Perak FA | Perpindahan Pemain Musim 2010

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Dengan situasi jentera serangan Perak yang agak tumpul dalam kempen Liga Malaysia yang berlangsung, panel kejurulatihan telah membuat rancangan tambahan untuk membawa masuk beberapa pemain baru ke dalam pasukan Perak khususnya pemain penyerang.

Tarikh perpindahan pemain telah dibuka mulai 5 Mei – 15 Mei yang lalu oleh F.A.M, dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh skuad seladang untuk membawa masuk 3 pemain yang mampu menambah bisa pada jentera serangan Perak bagi menghadapi baki perlawanan.

Stanley Bernard bekas pemain penyerang yang menjaringkan 8 gol keseluruhan untuk pasukan My Team musim 2009 adalah antara pemain yang turut dibawa masuk secara pinjaman dari pasukan Sporting Clube de Goa yang berpengkalan di India (I-League).

Stanley Bernard - Sporting Clube de Goa
Stanley Bernard (kiri berbaju putih no 25)

Ketika dihubungi oleh wakil SDN minggu lalu, pemain yang berusia 24 tahun ini melahirkan rasa terharu dengan tawaran yang diterima dari pasukan Perak namun aksinya hanya akan dapat ditonton oleh para penyokong Perak sekitar bulan Jun nanti kerana perlawanan terakhir beliau bersama Sporting Clube de Goa ialah pada 28 Mei 2010.

Seorang lagi pemain yang mampu beraksi sebagai penyerang dan pemain utiliti serba boleh ialah J. Thevaggaran Nair dari pasukan Kinta Indian Association (KIA) yang menjuarai Piala Dato Seri Nizar Jamaluddin baru-baru ini menewaskan Perak Malay dengan keputusan 3 – 1.

Thevaggaran Nair

Pemain berumur 21 tahun ini beraksi dengan lincah dan mempunyai susuk tubuh menyerupai kelibat R. Surendran (Selangor). Beliau turut pernah beraksi bersama skuad Piala Presiden My Team pada musim 2009 sebelum berhijrah ke Kinta Indian Association (KIA).

Manakala seorang lagi pemain yang terpilih ialah Khairul Izzat Jamaluddin yang mewakili pasukan Perak Malay dalam kempen Piala Dato Seri Nizar tempohari. Beliau pernah beberapa kali bermain untuk pasukan Perak pada musim lalu dan menyumbangkan gol tunggal perlawanan sewaktu tewas 2 – 1 menentang Pahang di Kuantan pada 21 Julai 2009.

Khairul Izzat

Jika proses pendaftaran berjalan dengan lancar, kelibat 2 pemain iaitu J. Thevaggaran Nair dan Khairul Izzat Jamaluddin akan dapat disaksikan pada perlawanan ke 17 Liga Super menentang pasukan Johor, Sabtu 22 Mei 2010 ini di Stadium Perak.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perak FA | Perpindahan Pemain Musim 2010

  1. doyan

    alhamdulillah...semoga berjalan lancarlah perancangan Pengurusan Perak.la nih boleh nampak yang Razali sahaja pemain yang boleh digeruni pihak lawan.dengan ada tambahan pemain,dapatlah menambah sengat di posisi serangan yang terlampau tumpul

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam....

    Diharapkan dengan kehadiran 3 pemain baru yang dibawa masuk mampu untuk mengubah corak permainan dengan lebih mantap dan bertenaga,dalam pada masa yang sama mengingatkan kepada mereka mereka yang cuba untuk bermain sambil lewa agar tidak lagi melakukannya kerana ditempat mereka pasti akan diganti oleh diantara mereka mereka yang bernasib malang itu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Salam Yobs & Yongs...

    Memang di akui,statistik pasukan Perak sekarang dalam merencanakan gol amatlah mendukacitakan....elok benarlah kalau di tambahkan penyerang-penyerang berkaliber untuk ketuai barisan yang tumpul tu....
    Dari segi corak permainan,teman masih tengok pasukan Perak masih lagi terkapai-kapai mencari rentak biarpun dah masuk tahun kedua sebagai pasukan "make over"...
    Harapan teman tak la terlalu tinggi lain la macam pasukan Perak yang terdahulu yang diwarnai pelbagai bintang...tapi kalau boleh jangan la sampai dah terjerumus ke Liga Perdana baru nak bertindak..
    Tahniah kepada pihak pengurusan kerana memahami resah & gundah di hati kami...moga-moga perubahan ini membawa paradigma yang baru dalam kem Perak...teruskan usaha..
    Skor Yob Skor...ayuh Seladang...bangkit!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. spectator

    langkah yang baik tapi bagi teman, tak begitu meyakinkan...sama-samalah kita tunggu apa hasilnya nanti...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.