Monthly Archives: May 2010

Piala Presiden 2010 | 31 Mei 2010

Perlawanan terakhir saingan Piala Presiden 2010 untuk pasukan Perak ialah menerima kunjungan pasukan Shahzan Muda petang ini. Pada perlawanan sebelum ini, Perak tewas kepada Terengganu di tempat lawan dengan keputusan 1 – 0.

Jadual perlawanan Piala Presiden 2010 – 31 Mei 2010

Kumpulan A

SSBJ ‘B’ vs Kuala Lumpur
Padang D MSN, Bukit Jalil

Perlis vs PKNS
Stadium Utama Negeri, Kangar

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 1 Jun 2010
Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu
8:45PM

Perlawanan ke 20 TM Liga Super 2010 untuk pasukan Perak adalah bertandang untuk kali ke 3 berturut-turut ke tempat lawan iaitu menentang pasukan Kelantan. Perlawanan awal di Ipoh pada 26 Januari 2010, Perak mencatatkan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Tewas 1 gol ketika menentang Johor FC di tempat lawan tempohari sudah tentu sedikit sebanyak mendukacitakan penyokong skuad seladang. Namun itu lebih baik berbanding sewaktu tewas kepada pasukan yang sama dengan jaringan 3 gol sewaktu di Ipoh.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 29 Mei 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Johor FC 1 – 0 Perak

Perak tewas tipis 1 – 0 kepada pasukan Johor FC pada perlawanan ke 19 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Jcorp, Pasir Gudang. Sejak dari mula permainan, pasukan Johor FC sentiasa mengasak hebat ke kubu pertahanan Perak.

Namun benteng pertahanan Perak berjaya mengekang asakan bertali arus pasukan tuan rumah sehinggalah pada minit ke 83 berpunca dari sepakan sudut Johor FC yang berjaya ditanduk masuk oleh Azizan Baba untuk gol tunggal permainan malam tadi.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 29 Mei 2010
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

TM Liga Super 2010 telah masuk perlawanan ke 19 buat pasukan Perak, kali ini berkunjung ke Pasir Gudang menentang pasukan Johor FC di Stadium Jcorp. Perlawanan pertama di Ipoh pada 30 Januari 2010, Perak tewas dengan keputusan 3 gol tanpa balas.

Selepas tewas dengan 3 gol kepada Perlis di Kangar, Perak hadir ke selatan tanahair dengan harapan untuk mencari sekurang-kurangnya keputusan seri ketika menentang pasukan Johor FC sebelum bertandang ke Kota Bahru menentang Kelantan selasa nanti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)