengurusan PAFA. Kehadiran 2 pemain baru sebenar amat ditagih oleh pasukan ketika ini, walaupun kita masih tidak tahu dimana tahap kemampuan pemain tersebut, namun ia amat baik bagi menyuntik semangat Pemain-pemain lain.
perak akan berusaha sedaya upaya dalam perlawanan ini. .
kita tunggu dan lihat, apa yang akan berlaku. . .
Apa yang penting pemain2 Perak dapat menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam perlawanan malam esok. . .
salam…
Diharapkan pasukan Perak persembahkan mutu permainan yang menarik.
Kalau anda rasa ingin teruskan perjuangan dalam saingan liga super musim hadapan atau inginkan terus perjuangan layak ke saingan Piala Malaysia buatlah sesuatu tugasan dengan penuh keikhlasan.
Harapan kami untuk pasukan kecapi kemenangan mungkin sukar bagi pemain pemain.Jadi fikir fikirkanlah…….
Salam semua,
Dimaklumkan melalui sumber bahawa kedua-dua pemain baru iaitu Khairul Izzat dan Thevaggaran sudah boleh diturunkan pada perlawanan menentang Kelantan nanti.
Dengan adanya kedua-dua pemain ini jurulatih bolehlah berkira-kira membuat beberapa perubahan strategi untuk memberikan saingan yang lebih baik kepada pasukan tuan rumah.
Saksikan aksi mereka pada siaran langsung di Astro Arena.
salam
insyaALLAH perak akan memperoleh kemenangan.. di harap pemain baru akan diturunkan.. sempurnakan peluang2 yang ada..pertahanan pada game johor fc hari itu, memang baik..teruskan usaha.. skor yob skor..
kenapa semua ni mesti berlaku kat Perak…apa salah kite…
semoga Tuhan merestui budak2 kite malam ni..
main cantik tapi kalah orang tak kisah kot.semoga budak baru membawa luck pada pasukan
June 1st, 2010 at 2:00 pm
“Some of us will do our jobs well and some will not, but we will all be judged by only one thing - the result.” - “The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather in a lack of will.” - Vince Lombardi