Futsal | Latihan SDN KV – 10 April 2010

SDN KV JATA

Sesi latihan futsal untuk kali keempat skuad SDN KV akan diadakan pada Sabtu 10 April 2010 bertempat di Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, Petaling Jaya bermula dari 3:30 hingga 5:00 petang. Kali terakhir latihan futsal diadakan ialah pada 27 Mac 2010.

Pada hari tersebut selain latihan biasa sesama ahli, 10 orang pemain akan terpilih bagi mewakili pasukan SDN KV menghadapi satu perlawanan persahabatan pada 17 April 2010.

Sila nyatakan kedatangan anda pada bahagian komentar di bawah jika ingin turut serta.

  • Tarikh: Sabtu 10 April 2010
  • Masa: 3:30 – 5:00 petang
  • Lokasi: Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, PJ
  • Yuran: RM10
  • Court: Large 17m x 30m – Taraflex

Peta Interaktif Google (Belon Hijau)


View Larger Map

Pengumuman (12.15am – 9 April 2010) :

Satu perlawanan persahabatan tidak rasmi akan diadakan diantara pasukan SDN KV menentang pasukan Puluik Hangus FC dari Unitar yang diaturkan oleh saudara sdarerepasi.

Format perlawanan adalah seperti berikut:

Masa: 10 minit
Jumlah: 3 perlawanan
Penentuan Pemenang: Jumlah jaringan keseluruhan

Nota:  Semua para pemain SDN KV dikehendaki memakai jersi/baju bewarna kuning dan berseluar warna hitam / gelap.

Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. AB
  3. Izwan
  4. Aslam
  5. Sdarerepasi
  6. Fazzelin
  7. Mizi
  8. ejamz
  9. keristujuh
  10. axlrose
  11. zam
  12. ?
  13. ?

Nota: Selepas tamat latihan, para pemain futsal SDN KV terutama penyokong pasukan bolasepak Perak dijemput untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan PKNS FC dan Perak di Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

Anggaran Jadual:

  • 3:30 – 5:00 petang – Latihan & Pemilihan Futsal
  • 5:00 – 6:15 petang – Rehat & Mandi
  • 6:30 – 8:00 malam – Menikmati juadah di Selera Jaya 223
  • 8:35 – 10:30 malam – Menonton perlawanan persahabatan

Perhatian: Aktiviti selepas latihan futsal terpaksa dibatalkan kerana perlawanan persahabatan antara pasukan PKNS menentang Perak tidak dapat dijalankan atas masalah yang tidak dinyatakan. Harap Maklum.

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “Futsal | Latihan SDN KV – 10 April 2010

  1. keristujuh

    salam warga sdn terutama sdnkv, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pemain futsal...selamat menjalani latihan.

    pemain yang akan turut hadir bagi memeriahkan aktiviti latihan futsal:

    - ejamz
    - keristujuh

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. azaha

      salam...
      teman memohon maaf sebab teman tidak dapat turun main pada hari sabtu ini.
      ada hal kena balik kampung.
      Maaf ye semua...

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Salammm...

    Teman mohon maaf sebab tidak dapat hadir untuk sesi latihan futsal 10 Mac ini. Teman terpaksa pulang ke utara tanah air. Semoga program ini berlangsung dengan lancar dan meriah seperti selalu.

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Teman bangga dengan kerjasama yang ditampilkan oleh warga SDN KV,dimana masih ada ruang untuk diluangkan menjayakan aktiviti sebegini. Diharapkan Seansan Dan Yashurr dapat menjayakan pula aktiviti untuk SDN KVU kerana ini sahaja cara yang paling ringkas untuk menyatukan hati antara ahli.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Tak semestinya melalui futsal, pelbagai lagi aktiviti boleh kite lakukan. contohnya bersama-sama menonton perlawanan bola ke, minum ke, majlis bacaan surah yassin ke. Itu lebih ringkas. Bukan teman taknak buat atau melambatkan. Tapi komitmen dari sahabat-sahabat kite yang lain perlu diambil kire. Oleh kerana saudara sunrise juga antara ajk khas SDN, teman harap mike aturkan sahaja dulu. Dan kite tengok maklumbalas oleh ahli-ahli yang akan terlibat. Bagi teman, teman akan 100% terus bersama-sama untuk menyertai apa jua yang dianjurkan oleh SDNKVU. Untuk melakukan sesuatu tidak perlu tunggu teman atau Yashurr, ini adalah tanggungjawab bersama. Apa yang teman dan Yashurr rencanakan sebelum ini sebenar cuma menunggu maklumbalas user-user SDN yang tinggal di sekitar Ipoh.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        benar kata kata mike,lagipun teman hanyalah seorang ajk,tiada kuasa dan tiada hak untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa arahan pihak atasan.

        diharapkan yashurr dan seansan dapat merencanakan satu strategi demi mengukuhkan ukhwah antara ahli.

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    Ada tambahan maklumat pada artikel di atas. Sejurus selepas tamat aktiviti berfutsal, kita aturkan satu jadual ringkas kepada semua pemain yang berminat untuk menonton perlawanan persahabatan antara pasukan PKNS FC menentang Perak FC di Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya. Mereka yang tidak mahu menyertai aktiviti berfutsal juga digalakkan bersama menonton perlawanan tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Nota: Ada tambahan maklumat tentang perlawanan persahabatan tidak rasmi buat pasukan SDN KV. Sila rujuk pada artikel di atas. Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.