TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 29 Mei 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Johor FC 1 – 0 Perak

Perak tewas tipis 1 – 0 kepada pasukan Johor FC pada perlawanan ke 19 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Jcorp, Pasir Gudang. Sejak dari mula permainan, pasukan Johor FC sentiasa mengasak hebat ke kubu pertahanan Perak.

Namun benteng pertahanan Perak berjaya mengekang asakan bertali arus pasukan tuan rumah sehinggalah pada minit ke 83 berpunca dari sepakan sudut Johor FC yang berjaya ditanduk masuk oleh Azizan Baba untuk gol tunggal permainan malam tadi.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Sathiakumaran
Syazwan
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli – 2
Khalis Ibrahim
Arif Fazli – 1
Nazri Kamal
Saufi Sa’aidi – 3

Pertukaran:

Hafiz Rahman – 1
Isma Alif – 2
Fauzzi Kassim – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 29 Mei 2010

Selangor 2 – 0 Perlis
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 3 – 1 Johor
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur 1 – 1 Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC 1 – 2 Pahang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pulau Pinang 1 – 3 Kelantan
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

T-Team 2 – 2 Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (result)

  1. zul_united

    Salam.
    Ternyata nasib tidak menyebelahi pasukan Perak pada perlawanan ini.Namun pujian harus diberikan kepada setiap pemain terutama kepada barisan pertahanan yang kental sehingga sukar untuk barisan serangan pasukan Johor FC untuk menjaringkan gol.Apapun,teman yakin kita mampu melakukan kejutan apabila bertemu pasukan Kelantan selepas ini di Kota Bharu.
    Teman juga akan sentiasa berada di belakang kalian semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    salam....

    nampak nyer penyerang kita masih kurang berbisa... walaupun benteng kita kental tetapi seandainya penyerang tidak membantu, kita satu pasukan akan menerima padahnya...

    hanya dengan satu gol dari pihak lawan, kita tetap kalah... namun demikian, teman yakin, pada perlawanan akan datang kita akan beroleh kejayaan dan semoga lesen untuk penyerang baru kita akan diberikan secara adil....

    insyaAllah, berkat usaha semua pihak, kita akan berjaya... bermain secara satu pasukan.. teruskan usaha dan semangat kalian... apa yang penting adalah mencari gol kerana kita ketandusan bilangan gol.... semoga kita akan beroleh kejayaan... teman dan penyokong lain akan tetap bersama pasukan.. ku bersama mu..

    apa yang penting... kerjasama...
    apa yang penting... kerjasama...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Nasib tidak menyebelahi kita. Peluang gagal dimanfaatkan. Banyak peluang terhidang sekurang-kurangnya menyukarkan penjaga gol Johor FC, namun segalanya ibarat sia-sia apabila Azizan Baba menanduk masuk gol tunggal Johor FC.

    Rugi, apabila kita bersusah payah hampir 90 Minit tiba-tiba pihak lawan berjaya memusnahkan impian kita sekurang-kurangnya bawa pulang 1 mata. Pertahanan Perak ibarat tembok yang memantulkan apa saja yang melaluinya. Memang satu persembahan yang amat baik. Sehinggakan pihak lawan terpaksa membuat cubaan jarak jauh kerana sukar menembusi pertahanan Perak.

    Serangan balas Perak pula terbantut dipertengahan jalan, tiada kesinambungan yang baik, jika ada pun percubaan tidak menuju ke gawang.

    Selepas ini, pastikan 'geng-geng Midfield' boleh menjaringkan gol dari jarak jauh (Sharp Shooter) dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata.

    Macam biasa, tengah masih longgar, banyak hantaran merapu dan kadang-kadang ok dan kadang-kadang tak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. abgmie

    salam....kepada semua fans dan pengkritik...teman dah lama tak bagi komen,tapi hari ni teman terpanggil untuk bagi pujian...team yang ada hari ni dah menunjukkan improvementnya sejak dari game dengan pahang lagi...tapi teman heran nengok striker kita...tah hape ape tah...nak kata tak diberi peluang rasenya dah setengah musim dah coach raja bagi peluang kat budak tu...sedar la wahai striker kesayangan Perak tu...jangan hampakan kekawan lain dalam padang...kesian...lari sana sini pasing kat dia hancus...jadi kepada lelain posisi yang teman tak cakap tu...tingkatkan lagi prestasi..teman tau kome semua ada potensi pergi lebih jauh...insyalah perak 10 terbaik tahun ni..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.