TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 29 Mei 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

TM Liga Super 2010 telah masuk perlawanan ke 19 buat pasukan Perak, kali ini berkunjung ke Pasir Gudang menentang pasukan Johor FC di Stadium Jcorp. Perlawanan pertama di Ipoh pada 30 Januari 2010, Perak tewas dengan keputusan 3 gol tanpa balas.

Selepas tewas dengan 3 gol kepada Perlis di Kangar, Perak hadir ke selatan tanahair dengan harapan untuk mencari sekurang-kurangnya keputusan seri ketika menentang pasukan Johor FC sebelum bertandang ke Kota Bahru menentang Kelantan selasa nanti.

Dengan persembahan pemain yang tidak konsisten serta kecederaan pemain yang semakin bertambah akan menyukarkan lagi jurulatih untuk menurunkan barisan terbaiknya. Yang pasti, Hafiszuan tidak dapat diturunkan akibat penggantungan 2 perlawanan.

Seorang lagi pemain, Azmeer Yusof baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecederaan tulang pipinya yang patah sewaktu pertemuan menentang Negeri Sembilan di Ipoh. Difahamkan beliau akan berehat sekurang-kurangnya selama 6 minggu untuk pulih.

Ketua jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi memaklumkan bahawa akan berlaku beberapa perubahan penting kepada sistem formasi pasukan termasuk pemain yang bakal mengisi tempat yang ditinggalkan oleh pemain-pemain sebelum ini.

Jadual perlawanan Liga Super – 29 Mei 2010

Selangor vs Perlis
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Johor
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur vs Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC vs Pahang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pulau Pinang vs Kelantan
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team vs Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)