TM Liga Super – Kuala Lumpur Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 24 April 2010
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Kuala Lumpur 2 – 1 Perak

Selepas prestasi menarik selasa lalu, pasukan Perak dikejutkan oleh Kuala Lumpur dengan kekalahan 2 – 1 pada perlawanan ke-12 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi dihadapan kira-kira 300 orang penonton.

Bilangan penyokong Perak agak kurang di stadium kali ini mungkin kerana penonton memahami prestasi yo-yo yang bakal dipersembahkan oleh skuad kendalian Raja Azlan Shah ini. Dengan prestasi pasukan yang sentiasa turun naik, peminat pastinya keliru.

Baru 3 minit perlawanan separuh masa pertama bermula, pasukan Kuala Lumpur berjaya mendahului pasukan Perak melalui sepakan sudut Mohd Raimi yang melencong masuk melepasi kawalan Khairul Izwan untuk gol pertama tuan rumah.

Beberapa minit kemudian, Perak berpelung untuk menyamakan kedudukan melalui Razali Umar yang hanya berdepan penjaga gol lawan namun sepakan beliau tersasar. Tamat separuh masa pertama kedudukan kekal Perak ketinggalan dengan 1 gol.

Pada babak kedua permainan, Perak sekali lagi dikejutkan oleh jaringan pantas Badrul Hisyam melalui satu tandukan cantik pada minit ke 48 hasil hantaran lintang dari rakan untuk pasukan Kuala Lumpur selesa mendahului pelawat dengan 2 gol tanpa balas.

Selepas gol tersebut pasukan Kuala Lumpur lebih banyak memperlahankan rentak permainan sambil membuang masa dengan pelbagai helah. Nazri Kamal memecah kebuntuan minit ke 80 hasil larian solo sebelum rembatannya melepasi kawalan penjaga gol Kuala Lumpur.

Selepas gol tersebut barisan pasukan Perak lebih bersemangat untuk menyerang namun banyak percubaan tersasar dan kesuntukan masa. Tamat permainan dengan keputusan kekal, Kuala Lumpur menewaskan pasukan Perak dengan jaringan 2 – 1.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Arif Ismail
Sathiakumaran
Hafiszuan
Wan Azwari
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim – 3
Nazri Kamal
Fauzzi Kassim – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Shahrizal Saad – 1 & (2)
Hafiz Rahman – 2
Isma Alif – 3

Keputusan perlawanan Liga Super – 23 April 2010

Negeri Sembilan 4 – 0 Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Keputusan perlawanan Liga Super – 24 April 2010

Selangor 3 – 0 T-Team
Stadium Shah Alam, Selangor

Plus FC 0 – 3 Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang 2 – 1 Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 4 – 0 Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 3 – 0 Johor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Antara geng SDN yang hadir ke stadium.
Tiada dalam gambar ialah Khairol & Anip (duduk tempat lain).

[slideshow=28]

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Kuala Lumpur Vs Perak (result)

  1. dody

    Kelekaan di awal permainan dan memandang rendah keupayaan lawan harus dikikis dari pasukan perak.jika tidak pasti prestasi yoyo ini akan berulang.Apa pun pandang ke hadapan.Teruskan Usaha untuk perlawanan seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Apa yang aku perhatikan dalam perlawanan ini, jelas dan nyata pemain Perak perlu banyak lagi belajar, tidak hanya berjaya mengatasi juara piala FA selasa lepas dan lepas tangan selepas itu. Permainan hambar yang ditunjukkan sebenar membuktikan, pemain seolah-olah tidak berminat mewakili Perak. Pemain yang pertama kali diturunkan juga masih belum bersedia dalam kejohanan seperti ini dan beliau harus diturunkan sebanyak mungkin untuk membiasakan diri dalam padang, Apatah lagi di peringkat yang lebih tinggi. Sepatutnya peluang yang ada diberikan juga kepada pemain-pemain yang kurang diturunkan, contohnya penjaga gol muda iaitu Amri. Apa yang aku lihat melalui kaca televisyen Selasa lalu sebenar mencerminkan ramai lagi pemain berbakat yang harus dijana oleh Jurulatih Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sdarerepasi

    salam...peminat sudah pastinya keliru dengan situasi ini...
    pada teman kemasukan pemain berjersi 11 merupakan salah satu kesilapan yang telah dilakukan oleh jurulatih..Pada teman Fauzi Kassim antara pemain yang menunjukkan permainan yang baik pada separuh masa pertama.tapi tak tau la apa yang bermain di kepala jurulatih kerana beliau lebih mengetahui perkara sebenar.

    Jujurnya semalam merupakan perlawanan pertama teman menyaksikan secara langsung di stadium..teman berasa hampa dengan aksi semalam.banyak hantaran yang tersasar,entah kemana hala,,tidak menunjukkan ciri pemain profesional dan pemain kebangsaan.memang mereka juga manusia biasa namun apa ertinya PROFESIONAL jika perkara asas di dalam bolasepak pon belum boleh dipraktikkan di atas padang?

    tengah free ball takde sapa challenge pon boleh salah hantar??? namun hakikatnya mereka adalah pemain perak...sedarlah wahai pemain...kami sayangkan pasukan perak...pemain perak......jika ada yang masih dibuai mimpi kerana dapat mewakili pasukan negeri,,bangkitlah dan buktikan anda semua mampu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik....sedar lah......ikhlas dari peminat setia bolasepak perak....maaf jika tersalah kata..salam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. spectator

      betul yob..itu laa yg selalu diperhatikan bagi yob-yob yang selalu ke stadium..semua ciri-ciri yang mike nyatakan di atas tu dah menjadi rutin pemain-pemain kita...

      benarkah mereka profesional..??

      kita sama-sama la nilai sendiri...

      apa yang boleh kita buat hanya berdoa & berharap sesuatu yang ajaib akan hadir mengubah prestasi pasukan kesayangan kita ni...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Better, come out with solution not criticism. Try to solve the problem, no point to ague. The best commentator always try to find solution with positive suggestion away from any influence.

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. khairol

    salam..

    tiada apa yang teman nak komen, cuma stadium cheras sejak dulu umpama badi bagi perak. kalau tak seri, dapat kalah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam..

    adakah kalian masih dibuai mimpi yang indah... hentikan dan sedarlah dengan kadar segera.... jangan nanti nasi sudah menjadi bubur....

    kepada pemain no. 11, anda harus sedar dan buktikan keupayaan anda kepada kami, jangan hanya pentingkan diri sahaja! kita bermain satu pasukan dan bukannya secara individu.. harap semua pemain sedar dari mimpi kalian....

    akhir kata, bangkitlah dari tidur kalian di siang hari.... berikan satu persembahan yang menarik dan mantap untuk setiap perlawanan... berikan tumpuan sepenuh tenaga dan jangan mudah lalai...

    apa yang penting... kerjasama...
    apa yang penting... kerjasama...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi

    Salam..

    Amat mengecewakan. Walaupun pada mulanya mengharap Perak akan bangkit menyamakan kedudukan lebih awal, namun semuanya sia-sia. Serangan Perak boleh dikatakan semuanya mati di tengah jalan.

    Terlalu banyak silly mistake yang mengundang padah. Padah yang paling ngeri adalah counter attack pihak lawan yang pantas. Serius teman katakan kalau Khairul Izwan tu lemau, memang Perak akan kalah teruk 4-5 gol.

    Satu lagi hantaran jauh. Kurang berkesan. Hantaran pendek pun jadi masalah, tak sampai kepada target. Mudah dibaca lawan. Banyak larian-larian dan hantaran yang mudah dibaca pihak lawan. Kena ubah semua ni, kalau tak memang tak ke mana la Perak. Ingat, permainan kita pun pihak lawan study sebelum game. Jadi Coach kena improvise kan permainan.

    Amat mengecewakan selepas Fauzi Kassim keluar untuk Shahrizal Saad yang umpama 'set pelengkap'. Tahan bola nak tak nak. Seolah-olah tak bersedia untuk beraksi. Semua penyokong mengagak perkara yang sama, dan buktinya memang dia beraksi HAMPEH!.

    Saranan teman , partner Razali Umar mestilah seorang yang boleh beraksi sebagai Second Striker, yang boleh mencipta peluang untuk Striker (Razali) buat gol. Second Striker bertindak sebagai pengacau kepada defender pihak lawan. Berlari ke sana sini tanpa jemu untuk cari bola dan cipta peluang. Pemain itu mestilah boleh berlari bersama bola, dribble dan berani mencuba dari jarak jauh. Hantarannya mesti lah tepat mengikut kehendak Razali.

    Orang yang sesuai untuk ini adalah dua pemain yang teman ingin sarankan. Hafiz Abd Rahman dan Nazri Kamal. Tugas deme-deme ni senang, jangan sebaris dengan Razali sebaliknya di posisi Attacking Midfield, memiliki kepantasan dan fitness yang superb sebab deme ni akan ke atas dan kebawah untuk salurkan bola untuk Razali.

    Shahrizal hanya layak sebagai Striker dan tidak layak untuk digandingkan dengan Razali. Karektor deme dua orang ni sama je dalam padang, tunggu bola. Kalau dua-dua orang tunggu bola memang meluat penyokong dibuatnya. Kalau Razali tunggu bola boleh la diterima lagi sebab dia Striker. Kalau dia turun bawah cari bola memang game tu ada masalah.

    Tu je la pandang teman. Harap ada perubahan nanti. Apa-apa pun game dengan K Lumpur walaupun kalah tapi 5/10 la berbanding dengan N Sembilan 7/10.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zizou85

    Sememangnya Perak mempamerkan 1 persembahan yang amat mengecewakan, tidak menarik dan banyak hantaran liar..Nantha sangat lemah di bahagian tengah serta pertahanan terutamanya Sathia bermain dengan cukup longlai. Hanya Nazri dan Gol keeper sahaja boleh diberikan kredit di atas persembahan yang diberikan.. gandingan penyerang juga amat lemah, dan Razali harus mengubah stail permainan beliau, asyik menunggu bola terlepas dari kawalan pertahanan lawan.

    Saya harap agar Saufi segera sembuh dan Raja Azlan perlu mengkaji prestasi 3-4 pemain yang tiada peningkatan seperti Sharizal Saad dan Fauzi Kassim..

    Namun, tidak dinafikan corak permainan skuad Kuala Lumpur amat baik serta mempunyai pemain yang berskil tinggi terutamanya ketua pasukannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Sedikit tambahan. Biar pun kome kata Fauzi tak bagus, tapi better dia stay daripada masukkan No.11 tu yang main nak tak nak .

      No.4 tu jarang-jarang kita nampak dia beraksi. So far nampak ok la jugak. Bagi peluang lagi pada dia next game. Kuala Lumpur memang bagus sebab diorang dapat gol awal dan diorang ibarat musuh yang bersedia dengan taktik untuk counter semua taktikal Perak. Perak mati kutu dek sebab Kuala Lumpur kekang semua gerakan ke arah gol.

      Setuju dengan pendapat tentang Razali. Dia sepatutnya kena pandai sesuaikan mengikut keadaan, bila nak tunggu bola dan bila nak cari bola. Kena faham perkataan cari bola dengan pergi kepada bola. Cari bola kerja Attacking Midfielder dan Second Striker. Pergi kepada bola adalah tugas Striker. Pergi kepada bola setelah bola dihantar oleh rakan. Rakan pulak mesti make sure hantaran yang sesuai bukan melepaskan batuk di tangga je.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Mmm...teman tak tau camne kome tengok game, tapi pandangan setiap orang itu subjektif. Tapi teman suka nak kita semua faham, Sathiakumaran tu baru pertama kali dalam hidup dia main Super League Perak. Sebelum ni dia tak pernah pun, setakat main Presiden Cup tah tahun berapa je dulu.

      So berdasarkan prestasi pertama dia ketika lawan Kuala Lumpur tuh dah kira okay sangat dah. Serupa kesnya macam keeper Amri tu. Tapi mungkin 'taste' kome tinggi kot, banding macam teman yang biasa-biasa je ni.

      Teman malas nak cerita bab taktikal team ni, banyak sangat nak dihurai nanti. Cuma teman terkilan dan rakan-rakan SDN lain yang sesama melepak pun 'melompat' terkejut bila Fauzi Kassim keluar diganti Shahrizal.

      Pada pandangan mata teman dan rakan-rakan lain SDN masa tu, Fauzi Kassim main dah cukup baik, dia boleh hold bola, control bola dan lain-lain yang perlu as a backup striker. Cuba perhatikan kalau dia bawak bola, bukan senang nak rampas bola dari kaki dia. Cuma dia lebih suka 'hantar' bola pada kawan-kawan lain dan jarang nak try sendiri.

      Bercakap pasal Shahrizal aka pemain nombor 11 tu, teman secara peribadi takde masalah apa pun dengan dia ni, cuma teman rasa dia tak menyumbang le untuk team buat masa ni. Karakter dia teman perhatikan selain 'slow', bab tahan bola pun merapu jugak. Dalam kate lain dia kalau tahan bola memang bermeter-meter terlepas punya. Dia bukan Shahrizal yang teman kenal dulu boleh tanduk bola kencang dan mempunyai penendang deras yang bahaya. Sekarang dia ialah 'passenger'.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Dah sampai masanya rasanya untuk Coach masukkan pemain yang tak pernah main selama ni. Dalam list player ada dua tiga player yang janggal dan teman tak kenal pun.

        Apa kata cuba bagi deme-deme ni main. Mohd Farid Hamidan? Teman tak pernah tengok dia main. Mungkin Coach tau tahap dia. Apa kata bagi peluang dia main? 2nd Half pun tak walaupun 5 minit.

        Sekurang-kurangnya dia dapat pendedahan dan pengalaman dan merasa diri ada peningkatan.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. zizou85

          Betui jugak yob, especially position striker..untuk digandingkan dengan Razali..mengenai Fauzi Kassim tu, mungkin persembahan die lebih baik sikit daripada Shahrizal Saad..buat malu abang dia je, (duduk dekat ngan teman je masa match tu).. harap2 Saufi segera sembuh...mengenai Sathia tu, mungkin dia tak perform sebab 1st time main game Super League....kenapa Arif Fadzli tak main...lagi teman cadangkan, Arif Fadzli boleh gantikan Nantha, sebab Nantha dilihat kurang bertenaga, tambahan pulak ketika mengejar pemain-pemain muda yang pantas. Sebagai alternatif cadangan kepada coach.

          Harap Perak kembali bangkit untuk kembali menghadirkan pesaingan

          Likes(0)Dislikes(0)
  8. gerak_khas_09

    Assalamualaikum....

    Teman agak kecewa dengan mutu permainan yang dipamerkan,jelas dari segi corak permainan di mana pemain pemain bermain di bawah tahap yang sebenar.

    Pemain pemain bermain seolah olah baru mengenali permainan ini,di mana kerap kali melakukan hantaran hantaran yang merapu,menghantar bola kepada rakan apabila diri sendiri didalam keadaan nazak,tidak bijak melakukan lorongan lorongan kepada rakan dengan baik.

    Teman agak terkilan dengan terbolosnya gol yang pertama,di mana sepatutnya pemain yang berada dihadapan tidak sepatutnya tunduk ketika bola tersebut datang ke kepalanya sendiri.

    Harapan yang menggunung terhadap jurulatih,diharapkan dapat merencanakan satu strategi corak latihan yang lebih agresif dan perbanyakkan latihan asas bola sepak kepada pemain pemain.Tidak semestinya pemain pemain yang dipilih untuk menyertai pasukan Perak mereka semua sudah tahu untuk menendang bola dengan baik.Sedangkan pemain pemain profesional di dunia ini sendiripun masih diberi latihan asas bola sepak dengan banyak. Bukan itu sahaja jurulatih juga perlu memberi latihan stamina dengan begitu banyak demi menguatkan mentaliti pemain pemain dan stamina mereka.

    Tahniah kepada pengadil perlawanan di mana pengadil perlawanan yang mengadili perlawanan kali ini adalah yang terbaik untuk pasukan Perak sepanjang musim ini,cuma terkilan dengan sikap acuh tidak acuh oleh penjaga garisan kerana kerap kali melakukan keputusan yang salah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.