feed rss2

SDN KV JATA

Sesi latihan futsal untuk kali kelima skuad SDN KV akan diadakan pada Sabtu 8 Mei 2010 bertempat di Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, Petaling Jaya bermula dari 3:30 hingga 6:00 petang. Kali terakhir latihan futsal diadakan ialah pada 10 April 2010.

Selepas tamat latihan, para pemain futsal SDN KV terutama penyokong pasukan bolasepak Perak dijemput untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan TM Liga Super antara pasukan Plus FC menentang Perak di Stadium MPPJ, Kelana Jaya.

Nota: Latihan telah dilanjutkan kepada 2 jam, berkemungkinan akan diadakan satu perlawananan persahabatan tidak rasmi pada hari tersebut.

Anggaran Jadual:

  • 3:30 - 6:00 petang - Latihan Futsal
  • 6:00 - 6:45 petang - Rehat & Mandi
  • 6:50 - 8:00 malam - Menikmati juadah di Selera Jaya 223
  • 8:35 - 10:40 malam - Menonton perlawanan Liga Super

Sila nyatakan kedatangan anda pada bahagian komentar di bawah jika ingin turut serta.

  • Tarikh: Sabtu 8 Mei 2010
  • Masa: 3:30 - 6:00 petang
  • Lokasi: Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, PJ
  • Yuran: RM10
  • Court: Biru

Peta Interaktif Google (Belon Hijau)


View Larger Map

Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. AB
  3. Adi
  4. Izwan
  5. Aslam
  6. Sdarerepasi
  7. Fazzelin
  8. Mizi
  9. ejamz
  10. keristujuh
  11. Udinese
  12. kamil
  13. zam
  14. Joshua
  15. azaha
  16. meor

5 Responses to “Futsal | Latihan SDN KV - 8 Mei 2010”

  1. on 06 May 2010 at 2:20 pmmeor

    salam,teman nak join latihan futsal sabtu ni.

    YB Reply:

    elok ler mike datang meor, lama tak nyembang dengan mike dah, hehehe

  2. on 07 May 2010 at 2:09 pmazaha

    salam,
    teman mungkin tidak dapat turun sebab mengalami kecederaan semasa joging semalam.
    insyaallah kalau dah sembuh teman turun esok.

    YB Reply:

    Perghhhhh…joging pun boleh injured?, belum main bola lagi nih? ataupun mengalami kecederaan malam jumaat yang parah kot pada bahagian pinggang, hahahahaha.

  3. on 07 May 2010 at 5:25 pmFiq

    Salam..

    Teman minta maaf bebanyak sebab tidak dapat menghadirkan diri pada latihan kali ini. Ini adalah disebabkan oleh teman terlibat dengan latihan yang memakan masa berhari-hari lamanya. Teman minta maaf banyak-banyak. Apa pun teman tetap memberi sokongan yang padu dan jitu untuk Pasukan Perak dan SDN KV Team…

    Sayang Perak, Sayang SDN KV…Skor Yob Skor

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]