TM Liga Super – Pulau Pinang Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 6 Mac 2010
Stadium Batu Kawan
8:45PM

Pulau Pinang 1 – 1 Perak

Skuad seladang sekadar mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika bertandang ke Stadium Batu Kawan menentang Pulau Pinang pada perlawanan kelapan TM Liga Super 2010 malam tadi. Separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Pada separuh masa kedua, pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui tandukan Saufi Sa’aidi yang masuk menggantikan Shahrizal Saad beberapa minit sebelum itu hasil hantaran lintang dari Isma Alif pada minit ke 62 untuk Perak mendahului.

Ketika masa telah sampai ke penghujung permainan, Pulau Pinang akhirnya mendapat gol penyamaan pada minit ke 83 hasil sepakan penalti dari S. Veenod setelah pemain tuan rumah dikasari di dalam kotak penalti Perak. Keputusan kekal 1 – 1 sehingga wisel penamat.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Azmeer Yusuf
Hafiszuan
Nazri Kamal (K)
Shafuan Adli
Isma Alif – 3
Hafiz Rahman
Shahrizal Saad – 2
Razali Umar – 1

Pertukaran:

Fauzzi Kassim – 1
Saufi Sa’aidi – 2
Benedict Martin – 3

Keputusan Perlawanan Lain – 6 Mac 2010

Selangor 4 – 0 Kedah
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 3 – 2 Perlis
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur 2 – 1 Johor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC 0 – 1 Terengganu
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

T-Team 0 – 1 Kelantan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 2 – 1 Pahang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super – Pulau Pinang Vs Perak (result)

  1. dody

    adakah keputusan pengadil memberikan penalti ini menguatkan lagi tanggapan penyokong perak bahawa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan pasukan perak??

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. fazly73

    asalamualaikum. hampir mendapat mata penuh....tetapi hasil kesilapan pertahanan...telah menghadiahkan penalti kepada pasukan lawan. harap kesilapan sebegini tidak berlaku lagi!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Gagal 3 mata menggambarkan keperitan yang kita sedang lalui ketika ini. Sukar untuk meletakkan harapan dikala kita gagal untuk 'makan' tim bawahan. Pelbagai sokongan telah diluahkan oleh segenap lapisan masyarakat di Perak, tak cukup lagi satu dunia penyokong Perak (Anak Perak) memberi sokongan kepada pemain.

    Tepuk dada tanya Iman. Kalau tanya hati semua nak sebat tak dak halal haram. Kepada Penyokong yang tak puas hati dengan pengadil lupakan saja, cari sebab lain untuk alasan ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Hentikanlah sikap untuk asyik menyalahkan pengadil apabila kalah atau seri. Kita perlu ingat jika pasukan Perak dapat menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada yang ada sekarang ini, pengadil perlawanan pun susah untuk buat konspirasi untuk menjatuhkan pasukan Perak. Para pemain perlu meningkatkan lagi mutu persembahan atau mungkinkah apa yang telah dipersembahkan sehingga kini adalah yang terbaik mereka mampu dilakukan?????

    YangIkhlas masih berharap pasukan Perak dapat bangun semula dari lena yang panjang. Masa masih ada sekurang-kurangnya dapat mengelakkan diri daripada dua tempat terbawah Liga Super tahun ini dan dapat layak ke perlawanan pertandingan Piala Malaysia.

    Seperti kata saudara Syidi, Tepuk dada tanya Iman. Tanya hati semua nak sebat tak dak halal haram. Selamat berjuang.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      kepada yangikhlas,teman kurang bersetuju dengan kata kata mike mengenai jangan asyik salahkan pengadil,kerana apa apabila setiap kali pengadil membuat sesuatu keputusan yang salah maka jiwa dan mentaliti pemain dan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan akan menjadi satu situasi yang benar benar panas adakala mendatangkan satu situasi bosan dan mulalah perkara perkara yang tidak diingini berlaku.

      siapa cakap pengadil susah nak buat konspirasi untuk menjatuhkan pasukan Perak. merekalah makhluk dimuka bumi ini paling senang nak jatuhkan sesebuah pasukan.Lagipun setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Perak di Ipoh pasti akan berlaku perkara sedemikian diatas sebab sebab tertentu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yobscout

        aku rasa apa yangikhlas tu cakap betul. Pengadil menjalankan tanggungjawab yang dipikul dunia akhirat dengan jujur. Tidak kerana pihak lawan juga yang bersedia lebih awal dari segi mental dan fizikalnya berbanding pemain Perak sendiri yang aku tengok rata-rata lebih bergaya diatas padang mana tahu gambar-gambar yang diambil terpampang di dada akhbar. Disebabkan 1,2 perlawanan yang agak mengecewakan, aku terus tidak ke stadium kerana bagi aku hanya kekecewaan yang aku dapat jika terus ke stadium.

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. robslam

        senang le jadik coach asik salahkan pengadil je. rupe tu baik teman je jadik coach, kalu kalah salahkan peminat ke pengadil ke, padang ke, semua sekali. ni orang kate telunjuk tuding ke orang 4 jari kemuka sendiri. rasanye fans pun dah menyampah nak dengo alasan pengadil ni. apa yang teman tengok pemain Perak ni macam takde nafsu nak menang, mentang2 gaji on time. harap management pun buat sesuatu yob, jangan tido sama pulak. coach pun jangan asik taktikal sama je, naik menyampah dah teman tengok game kat ipoh nun.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sunrise

          kepada yobscout dan robslam,ada fakta fakta yang ditulis oleh mike berdua yang sememangnya teman setuju,cuma yang teramat teman tidak sertuju mengenai pengadilan,kalau kita lihat dan pantau setiap perlawanan tidaklah kira diluar atau di Ipoh sekalipun.

          Kenapa teman berkata begini setiap perlawanan pasti teman akan turut pergi kecuali 2 perlawanan yang lepas iaitu antara T.team di Terengganu dan Pulau Pinang di Batu Kawan. Pengadil akan melakukan sesuatu keputusan demi memastikan pemain pemain Perak akan tertekan dan lantas akan bermain secara emosi,maka kekalahan akan wujud.

          Mungkin mike berdua tidak perasan ataupun tidak tahu perundangan pengadilan bola sepak,itu sebab mike hanya tahu mengkritik tapi tidak tahu sebab sebabnya.

          Perkara ini bukan sahaja hanya diketahui oleh segelintir penyokong tetapi sebahagian besar dari pihak media tempatan telah mengetahuinya sebelum perlawanan dimulakan.Untuk pengetahuan mike berdua yang bijaksana,mengenai masalah pengadilan ini akan tercetus hanya di Ipoh disebabkan ada beberapa makhluk Allah S.W.T dimuka bumi ini yang cuba untuk menjatuhkan maruah PAFA demi kepentingan tertentu,maka bala petaka ini akan diterima oleh kesemua pemain,segelintir penyokong dan segelintir pengurusan Pafa.

          Demi memastikan perkara yang dirancang oleh individu tertentu ini,membuatkan tugas Coach menjadi lebih dasyat berbanding pasukan pasukan yang lain,dimana coach terpaksa memberi latihan yang lebih keras demi memastikan mentaliti pemain pemain lebih kuat.

          Seperti yang diperkatakan oleh yobscout dan robslam,coach perlu melakukan strategi yang baru.

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. adios

    Lama teman tak komen dalam ni. Prestasi seladang makin teruk la. Kenapa? Jika perlu PAFA patut buat post mortem demi kebaikan semua. Asyik bertekak dalam web pun tak guna. PAFA mesti buat kerja. Kaji setiap kelemahan. Dengan team ceroi pun seladang tak menang, dimanakah tahap kita sebenarnya?

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. doyan

    rasanya tak salah kalo PAFA panggil balik M Karathu bantu dari segi tektikal pasukan Perak...bantu Raja Azlan bentuk pasukan Perak. aku rasa mesti Raja Azlan tengah pening kepala tuh

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.