TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (review)
March 5th, 2010 by webmaster

Sabtu 6 Mac 2010
Stadium Batu Kawan
8:45PM
Tirai saingan Liga Super 2010 kembali dibuka malam esok dengan 7 lagi perlawanan di pelbagai lokasi dengan pasukan Perak bakal berkunjung ke Stadium Batu Kawan menentang pasukan Pulau Pinang untuk perlawanan kelapan musim ini.
Perak menduduki di tangga ke 12 liga manakala pasukan Pulau Pinang pula berada satu tangga di bawah skuad seladang. Perak akan kehilangan khidmat 2 orang pemain iaitu Saufi Sa’aidi dan Syazwan Roslan kerana layangan kad merah tempohari.
Namun sedikit berita yang mampu mengembirakan penyokong skuad seladang ialah dengan kehadiran semula penjaga gol Khairul Izwan ke dalam pasukan untuk memperkuatkan benteng terakhir menjelang pertemuan menentang Pulau Mutiara nanti.
Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika menghubungi wakil SDN turut menekankan pentingnya kemenangan dicapai oleh barisan bimbingannya pada pertemuan kali ini untuk meneruskan perjuangan memperbaiki kedudukan di dalam Liga Super.
“Selepas menamatkan kempen Piala FA, saya berharap para pemain dapat memperkemaskan prestasi masing-masing dan melupakan kekecewaan tewas kepada pasukan T-Team tempohari dengan memberikan fokus kepada perlawanan seterusnya” ujar Raja Azlan.
“Pada masa yang sama, saya juga mendapat perkhabaran tentang beberapa pemain kita sedang dinilai prestasinya oleh pengurusan pasukan Malaysia untuk diserapkan ke dalam kem latihan kebangsaan di bawah kendalian K. Rajagopal” katanya lagi mengakhiri perbualan.
Jadual perlawanan Liga Super - 6 Mac 2010
Selangor vs Kedah
Stadium Shah Alam
Negeri Sembilan vs Perlis
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kuala Lumpur vs Johor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
PlusFC vs Terengganu
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
T-Team vs Kelantan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Johor FC vs Pahang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Pulau Pinang (review)
- TM Liga Super - Perak Vs T-Team (review)
- TM Liga Super - T-Team Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Selangor Vs Perak (review)
4 Responses to “TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Salam..
Kemenangan nanti adalah WAJIB untuk Perak. Ini adalah kemenangan yang Ke-8 Perak. Ketika ini Perak memperoleh 5 mata hasil daripada 7 perlawanan dan berada di kelompok maut dalam Liga Super 2010. Tidak kira apa jua keadaan Perak perlu bangkit dengan kemenangan. P.Pinang bukanlah pasukan yang patut digeruni. Walau bagaimana pun mereka harus dihormati dan kemenangan ke atas mereka bukanlah sesuatu yang mustahil.
Lebih kurang sama dengan Perak, mereka juga dibarisi bakat-bakat muda yang lincah beraksi. Kelebihan reputasi sebagai pasukan dengan rekod yg cemerlang sebelum ini menjadi nadi semangat untuk pemain-pemain Perak.
Apa yang merisaukan saya adalah kualiti permainan. Ini kerana sebelum ini dilihat Perak kurang cemerlang dalam Liga Super tapi meletup-letup aksinya dalam Piala FA. Mana silapnya? Jadi, pemain-pemain jangan penting selain daripada Perak. Harap Faham perkara ini.
Perak memang boleh dari dulu hingga kini…
Menentang pasukan seperti P.Pinang bukan la satu perkara yang mudah bagi kita kerana kita tidak mempunyai sebuah pasukan yang hebat seperti era 2000-2008.
Jadi, saya lebih senang mengatakan bahawa Perak harus sentiasa meningkatkan semangatnya ketika menentang mana-mana pasukan sekalipun, serta coach harus mecorak strategi yang lebih sesuai ketika menentang mana-mana pasukan.
Harapan sekali lagi kepada Razali Umar Kandasamy, Penyerang yang berjaya menyumbatkan lebih 20 gol musim lepas, akan tetapi bagi musim ni, agak kurang menyengat bagi musim ini…mungkin disebabkan kecerderaan dan penggantungan perlawanan.
Kepada penyokong Perak, yang tinggal berdekatan jangan lupa memberikan support kepada pasukan Kita.
Sekian
Berita Terkini: 2:55 petang
Perkhabaran terbaru dari ketua jurulatih, Raja Azlan Shah tentang Saufi Sa’aidi. Beliau disahkan dapat beraksi pada perlawanan menentang Pulau Pinang malam esok.
Difahamkan Saufi Sa’aidi telah pun melalui sejumlah 2 penggantungan permainan setakat ini dan dibenarkan beraksi setelah selesai perbincangan antara Perak FA dan FAM.
Dalam pada itu jurulatih juga meluahkan rasa gembira dengan situasi ini namun sedikit ‘pening’ untuk memilih siapakah pemain yang akan diletakkan sebagai pemain serangan.
Menurut beliau perkembangan terbaru dari padang latihan menyaksikan gandingan Shahrizal Saad dan Fauzzi Kassim semakin menyengat manakala Saufi Sa’aidi dan Razali Umar turut tidak mahu ketinggalan untuk beraksi esok.
selamat Berjaya…bawa pulang 3 mata tujuan kita…