feed rss2

TM Liga Super 2009

Jumaat 16 April 2010
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan ke-10 Liga Super 2010 bagi pasukan Perak ialah berkunjung ke Lembah Klang menentang Selangor di Shah Alam pada hari Jumaat ini. Perlawanan ini dipercepatkan sehari dari tarikh asalnya kerana diberi liputan langsung oleh Astro Arena.

Perak kini di tangga ke 10 liga berkongsi 9 mata dengan pasukan T-Team tetapi mendahului dari segi jaringan gol. Tiga pemain yang pasti tidak beraksi kali ini ialah Syazwan Roslan dan Khairul Izwan kerana penggantungan permainan serta Saufi Sa’aidi akibat kecederaan.

Dalam pada masa yang sama juga, pasukan kendalian K. Devan turut dilaporkan kehilangan khidmat ketua pasukan Amri Yahya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan serta pemain pertahanan, Razman Roslan yang menjalani penggantungan perlawanan.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi turut mengesahkan penyerang utamanya iaitu Razali Umar tidak cergas sepenuhnya menjelang pertemuan tersebut. Harapan kini tergantung kepada Shahrizal Saad serta Fauzi Kassim untuk mendapatkan gol.

“Kita telah membuat beberapa perlawanan persahabatan sepanjang liga berehat tempohari walaupun keputusannya tidak memberangsangkan namun saya berharap pemain-pemain mampu mempersembahkan sesuatu yang baik pada pertemuan itu nanti” ujar Raja Azlan.

“Perkara asas yang paling penting ialah para pemain seharusnya mampu menyudahkan peluang yang terhidang menjadi gol dan mengelakkan sebarang kesilapan kecil yang membuatkan gawang gol kita ditembusi pihak lawan” jelasnya lagi.

Jadual perlawanan Liga Super - 17 April 2010

Negeri Sembilan vs Kelantan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur vs Kedah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC vs Perlis
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Johor
Stadium Darul Makmur, Kuantan

T-Team vs Pulau Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs Terengganu
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

YB Corner

9 Responses to “TM Liga Super - Selangor Vs Perak (review)”

  1. on 14 Apr 2010 at 2:35 pmYB

    Salam semua,

    SDN akan berkumpul di tempat ‘biasa’ di Stadium Shah Alam. Sesiapa yang berminat untuk turut serta sila berikan nama supaya kita boleh bersama-sama duduk di satu tempat.

    01) YB
    02) Izwan
    03) Sunrise
    04) Udinese
    05) Syidi & Keluarga
    06) Taufiq
    07) Mofisa
    08) Member Belanak

    Tempat berjumpa yang dicadangkan ialah pintu masuk utama berdekatan kaunter tiket menghadap litar go-cart pada pukul 8:15.

    Lokasi tempat ‘BIASA’ SDN (klik untuk gambar lebih besar)

    stadium-shah-alam-map.jpg

  2. on 14 Apr 2010 at 4:24 pmwan

    teman nak join jugak

  3. on 14 Apr 2010 at 6:08 pmudinese

    teman pun akan hadir single..hehehe

  4. on 14 Apr 2010 at 11:47 pmazzura

    salam
    teman teringin jugak nak join tapi kene keje pulak malam tu,semoga pasukan Perak menunjukkan perlawanan yang menarik dan menghasilkan gol untuk penyokong Perak,kejor yop score

  5. on 15 Apr 2010 at 6:55 amkeristujuh

    insyaallah jika teman sihat…teman akan hadir jika idak terpaksalah nyokong depan astro…

  6. on 15 Apr 2010 at 8:43 amzizou85

    hafizuan dengan saufi masih di kem national team ke?

    YB Reply:

    10hb hari tu dah balik

  7. on 15 Apr 2010 at 8:43 amiqrame

    teman harap perak boleh berjaya menyekat kemaraan red giant….. berfikir secara positif…… macam contoh spurs boleh kalahkan arsenal…… ahak ahak ahak….

  8. on 15 Apr 2010 at 10:16 amsyidi

    Alhamdulillah..

    Lama tak gath di Stadium geng SDN ni. Lain penghayatannya kalu jumpa di Stadium. Malas nak cakap banyak, teman akan turut serta Insya Allah.

    Moh Yob Yong!!! Kasi turun ramai-ramai, untung-untung muka masuk TV hahaha..Salam..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]