Piala Presiden 2010 | 1 April 2010

Perlawanan ketujuh buat pasukan Perak dalam kempen Piala Presiden musim 2010 ialah bertemu Terengganu di Stadium Perak, Ipoh petang ini. Pada perlawanan keenam yang lalu, Perak mencatatkan kemenangan 2 – 1 ketika berkunjung ke Sarawak.

Jadual perlawanan Piala Presiden 2010 – 1 April 2010

Kumpulan A

SSBJ ‘B’ vs PKNS
Padang D MSN, Bukit Jalil

Perlis vs Kedah
Stadium Utama Negeri, Kangar

Pulau Pinang vs Shahzan Muda
Stadium Mini Bertam, Kepala Batas

Perak vs Terengganu
Stadium Perak, Ipoh

Sarawak vs Kuala Lumpur
Stadium Sarawak, Kuching

Kumpulan B

Melaka vs Sabah
Stadium Tun Fatimah, Ayer Keroh

T-Team vs Johor FC
Padang C Komplek Sukan Negeri, Gong Badak

Pahang vs Kelantan
Padang MPK 1A, Kuantan

Johor vs Negeri Sembilan
Padang Sri Gelam, Johor

Selangor vs SSBJ ‘A’
Stadium Shah Alam, Selangor

Nota: Semua perlawanan bermula pada 4:45 petang kecuali di Kuching 4:15 petang

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Presiden 2010 | 1 April 2010

  1. YB

    Keputusan Muktamad:

    Kumpulan A

    SSBJ 'B' 2 - 1 PKNS
    Padang D MSN, Bukit Jalil

    Perlis vs Kedah (tunda)
    Stadium Utama Negeri, Kangar

    Pulau Pinang 3 - 1 Shahzan Muda
    Stadium Mini Bertam, Kepala Batas

    Perak 1 - 0 Terengganu
    Stadium Perak, Ipoh

    Sarawak 1 - 4 Kuala Lumpur
    Stadium Sarawak, Kuching

    Kumpulan B

    Melaka 4 - 3 Sabah
    Stadium Tun Fatimah, Ayer Keroh

    T-Team 1 - 2 Johor FC
    Padang C Komplek Sukan Negeri, Gong Badak

    Pahang 1 - 3 Kelantan
    Padang MPK 1A, Kuantan

    Johor 0 - 1 Negeri Sembilan
    Padang Sri Gelam, Johor

    Selangor 0 - 1 SSBJ 'A'
    Stadium Shah Alam, Selangor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Kemenangan yang terus senyap? kenapa? kerana gol tersebut dijaringkan penalti? kalau kalah, semua melatah, pengadil berat sebelah, pengadil kayu, pengadil tak adil, pengadil rasuah. Tapi tatkala menang tidak langsung "berterima kasih" kepada pengadil. Itulah, aku dah cakap dari mula, menang kalahnya pasukan kerana komitmen pemain dalam pasukan. Jika hanya kejarkan wang ringgit aku rasa takkan kemana pasukan senior yang ada sekarang ni. Baik hantar skuad presiden je main liga super. paling kurang pun bagi timba pengalaman. lagi pun dah alang-alang tempat keempat tercorot.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Lee Jr

    Teman harap,akan ada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil yobscout sebagai pengadil malaysia dan mungkin akan diserapkan menjadi pengadil FIFA..Teman simpati pada beliau yang tak pernah jemu mengangkat pengadil di malaysia supaya lebih dihormati.Tolong,pihak admin panjangkan hasrat teman.Kita semua boleh nampak kredibiliti beliau..Kan?

    Teman pun rasa pengadil-pengadil kat malaysia ni akan teguh berdiri di belakang beliau sepertimana beliau berdiri teguh mempertahankan semua pengadil.Dan tentang usul mike untuk hantar skuad piala presiden sahaja untuk beraksi dalam kancah liga Super,teman kurang bersetuju..Kekalkan skuad sekarang.Jurulatih kebangsaan sudah pun membuka mata untuk mengambil pemain perak menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.Itu membuktikan pemain perak mempunyai peningkatan positif.teruskan.dan skuad piala presiden teruskan kecemerlangan untuk menjadi juara piala presiden seterusnya menjadi pemain skuad senior..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.