Futsal | Latihan SDN KV - 10 April 2010 (report)
April 12th, 2010 by webmaster

Sejumlah 14 orang pemain hadir pada sesi keempat futsal SDN KV di Samba de Futsal, Petaling Jaya. Latihan diadakan dari pukul 3:30 hingga 5:00 petang berlanjutan sehingga 6:00 petang kerana adanya perlawanan persahabatan yang diatur secara mengejut.
Pihak SDN KV dikejutkan dengan kehadiran semula saudara Saleh Kaka yang telah lama menyepikan diri sambil kemunculan semula saudara Keristujuh beraksi buat kali pertama dalam sesi latihan walaupun masih cedera bersama rakannya Ejamz. Terima kasih juga kepada saudara Izwan yang bermurah hati menyumbangkan ‘ole ole’ untuk rakan-rakan semua.
Pihak SDN ingin merakamkan terima kasih kepada saudara sdarerepasi yang mengaturkan perlawanan persahabatan ‘tidak rasmi’ ini walaupun dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Pasukan Puluik Hangus C.F. adalah himpunan pelajar dari Unitar dengan sdarerepasi salah seorang pemain mereka namun mewakili SDN KV untuk perlawanan tersebut.
Untuk berlaku adil kepada pasukan Puluik Hangus C.F yang hadir dengan 6 orang pemain sahaja, pasukan SDN KV turut hanya menyenaraikan 6 pemain sahaja sepanjang 3 Game yang diadakan. Secara keseluruhan permainan berjalan lancar antara kedua-dua pasukan.
Senarai Pemain Yang Hadir:
SDN KV
- YB
- AB
- Zam
- Saleh Kaka
- Kamil
- Mizi
- Sdarerepasi
- Anip
- Izwan
- Aslam
- Ejamz
- Keristujuh
- Syidi
- Taufiq
Nota: Nama ‘bold’ mewakili SDN KV
Puluik Hangus C.F
- Zulfekar
- Haiqal
- Ashraf
- Epi
- Azraf
- Kecik
Keputusan ‘UnOfficial Match’ :
Game 1 - Masa 10 Minit
| Pasukan | Gol | Gol | Pasukan |
|---|---|---|---|
| SDN KV |
2 | 2 | Puluik Hangus |
| Penjaring | Masa | Masa | Penjaring |
| Taufiq |
01m.46s | 00m.32s | Haiqal |
| Sdarerepasi |
02m.39s | 03m.21s | Zulfekar |
Game 2 - Masa 10 Minit
| Pasukan | Gol | Gol | Pasukan |
|---|---|---|---|
| SDN KV |
2 | 1 | Puluik Hangus |
| Penjaring | Masa | Masa | Penjaring |
| Taufiq |
01m.45s | 02m.26s | Epi |
| Syidi |
03m.50s | - | - |
Game 3 - Masa 10 Minit
| Pasukan | Gol | Gol | Pasukan |
|---|---|---|---|
| SDN KV |
3 | 0 | Puluik Hangus |
| Penjaring | Masa | Masa | Penjaring |
| Kamil | 05m.54s | - | - |
| Sdarerepasi |
06m.48s | - | - |
| Taufiq |
07m.54s | - | - |
Keputusan Muktamad:
SDN KV 7 - 3 Puluik Hangus C.F
Senarai Penjaring Gol - SDN KV
| Nama | Gol |
|---|---|
| Taufiq |
3 |
| Sdarerepasi | 2 |
| Syidi |
1 |
| Kamil |
1 |
Kedudukan Kewangan Terkini Futsal SDN KV:
Baki Kutipan Setakat 27 Mac 2010 : RM 55.00
Kutipan Pada 10 April 2010 - RM 200.00
JUMLAH - RM 255.00
PEMBAYARAN
Sewa Gelanggang 2 Jam - RM 250.00
Air Minuman - RM 10.00
BAKI DALAM TANGAN : - RM 5.00
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Futsal | Latihan SDN KV - 27 Mac 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 6 Mac 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010
- Futsal | Latihan SDN KV - 10 April 2010
17 Responses to “Futsal | Latihan SDN KV - 10 April 2010 (report)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

tahniah2 sdn kv & terima kasih puluik hangus c.f tetapi teman memohon maaf kerana tidak dapat bermain dengan baik…tidak 100%,…apepun teman akan berusaha memperbaiki permainan teman kembali dan berusaha menyembuhkan kembali kecederaan teman ni bagi meningkatkan semula reputasi permainan teman hanya untuk sokongan serta membantu memantapkan pasukan sdn kv tercinta.
latihan kali ini teman hanya letakkan hanya 10% tahap kualiti permainan teman…harap teman boleh tingkatkan lagi…rindu nak “speed” and “sharps” macam dulu…insyaallah boleh…ape pun terima kasih semua, sdn kv terutama YB.
Salam..
SDN KV sekali lagi mempamerkan komitmen yang tinggi dalam perlawanan yang boleh dikategorikan sebagai ‘Warm Up’ match sebelum mengharungi ‘Friendly Match’ nanti.
Memang diakui, terdapat beberapa kelemahan yang masih perlu diperbaiki. Pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana walaupun baru dikumpulkan namun beraksi seolah-olah telah lama bersama. Persefahaman antara pemain semakin baik dan diharap selepas ini ianya akan menjadi bertambah baik. Ini penting dalam memastikan kejayaan dalam mana-mana pertandingan nanti.
Secara keseluruhannya, tim kita ada kekuatan tersendiri yang tiada pada tim-tim lain. Jika kita kuatkan persefahaman antara kita, ianya akan menjadikan teras kekuatan lebih kuat. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dan PERSEFAHAMAN lah yang akan menyatukan semua itu.
Untuk Keristujuh. Jangan terlalu emotional. Kami faham keadaan anda sekarang. Biar pun masih belum 100% fit untuk bermain, namun saya memuji kesungguhan anda dan patut dicontohi oleh semua yang lain. Ingat Ubat yang paling baik untuk semua penyakit ada dalam diri kita, iaitulah SEMANGAT! Tapi, jangan terlalu memaksa dan kami menanti KerisTujuh cergas untuk menguatkan SDN KV!
Tanpa Anda Siapalah SDN. Hidup Seladang!!
April 12th, 2010 at 6:32 pm
terima kasih “kapten”…”PERSEFAHAMAN” & “SEMANGAT” ungkapan ni teman akan ingat…
Untuk latihan seterusnya. Pihak pengurusan akan cuba mencari pendekatan yang lebih komprehensif untuk merangka teknikal latihan kita. Saya bukanlah familiar sangat dengan sukan Futsal, boleh dikatakan baru mengenali Futsal.
Oleh yang demikian, jika ada dikalangan ahli-ahli yang ingin berkongsi idea demi kebaikan adalah dialu-alukan. Kalau nak ikut prosedur latihan saya, boleh. Tapi bukan digelanggang futsal, tapi di padang bola..hehe, boleh ke? Touch up Fitness dulu.
April 12th, 2010 at 6:36 pm
buatlah apepun yang terbaik untuk sdn kv…yang penting kemajuan untuk pasukan…untuk mantapkan pasukan…latihan kecergasan amat penting bagi pemain tidak mengira futsal ataupun bola padang…ape pun teman sentiasa menyokong penuh inisiatif untuk mantapkan pasukan…tahniah dengan idea baik ni.
April 13th, 2010 at 9:31 am
Serius saya katakan, ini adalah tim terbaik yang pernah saya sertai sepanjang mengenali Futsal. Bukan ape, segalanya cukup baik dari segi fitness, skill dan komitmen. Setiap orang diantara kita ada kekurangan dan kelebihan. Tapi kena ingat, apabila kita bersatu dan berkerjasama kelemahan dan kelebihan menjadi SATU yang dinamakan kekuatan yang NEUTRAL.
Oleh yg demikian, implimen kan kelebihan dalam diri masing-masing dan jangan jadikan kekurangan sebagai peluntur semangat.
Di sinilah pentingnya persefahaman, contohnya, saya tahu kekurangan Keristujuh dan Keristujuh faham sangat kekurangan saya then dari situ kita akan saling membantu secara otomatik sebab dah faham sangat. Tu contah la nak bagi dapat kita semua yang baca komen ni faham.
Apa yang perlu kita lakukan sekarang, persiapkan diri dengan ilmu dan kecergasan sebaik mungkin, tapi jangan memaksa. Fikir positif. Ini baik untuk diri kita sendiri amnya dan SDN KV khasnya. Sekian.
Ada sumbangan gambar pasukan dari Syidi dan Taufiq.
April 12th, 2010 at 1:27 pm
Ade lagi YB..aksi-aksi menarik..tadi tak boleh hantar sekali banyak.
Salam..
Teman minta maaf bebanyak sebab masa latihan dan ‘Friendly Match’ sabtu lepas teman kurang stamina dan tidak mampu menunjukkan prestasi yang baik disebabkan oleh masalah keletihan dan terlalu banyak tekanan dari kerja. Apa pun SDN KV memang best..
April 12th, 2010 at 3:16 pm
Tu pasal la kaki budak-budak tu jadi mangsa..hehe. Jangan, nanti serik pulak budak-budak tu. Tapi diaorang memang bagus, kalau betul-betul match memang goyang gak kita nak halang skill-skill diorang tu.
April 12th, 2010 at 3:18 pm
Takpe yob, teman paham mike bukan sengaja nak sepak kaki budak-budak tu..tak sengajakan, teman kenal mike bukan kaki temper atau kaki gaduh pun.
Apapun walau dalam takde match fitness pun berjaya jugak jadi top scorer untuk SDN KV pada match tersebut. Tahniah yob atas mutu persembahan yang ditunjukkan.
April 12th, 2010 at 3:22 pm
Teman akan buat yang terbaik untuk SDN KV. InsyaAllah. Kepada rakan-rakan Puluit Hangus CF, teman minta maaf bebanyak, kaki anda menjadi bola.
April 12th, 2010 at 3:41 pm
Jangan terbawak-bawak cara main bolasepak. Futsal ni padang kecik, foul pun senang nampak, semuanya kena buat dengan pantas hehe, tau tau je opponent dah tergolek. Tu kena pantas. Macam silap mata pulak kan..
salam……………
teman pon mintak maaf sebab tak main dengan baik pada tempoh hari.Insyaallah game lepas nie teman akan buat yang terbaik untuk SDN KV..Teman mewakili rakan dari PULUIK HANGUS C.F ingin meminta maaf dengan kelewatan pada hari tersebut atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.sekian….
Jumlah jaringan pada perlawanan tempohari akan dibawa sepanjang tahun ini untuk menentukan penjaring terbanyak SDN KV.
Kepada pemain yang ‘assist’ jaringan tersebut juga akan mulai dikira pada perlawanan akan datang. Hanya perlawanan persahabatan ‘rasmi’ dan ‘tidak rasmi’ termasuk penyertaan di dalam mana-mana kejohanan akan diambil kira.
Pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk memberi saguhati kepada pemenang ‘Top Scorer’ dan ‘Top Assist’.
Bersainglah secara sihat.
February 14th, 2011 at 1:12 pm
terbaik idea ni…cara memantapkan pasukan, persaingan sihat dan meningkatkan mutu serta kualiti permainan
Salam.
Teman berasa seronok dengan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain futsal SDN KV. Memang jitu dan mantop. Boleh dipertingkatkan lagi permainan kalian. Keep up a good work.
Walaupun teman tak reti pun main bola ni tapi teman menyokong penuh usaha murni macam ni untuk memupuk semangat kekitaan sesama para penyokong Perak. Tahniah.