TM Liga Super – Perak Vs Negeri Sembilan (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 20 April 2010
Stadium Perak
8:45PM

Selepas tewas kepada Selangor tempohari, Perak akan menanti kunjungan Negeri Sembilan pada perlawanan ke-11 Liga Super 2010 esok. Secara keseluruhan permainan Perak pada perlawanan lalu sedikit meningkat cuma tindakan penyudah yang kurang berkesan.

Dua pemain yang pasti tidak dapat beraksi kali ini ialah Syazwan Roslan kerana kecederaan dan Khairul Izwan akibat penggantungan permainan. Wan Azwari yang tercedera tempohari sewaktu menentang Selangor dilaporkan mampu beraksi pada perlawanan kali ini.

Rata-rata peminat skuad seladang puas hati dengan persembangan ‘awal’ pemain-peman kendalian Raja Azlan Shah ketika pertemuan menentang Selangor. Perak dilihat lebih banyak mengusai permainan dengan formasi 3-5-2 yang baru diterapkan oleh beliau.

Namun aksi goyah penjaga gol kedua Perak, Megat Amir Faisal secara tidak langsung merentap semangat pemain-pemain lain apabila ‘gugup’ setiap kali menerima serangan dari pasukan lawan. Kehadiran beliau dilihat oleh peminat sebagai tidak membantu pasukan.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi turut mengakui beberapa pemainnya tidak beraksi pada tahap sebenar mereka.”Bila kita gagal menyudahkan peluang yang terhidang, pasti sukar untuk kita mencapai kemenangan ditambah dengan kealpaan benteng pertahanan”.

“Kita harus lebih berhati-hati menentang Negeri Sembilan esok kerana juara Piala FA itu baru dikejutkan oleh pasukan Kelantan di gelanggang mereka sendiri, tentu mereka cuba bangkit dari kekalahan tersebut dan sudah pasti Perak adalah sasaran mereka” ujar Raja Azlan.

Jadual perlawanan Liga Super – 20 April 2010

Johor vs Terengganu
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis vs Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs Plus FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs Kuala Lumpur
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

T-Team vs Johor FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Negeri Sembilan (review)

  1. gerak_khas_09

    Assalamualaikum....

    Saya mengharapkan kali ini jurulatih yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan keseluruhan pasukan ini,dapat memberi ruang sepenuhnya kepada pemain muda kita iaitu penjaga gol yang ketika,dilihat dan dikaji ketika perlawanan tersebut secara langsung dikaca televisyen jelas dan ketara dimana prestasi sebenar Megat Amir di bawah tahap,berkemungkinan faktor usia menjadikan ianya berada ditahap sedemikian.

    Pujian harus dihemburkan kepada pemain yang berjersi 15 iaitu Azmeer kalau dilihat peningkatan yang ditampilkan oleh beliau jelas beliau layak berada didalam kesebelasan utama.

    Prestasi Safuan Adli, Khalis Ibrahim, K.Nanthakumar sememangnya merugikan pasukan di mana kerana mereka pasukan jatuh entah kemana.

    Bagi saya punca utama menyebabkan pasukan menyajikan prestasi yang memalukan ialah Benedict,setelah kemasukan beliau tak sempat panas di padang dengan mudahnya beliau melakukan satu langkah besar sehingga menyebabkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Setuju.

      Megat Amir bagi rehat. Bagi peluang Keeper muda Perak. Tidak dinafikan ada pemain yang menunjukkan kesungguhan. Tapi ingat, jangan terlalu yakin kalau tak lain jadinya. Berpada-pada.

      Dalam bolasepak GOL penting. Amat penting. Guna 100% peluang. Jangan sia-siakan. Rugi yob.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. gerak_khas_09

    diharapkan kali ini,rehatkanlah pemain pemain yang saya sebutkan tadi,beri ruang kepada yang lebih baik,pastikan latihan yang keras dapat dilakukan selepas ini namun mereka mereka ini sebenarnya telah lupa diri,pastikan perlawanan kali ini dapatlah disajikan dengan lebih cemerlang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. doyan

    kalaulah dapat diturunkan Razali Umar dalam kesebelasan utama kan bagus.gandingkan dia dengan Fauzzi Kassim.cuba la tukar taktik dengan Syahrizal jadi pemain tengah menyerang ke...rehat Shafuan Adli

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Betul Doyan. Tapi dengar kata Razali Injured lagi tu. Tak pulih sepenuhnya. Makna nya dia tak boleh main 90 minit lagi. Tapi harap-harap Raja Azlan buat sesuatu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. spectator

    salam...

    setuju amat kecewa dengan syahrizal...tiada langsung 'killer instict' di depan pintu gol...yang ada hanya panik, kelam kabut dan gopoh..wajar direhatkan..

    yang penting kena ajar balik cara tahan bola dan kawal dengan betul..kemahiran itu pun tiada macam mana nak bina permainan yang baik..??

    teman pun pelik, pemain kita dengan pemain-pemain dari negeri lain dah lama main..walaupun di dalam kategori muda2 belia lagi..malahan ada yang main lebih lama lagi (lebih pendedahan)..tapi kenapa pemain kita masih di tahap lama??

    apa sebabnya??
    1- pemain itu sendiri
    2- jurulatih
    3-pengurusan
    4- taktikal yang tah apa-apa

    pikio le yob

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Yob..

      Jangan melatah melampau sangat yob. Relaks. Sekarang ni takde kena mengena dengan pengurusan pun. Sebab seorang semua salah? Tengok balik game Perak. Dah banyak peningkatan. Cuba kome baca komen-komen kawan-kawan diatas, semuanya berkaitan tentang tim Perak, Latest punye.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.