TM Liga Super – Perak Vs Negeri Sembilan (result)

TM Liga Super 2009
Selasa 20 Apr 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 2 – 1 Negeri Sembilan

Perak berjaya melakarkan kemenangan ketiga di Ipoh semalam setelah menundukkan Skuad Jang dengan jaringan 2 – 1. Shafuan Adli memecah kebuntuan seawal minit ke 10 setelah sepakan percuma yang diambil beliau berjaya memperdaya Sani Anuar Kamsani, penjaga gol Negeri Sembilan setelah bola membias ketua pasukan K Nanthakumar untuk gol pertama.

Khairul Amri, penjaga gol Perak melakukan penampilan sulung dalam Liga Super dengan aksi yang memberangsangkan. Beliau membuktikan kewibawaannya dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya daripada barisan serangan pihak lawan terutama pada minit ke 13 apabila sepakan percuma yang kencang dari Aidal Zafuan nyaris membolosi pintu gol.

Peluang menambah jaringan hadir melalui gerakan Razali Umar pada minit ke 28 setelah bola terbias pertahanan utama Negeri Sembilan, Aidil Zafuan namun rembatan beliau tersasar. Keseluruhannya separuh masa pertama perlawanan tampak seimbang.

Bersambung di babak kedua, Perak memperkuatkan barisan serangan dengan memasukkan Fauzi Kassim menggantikan Saufi Sa’udi. Namun begitu, pihak lawan semakin garang setelah Shahurain Abu Samah menyamakan kedudukan melalui satu tandukan yang kencang berpunca dari hantaran silang menarik Zaquan Adha.

Ketika perlawanan dikuasai lawan muncul Razali Umar yang cuba menjelmakan peluang untuk jaringan gol. namun usaha beliau dinafikan Shukor Adan yang seterusnya memberikan sepakan percuma untuk Perak dari jarak 25 meter dari muka gol lawan.

Shafuan Adli sekali lagi berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang setelah rembatannya menggegar gawang lawan untuk gol kedua Perak pada minit ke 73. Empat minit berselang, Fauzi Kassim melepaskan rembatan kencang dari sebelah kanan pintu gol lawan namun bola sedikit tersasar keluar.

Pada minit-minit akhir permainan, Perak nyaris menambah gol ketiga apabila Razali Umar berjaya melepasi kawalan Shukur Adan dan memperdayakan Aidil, namun belum sempat percubaan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, beliau dijatuhkan Shukur Adan di dalam kotak penalti namun tiada sepakan penalti diberi pengadil.

Nota Pengadil: K. Nanthakumar telah dianggap penjaring gol pertama Perak setelah sepakan Shafuan Adli terkena beliau sebelum menerjah jaring Negeri Sembilan.

Kesebelasan Utama:

Khairul Amri (PG)
Arif Ismail
Azmeer Yusuf
Hafiszuan
Wan Azwari
K.Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim
Nazri Kamal – 2
Saufi Sau’di – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Fauzzi Kassim – 1
Arif Fadlie -2

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Negeri Sembilan (result)

  1. sunrise

    salam....

    Tahniah kepada jurulatih kerana berani melakukan satu kejutan dimana berjaya untuk mempercayai pemain muda iaitu Khairul Amri buat pertama kalinya beraksi dalam saingan profesional sepanjang kerjaya Khairul Amri.Walaupun adakalanya Khairul Amri kerap kali melakukan kesilapan namun begitu beliau tangkas memperbaikinya,diharapkan perbanyakkan lagi peluang untuk Khairul Amri beraksi demi mengembalikan prestasi beliau yang sebenar.Bukan itu sahaja malah mengharapkan Megat Amir mendidik beliau cara menjaga gawang dengan lebih kemas dan padat.

    Tahniah kepada semua pemain yang beraksi,walaupun persembahan yang dipersembahkan tidaklah sehebat mana namun,semangat juang yang tinggi terpancar dari riak wajah anda semua,membuktikan kepada penyokong penyokong diluar sana dimana pasukan Perak masih lagi memiliki kehebatan yang tersendiri walaupun tewas keatas pasukan Selangor baru baru ini.

    Kepada jurulatih diharapkan agar dapat mengekalkan formasi dan pemain pemain sedia ada agar mereka mereka ini akan lebih memahami corak formasi yang ingin diterapkan dan mengekalkan momentem kesefahaman diantara mereka ini.

    Pemain pemain yang mula menampakkan peningkatan walaupun tidak banyak iaitu Khalis Ibrahim,Safuan Adli,Azmeer,Ariff Ismail,Saufi Sa,aidi,Fauzi Kassim dan yang membuktikan beliau mampu menggalas tugas apabila diberi Khairul Amri.

    Prestasi pengadil perlawanan agak membimbangkan kerana ianya bakal memalukan nama negara kita yang tercinta.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ayop

    salam

    tahniah ayop ucapkan pada semua pemain perak...
    teruskan momentum kemenangan bila bertemu Kuala Lumpur nanti..

    berjuta sudah tohmah yang ayop terima dari penyokong pasukan merah bila seladang gugur di Shah Alam tempoh hari...
    ayop percaya Perak mampu... ayop juga mengucapkan tahniah pada keeper baru ,
    anda adalah moral yang paling tinggi dalam pasukan, anda berjaya pastinya yang lain akan berjaya... teruskan usaha..
    doa ayop dan berjuta rakyat Perak sentiasa mengeringi anda semua...

    tahniah

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. iqrame

    Teman ucapkan tahniah kepada pemain dan pengurusan pasukan perak.

    Pada pendapat teman pasukan Perak masih lagi mentah, masih perlukan pengalaman untuk berjaya.

    Terus terang teman katakan, teman dah lama tak tengok perak punya game, cuma masa lawan dengan Selangor je teman dapat tengok, banyak kelemahan yang ada pada player perak, keeper out, defend stamina tak ada, midfield ok la, striker tunggu bola dan tak ada confident.

    Player Perak masa tu cam terlalu hormat kat Selangor, bila kena tackle minta maaf kat pasukan lawan, teman tengok team Selangor tackle player Perak, bangun terus blah aje.

    Apa pun player Perak masih mentah dan ADA POTENSI untuk maju....

    tahniah untuk anda semua....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Salam.

    Tahniah. Inilah bolasepak sebenarnya. Perak telah buktikan permainan yang berterabur (kadang-kadang) tapi boleh menang. Bolasepak adalah permainan GOL. Siapa skor gol banyak MENANG. Kalau main cantik, hantaran bergaya, skill mantop tapi gol haram sebiji pun tak ada tak guna sesen pun.

    Ulasan Perlawanan Semalam Berdasarkan Pandangan Teman:

    1. Penyerang - Bertindak baik kadangkala terlalu banyak menyimpan bola dan lambat 'blast!' bola ke gol. Teruja melihat rembatan Fauzi Kassim. Hebat! Jangan malu-malu nak 'Blast!' ke gol. Razali dikawal rapi. Dia bukan kurang bagus tapi kurang umpanan bijak dan larian dikekang pertahanan lawan.

    2. Tengah - Ada kemajuan berbanding perlawanan lepas. Kredit untuk Wan Azwari dari bawah membuat hantaran jauh sampai ke destinasi dengan baik. Agresif, tenang dan bijak. Kiri dan kanan ada support pertahanan, bagus, tapi lebih bagus jika tumpukan untuk menyerang dan dengan ini dapat jimat tenaga. Cuma selepas ini, kita perlu kawal tengah padang totaly. 'If you control the ball at midfield possesion, the game is your!'

    3. Pertahanan - Banyak main 'SEKALI', iaitulah dapat bola tak perlu dribble jika terdesak atau diasak terus remp ke depan sekuatnya, kalau dapat cari target man lagi bagus. Berani memang berani, tapi biar bertempat. Interception kena lebihkan. Maknanya kena kenal pasti kedudukan rakan di bahagian serangan terlebih dahulu sebelum clear bola atau buat hantaran jauh untuk melicinkan misi serangan balas. Itu boleh dijadikan SENJATA SULIT PERAK.

    4. Penjaga Gol - Well Done. Khairul Amri tak gelabah langsung! Tahniah. Tapi kalut. Bagus. Kadang-kadang memang kena kalut baru pihak lawan mati kutu. Asal bola lintang keeper save. Good Interception. Kurang kan simple error. KOME MEMANG BERANI! Teruskan berlatih dan bermain dengan baik.

    Shafuan Adli. Tahniah. Mike senjata utama Perak. Tajamkan sepakan percuma yang sememang tajam.

    Banyak lagi perkara perlu diperbaiki. Renung-renungkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. doyan

      aku setuju dengan ko tentang Khairul Amri, dia menampakkan kerektor yang bersesuaian dengan persaingan liga super.macam mana la Raja Azlan tak nampak bakat dia sebelum2 nih.bola tendangan percuma Aidil Zaquan yang dia save memang superb.

      kerektor Razali Umar sebagai pemusnah memang nampak cuma rezeki dia jer belum sampai lagi.dia bawak bola jer bek dah gerun.kalau la Shukur Adan tak tackle dia cam gitu...tentu la gol ke 3 kot, Aidil Zaquan pun goyang hari tuh, muakakakakaka.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    salam..

    tahniah.. tahniah.. tahniah...

    jangan terus dibuai mimpi.. teruskan perjuangan dan momentum sebegini untuk perlawanan seterusnya..

    apa yang penting.. kerjasama..
    apa yang penting.. kerjasama..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. doyan

    Tahniah kepada pasukan Perak.dapat jugak ler bergembira di siaran langsung kat shout box malam tuh...kalau ler YB ada masa tuh tentu dia seronok pasey ramai betul ahli yg online.

    Bila tengok pada siaran tertunda.dapat ler lihat semangat juang deme yang tinggi.deme boleh bersaing dengan pemain2 lawan yang rata2 punyer taraf kebangsaan dan berpengalaman.Kira adalah perubahan besar.kemenangan ini perlu bila kita dapat lihat...pasukan bawah kita sudah menunjukkan perubahan kecuali Penang yang nampak sama jer.

    semoga mereka dapat meneruskan kemenangan demi kemenangan.insyaallah...Peminat-peminat Perak pasti akan kembali ke stadium Ipoh

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ihsan

    perak back with business. .tahniah kepada para pemain yang telah berusaha gigih mencapai kejayaan. .
    di harap pemain2 tidak mudah leka dengan kejayaan ini..
    mereka perlu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. .

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. zizou85

    Tahniah tim perak kerana mengalahkan Negeri Sembilan buat 2 tahun berturut-turut di Ipoh. Sebenarnya saya masih agak trauma dengan formasi 3-5-2 yang cukup gah ketengahkan oleh S.Darby ketika era puncak Perak mara ke semi final, final dan suku akhir Piala Malaysia. Formasi yang amat berkesan dengan penguasaan di bahagian tengah, namun memerlukan 3 pemain centre back yang pantas.

    Formasi inilah yang menjadi kritikan yang sangat hebat dengan teruk, sehingga dikatakan menjadi penyebab kepada kejatuhan prestasi Perak ketika itu. Taktikal ini juga membawa kepada penjualan kepada pemain kebangsaan , V Thirumurugan dari Kedah, yang jarang digunakan oleh S.Darby kerana dikatakan tidak sesuai beraksi dengan formasi 3 defend.Apabila kembali beraksi dengan Kedah, Thiru menjadi salah satu bek kanan paling konsisten dalam Liga M.

    Namun begitu, jika dilihat dengan prestasi ketika menentang Selangor, bukanlah satu persembahan yang teruk, tetapi hilang konsenstrasi pada 15 minit akhir, memusnahkan impian Skuad Perak pulang dengan 1 mata.

    Saya menaruh harapan, dengan formasi baru ini, Perak akan kembali bangkit daripada lamunan, dan beraksi lebih baik, kerana masih boleh mencabar sekurang-kurangnya Top 6 di Liga M.

    Saya juga tidak sabar melihat aksi yang lebih konsisten daripada Saufi dan Razali kerana mereka berdua pernah dipanggil ke skuad Negara.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betul Zizou. Teman setuju. Coach kena yakin dengan apa yang dia telah putuskan. Jika ini la jalannya teruskan. Player kena bagi kerjasama. Buang sikap-sikap negatif, gelabah dan sebagainya.

      Kita pasti akan berjaya. Make sure game lepas ni menang yob!

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. YB

    Salam semua,

    Baru balik dari outstation ni badan semua penat, tapi malam game hari tu memang lena tidur walaupun tidur lewat dan kena bangun awal pagi pulak. Ni semua gara-gara Perak menang dengan Juara Piala FA, Negeri Sembilan di Ipoh.

    Kalau kita bercakap pasal formasi 3-5-2 ni teman pasti ramai macam trauma dek sistem yang diadaptasi oleh S. Darby pada musim-musim lepas di mana hasilnya tidaklah ke mana pun.

    Asas kepada sistem 3-5-2 itu sendiri sebenarnya teman pernah cerita dulu pada posting-posting zaman S. Darby. Yang membezakan antara sistem 3-5-2 dulu dan sekarang ialah pemain-pemain dan coach itu sendiri.

    Dulu, coach tu guna 3 pemain defend yang 'slow' berbeza dengan coach sekarang yang guna 3 defend 'pantas'. Ditambah dengan 2 winger sekarang yang cepat 'backup' defend bila kena serang berbeza dengan winger dulu yang terhegeh-hegeh nak turun. Pulak tu 3 defend coach dulu tu boleh buat overlap sampai atas dan tak turun-turun pulak, so mana tak jahanam defend Perak.

    Jadi, sistem formasi tuh sendiri tak salah, tapi cara macam mana kita nak guna sistem tuh yang penting dan yang lebih penting ialah adakah pemain kita 'sesuai' dengan sistem tu sendiri?. Ini yang kadang-kadang coach kena tahu dan faham. Tak guna ada lesen triple A pun kalau buat formasi syok sendiri.

    Secara peribadi teman memang suka formasi 3-5-2. banyak kelebihan formasi ni. Kita boleh menang besar kalau kena caranya tapi kita juga boleh bolos besar kalau tak kena gaya pulak. Tapi base on pemain yang kita ada sekarang, kita tak boleh kalah besar, tapi kalau dah keeper pun 'ceroi' memang naya le team. Formasi 8-1-1 pun kita tetap kalah.

    Berbalik pada team sekarang, dengan Hafizsuan & Azmeer di depan Arif Ismail sebagai sweeper, memang payah le striker lawan nak tembus melalui larian solo. 3 pemain ni ada kepantasan untuk memintas. Ditambah dengan 2 winger Khalis Ibrahim (dah bagus budak ni sekarang, hari tu merapu) dan Wan Azwari (dulu left back) yang cepat 'turun' memang defend solid.

    Tengah nampak 'compact' dengan Nanthakumar sebagai ball winner + adanya Shafuan dan Nazri. Cuma teman 'rimas' dengan kemandulan Razali menghasilkan jaringan. Saufi memang dah okay di tambah kehadiran super sub Fauzzi Kassim. Memang dah complete team kita.

    Apa yang penting, teman harap coach 'POLISH' formasi ni secukup rasa. Mantapkan Strike Force dan paling penting sekali ialah KEEPER !!!. Sebuah team yang mantap perlu ada penjaga gol yang berkaliber. Tak guna team boleh jaring 5 gol kalau keeper senang lenang lepaskan 8 gol semula.

    Apapun teman harap coach yang ada sekarang boleh buat sesuatu yang lebih cemerlang selepas ini berpandukan 2 perlawanan menentang Selangor dan Negeri Sembilan.

    "Kita Tak Mampu Mengubah Sejarah Tetapi Kita Mampu Mengubah Masa Depan"

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. spectator

    salam..

    bagus laa menang..sekarang ni yang penting ialah konsistensi...harap pasukan ni boleh capai...

    amin....

    steady perak !!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.