Futsal | Latihan SDN KV – 8 Mei 2010 (report)

SDN KV JATA
Sejumlah 15 orang pemain hadir pada sesi kelima futsal SDN KV di Samba de Futsal, Petaling Jaya. Latihan yang biasanya diadakan dari pukul 3:30 hingga 5:00 petang dilanjutkan sehingga 6:00 petang dengan kehadiran rakan-rakan baru dari pasukan Sunchaser FC.

Beberapa pemain SDN KV gagal menghadirkan diri walaupun pada awalnya telah menyatakan persetujuan untuk menyertai latihan ini. Walaupun tidak dibarisi beberapa pemain utama, latihan semalam turut diselitkan 1 perlawanan ‘sparring’ selama 10 minit.

SDN KV berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 6 – 1 dengan Sdarerepasi menjaringkan hattrik selain satu gol setiap seorang dari Amir, Kamil dan Fazzelin. Selain dari kekurangan pemain, Sunchaser FC tidak dibarisi pemain-pemain utama mereka.

Pengurusan SDN mengucapkan terima kasih kepada semua pemain-pemain yang hadir termasuk rakan-rakan baru dari pasukan Sunchaser FC. Untuk sesi latihan akan datang, skuad SDN KV mungkin akan mengubah venue latihan sekitar kawasan Subang Jaya.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. AB
  3. Zam
  4. Kamil
  5. Sdarerepasi
  6. Izwan
  7. Aslam
  8. Amir
  9. Meor
  10. Fazzelin
  11. Joshua
  12. Tan
  13. Shafiq
  14. Imran
  15. Aifaa

Kedudukan Kewangan Terkini Futsal SDN KV:

Baki Kutipan Setakat 10 April 2010 : - RM 5.00

Kutipan Pada 10 April 2010 – RM 225.00

JUMLAH – RM 220.00

PEMBAYARAN

Sewa Gelanggang 2 Jam – RM 250.00

Air Minuman – RM 5.00

BAKI DALAM TANGAN : - RM 35.00

Likes(0)Dislikes(0)