TM Liga Super – Kuala Lumpur Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 24 April 2010
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
8:45PM

Perlawanan ke-12 Liga Super 2010 buat pasukan Perak ialah bertandang ke Cheras menentang Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sabtu ini. Perak pada perlawanan terdahulu telah mengejutkan Negeri Sembilan di Ipoh dengan keputusan 2 – 1.

Difahamkan pemain pertahanan Perak, Azmeer Yusof mengalami kecederaan selepas perlawanan tempohari dan tempat beliau masih menjadi tanda tanya manakala Saufi Sa’aidi pula hampir pasti direhatkan selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki.

Kehadiran semula penjaga gol utama, Khairul Izwan dari penggantungan mungkin boleh menjadi berita gembira buat peminat skuad seladang walaupun ramai yang berpuas hati dengan aksi sulung Khairul Amri sewaktu menentang Negeri Sembilan.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN turut mengesahkan penjaring terbanyak Perak, Saufi Sa’aidi tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu kelak dan gandingan seterusnya untuk Razali Umar adalah Fauzi Kassim.

“Saya sangat berharap para pemain dapat mengikuti displin permainan yang telah diterapkan sebelum ini terutama kepada barisan hadapan Perak supaya tidak mensia-siakan peluang-peluang terhidang untuk menghasilkan gol” ujar Raja Azlan.

“Dalam pada masa yang sama, saya juga berharap para peminat bolasepak Perak di Lembah Klang dapat datang untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur di Cheras sabtu ini” jelasnya lagi.

Jadual perlawanan Liga Super – 23 April 2010

Negeri Sembilan vs Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Jadual perlawanan Liga Super – 24 April 2010

Selangor vs T-Team
Stadium Shah Alam, Selangor

Plus FC vs Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs Johor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

YB Corner

Nota: Kepada pembeli jersi Perak boleh mengambil secara “by hand” pada hari perlawanan tersebut di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Jika anda telah membayar secara pos tetapi mahu mengambil jersi tersebut secara “by hand” juga dibenarkan. Pihak SDN melalui wakilnya akan memulang semula RM 10 (Pos Laju).

Jualan SEGERA penghabisan stok turut dilakukan pada hari tersebut (saiz terhad) sebelum perlawanan bermula. Sila tinggalkan Nama & Nombor Telefon pada ruangan komentar untuk dihubungi pada hari penyerahan/pembelian tersebut. First Come First Serve !!!.

Belian Terus – Stok Sedia Ada Sekarang !!!

  • Jersi Perak – Home
  • Spec: Logo Perak FA
  • Harga: RM 40
  • Saiz: M – 5 pcs /L – 5 pcs /XL – 3 pcs
  • Jersi Perak – Away
  • Spec: Logo Perak FA
  • Harga: RM 40
  • Saiz: M – 3 pcs /L – 3 pcs /XL – 1 pcs
  • Jersi Perak – Third
  • Spec: Logo Perak FA
  • Harga: RM 40
  • Saiz: M – 4 pcs /L – 4 pcs
Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Liga Super – Kuala Lumpur Vs Perak (review)

  1. YB Post author

    Senarai penerima "by hand" yang telah comfirm:

    Jumpa depan KFC stadium dari 8:15 hingga 8:35 malam sebelum game.

    01) Izwan - (sudah ambil sendiri)
    02) Syidi - stadium
    03) Zulzia - stadium
    04)
    05)

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    kemenangan perlwanan ini penting kerana ia akan memboleh Perak memintas KL untuk mendaki sekurang2nya 1 tangga lagi.

    Saya berharap gandingan 3 defend sekali lagi akan memantapkan sistem pertahanan Skuad Yob, manakala ketajaman Razali sekali lagi ditagih...yang ketika ini semakin tumpul kerana kerap dilanda kecederaan dan masalah kecergasan.

    Marilah kita meramaikan stadium cheras sabtu ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB Post author

    Berita Terkini: 2:45 petang (Jumaat)

    Azmeer Yusof tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang Kuala Lumpur kerana mengalami retak tulang pipi akibat perlanggaran dengan pemain lawan sewaktu menentang Negeri Sembilan tempohari.

    Beliau kini masih ditahan di Hospital Pantai Ipoh untuk rawatan selanjutnya. Pihak pengurusan SDN berharap semoga beliau segera sembuh tidak lama lagi.

    Info: Coach Raja Azlan Shah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.