TM Liga Super – Selangor Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Jumaat 16 April 2010
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor 4 – 1 Perak

Kegagalan mengekalkan fokus sepanjang permainan berjalan adalah antara punca utama Perak tumbang dengan jaringan besar 4 – 1 kepada pasukan Selangor pada perlawanan ke-10 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.

Perak menunjukkan mutu permainan yang boleh dibanggakan pada awal separuh masa pertama apabila mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan awal Nazri Kamal hasil sepakan leret dari luar kotak penalti pada minit ke-33, menewaskan , Iqbal Suhaimi.

3 minit kemudian Safee Sali berjaya menyamakan kedudukan 1 – 1 setelah menolak masuk bola hantaran lintang daripada Amirul Hadi setelah berlaku situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Perak. Keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Safiq Rahim berjaya menambah gol kedua Selangor selepas tidak dikawal oleh pertahanan Perak dan mudah merembat masuk bola menewaskan Megat Amir Faisal. Gol ketiga hadir melalui sepakan penalti R. Surendran pada minit ke 84 setelah Amirul Hadi dijatuhkan.

Gol keempat pada minit ke 88 turut disumbangkan R. Surendran melalui satu tandukan menarik melepasi jangkauan penjaga gol Perak untuk Selangor menang bergaya di Shah Alam sambil mengukuhkan tempat teratas Liga Super mengatasi Terengganu.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
Arif Ismail
Azmeer Yusuf
Hafiszuan
Wan Azwari – 2
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli – 3
Khalis Ibrahim
Nazri Kamal
Fauzzi Kassim – 1
Shahrizal Saad

Pertukaran:

Razali Umar – 1
Benedict Martin – 2
Isma Alif – 3

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Liga Super – Selangor Vs Perak (result)

  1. yobscout

    Apa nak dikatakan lagi, kalau kualiti pemain sekadar cukup-cukup makan.. mentaliti hanya mensasarkan 1 gol, dan seri. Lebih banyak melegar di tengah padang, tiada kesudahan menarik hanya membuat Selangor "tersenyum" menyekat kemaraan. Tiada kasut but yang direka khas untuk memijak bola, terlalu banyak menggunakan teknik teknik "futsal" untuk menahan bola. Skil-skil yang sering dilihat dimainkan di padang futsal, Tapi ini Padang bola sepak! bukan hanya melihat dan tidak mengejar, atau memang kudrat dibiasakan dengan saiz gelanggang futsal sehingga tercungap-cungap mengejar pihak lawan.

    Adakah masih kesilapan pengadil memberi penalti kepada Selangor? Sudah tahu pemain tertinggi dalam padang, kenapa tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk mendapatkan bola tinggi di udara? Kenapa masih terikut-terikut dengan corak permainan mereka yang lebih banyak lakonan? Kemasukkan pemain gantian kecuali terpaksa kerana kecederaan tidak memberi impak besar dalam corak permainan selepas semangat yang hilang selepas gol kedua Selangor.

    Kewajaran untuk memberi pujian sebenar tetap ada, tetapi aku lebih memilih untuk tidak, kerana apa guna permainan yang dikawal oleh pemain Perak akhirnya tewas dengan jaringan sebegini? Aku turut berasa bangga bersama-sama kalian yang berada di stadium malam tadi, tetapi jelas sokongan tidak berbelah bagi penyokong sahaja tidak cukup jika Pemain tidak menunjukkan kesefahaman yang maksimun, kerana permainan Selangor juga tidak seberapa, beberapa pemain berpengalaman mereka juga menahan bola seperti kanak-kanak, hantaran seperti rojak dan serba tak kena. Namun sayang kerana kita tidak menggunakan peluang keemasan itu sebaik-baiknya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. bobiNHo84

    salam....

    teman nak bagi komen ringkas je...

    1) Permainan Perak semakin ok dengan hantaran pendek & kurang hantaran jauh...dan cara ini berkesan...teruskan..

    2) Tolong ganti pemain no 22 dan 11..

    wassalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anipjebat

      salam..

      teman cukup setuju dengan saudara komen bobinho84..permainan perak semakin menarik..corak hantaran pendek cukup berkesan dengan ketinggian yang dimiliki pemain Perak,teruskan..Dalam permainan bolasepak kalau setakat menguasai permainan tapi penyudah tiada,memang tak kemana..yang penting jaringan..

      No 22 dari dulu lagi teman dah bagitau,zaman dia dah berakhir..Bagi teman elok rasanya dia tumpu pada satu tugas sahaja iaitu jurulatih goalkeeper..Pengalaman yang dimiliki cukup memberikan kenangan pahit untuk ditelan penyokong...

      No 11 finishing memang out malam tu..Rugi kalau peluang yang dimiliki disia-siakan begitu saja..Nampak beliau tidak selesa bermain sebagai penyerang..Mungkin ada posisi yang lebih sesuai untuk beliau..

      Apapun,game malam tu memang enjoy..Pengalaman yang membezakan kedua-dua pasukan..

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Amat Mengecewakan. Teman ada beberapa point yang jelas dan perlu diberi perhatian:

    1. Pertahanan lembab dan perlu makan kurma atau kismis banyak-banyak agar otak fresh dan bijak. Jelas, satu Malaysia tengok satu back passing yang hampir menambah gol Selangor. Tak konsisten, kadang-kadang ok kadang-kadang tak.

    2. Midfield. Gagal sama sekali walaupun berjaya dapat gol awal. Tugas kome create game dan pasti kan sampai ke barisan hadapan. Separuh masa kedua HANCUR! Pemain tengah melakukan hantaran BODOH yang tidak mencerminkan pemain pro. Mereka bermain seolah-olah dipengaruhi sesuatu (remoted)

    3. Forward, kesian kurang dapat hantaran menarik dan Razali yang masuk pun terpaksa berlari memasuki zon defend untuk cari bola. Ini menunjukkan midfield GAGAL. Kalau midfield bagus, Forward tak perlu cari bola sampai e bawah. Kerja Razali pergi kepada bola yang mempunyai peluang yang tinggi untuk jaringkan gol, saingi defend lawan dan skor gol.

    Secara keseluruhannya, Perak perlu kan rombakan besar-besaran. Cukup memalukan apabila pemain sedang bermain tanpa masalah kecederaan minta ditukarkan dari tengah padang tatkala kita sedang merencana serangan. Maaf kalau ada yang terasa, sebab teman dah lama tak tonton game Perak. Memang ada peningkatan tapi cuma 0.5 %. Tahun lalu lebih bagus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. doyan

    bagi aku la...pemain Perak menampakkan kualiti untuk bertahan dan bersaing sehingga ke minit ke 75.mungkin ada benar cakap Pengulas di ch801 iaitu perlu lebih banyak Pemain berpengalaman kerana apabila ditekan dengan keterlaluan deme melatah n jadi kelam kabut.
    bagi aku deme boleh mencabar tapi perlu pemain yang sesuai.kesian pada Jali kerana tak dapat bola yang dia inginkan.hantaran jenih nak mati kawan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Doyan..

      Dari dulu lagi pemain muda kita disuap dengan ayat 'kurang pengalaman'. Sampai bila? Mental lemah. Cukup lemah. Bayangkan, dalam masa 10 minit kalah teruk. Memalukan sangat.

      Dalam bolasepak, yang penting adalah gol. Macam mana untuk dapatkan gol tak akan diperbincangkan. Main cantik tak guna. Kalau kalah adalah sebab gol. FIFA tak ada keluarkan undang-undang, 'main cantik, mesti dapat 3 mata'..tak de tak de..

      Sekarang ni masa untuk hasilkan gol bukan tumpukan untuk betulkan passing bola dan sebagainya. Mentaliti kena kuat. Motivasi diri perlu utuh jangan mudah goyang. Bocor tengah je habis, memang lawan akan attack sampai ke depan gol.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. doyan

        Itu sebab aku cakap aku setuju pandangan pengulas2 tersebut kerana pasukan kita hanya ada nantha sebagai ketua pasukan dan Megat sebagai keeper. Deme berdua nih orang lama aka otai. Yang lain-lain tuh udah 2 tahun beraksi sebagai profesional. Tahun depan tolong ler cari pemain perancang tgh...kalau dapat Sharul Nizam balik pun jadi la. Sorang lagi penyerang tulen. Kerangka pasukan ini ada menunjukkan semangat cuma kalah dari segi pengalaman untuk melawan. Bila pasukan diasak dengan hebat...deme goyang. Itu adalah yang sebenar tapi jika kita ingin mengatakan dah 2 tahun pun tak der pengalaman lagi ??? bagi aku udah adat kebiasaan orang muda iaitu cepat melatah

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Teman nampak tim sekarang ni boleh melawan. Cuma pemain kena sedar yang deme tu mental lemah dan kena kuatkan mental. Macam mana? Itu pun nak ajar susahla. Sepatutnya pengalaman 2 Tahun cukup untuk belajar. Kena cari sendiri kelemahan sendiri, label profesional dah yob.

          Kalau kita dapat kuasai mental aka minda, kita akan atasi segala kelemahan dalam diri percayalah. Berhenti mengharapkan orang lain. Cetuskan rasa ingin menjadi 'Pencipta atau Peletus'. Jangan harap orang lain yang tak pasti lagi nun. Tanam kan azam dalam diri untuk baiki permainan setiap perlawanan. Ini tidak, kejap ok kejap tak. Kalau sentiasa ulang kesilapan, memang jiwa pemain kacau le jawabnya. Itu je jawapan nya.

          Ikhlas teman bagi tau. Pemain yang ada sekarang pernah beraksi 'Superb' punye aksi. Bukti deme ni memang hebat. Tapi seolah-olah dipukau satu ketika main macam hampeh. Kena tekan sikit dah gelabah macam mula-mula main dulu. Come On player, kome hebat sebenarnya. Jadilah orang yang hebat. Orang hebat tak kan harap kehebatan orang tapi dia akan cuba jadi lagi hebat dari orang lain.

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    Saya puji 2-3 pemain yang bermain dengan baik - azwari,hafizuan dan nazri kamal..sementara nantha berfungsi dengan baik pada separuh masa pertama, namun hanyut ketika separuh masa kedua.....kita mampu menembusi lebih dari 1 gol jika pelunag yang ada digunakan sebaik mungkin..Persembahan Shafuan dan Shahrizal Saad amat mengecewakan..patut direhatkan untuk game seterusnya...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.