TM Liga Super – Perak Vs T-Team (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 13 Mac 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kesembilan Liga Super 2010 untuk Perak ialah menanti kunjungan pasukan kelab dari Terengganu iaitu T-Team di Stadium Perak malam esok. Pada pertemuan terakhir Piala FA di Ipoh tempohari, Perak tewas kepada lawan dengan 2 gol tanpa balas.

Perak kini di tangga ke 11 liga manakala T-Team pula berada satu tangga di atas pasukan Perak. Dua pemain yang pasti tidak dapat bermain pada perlawanan kali ini ialah Syazwan Roslan kerana penggantungan permainan serta Fauzzi Kassim akibat kecederaan lutut.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN meluahkan rasa bimbang dengan ketumpulan barisan serangan meledakkan jaringan gol selepas hanya sekadar mampu seri 1 – 1 ketika menentang Pulau Pinang di Batu Kawan tempohari.

“Kita mendahului pasukan Pulau Pinang ketika itu namun deretan peluang terhidang jika gagal diterjemahkan menjadi gol sememangnya menyukarkan pasukan. Pemain-pemain sendiri sewajarnya memberikan 100% tumpuan terhadap permainan mereka” ujar Raja Azlan.

“Harapan saya pasukan Perak mampu untuk mengutip 3 mata penuh malam esok untuk terus memperbaiki kedudukan pasukan ketika ini kerana perkara ini tidak mustahil jika separuh peluang yang hadir berjaya ditukar menjadi gol” jelasnya lagi.

Jadual perlawanan Liga Super – 13 Mac 2010

Kelantan 0 – 0 Selangor
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Terengganu vs Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Plus FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Perlis vs Kuala Lumpur
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs Negeri Sembilan
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pulau Pinang vs Johor FC
Stadium Batu Kawan

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs T-Team (review)

  1. sunrise

    salam...

    Diharapkan pemain pemain dapat menguatkan mentaliti masing masing demi mengekalkan rentak permainan yang menarik dan berkesan. Sudah pasti malam perlawanan nanti pasti pengadil yang akan mengadili perlawanan tersebut akan bertindak seperti budak sekolah yang baru belajar menjadi pengadil..

    Buktikan kepada yang memandang rendah kepada anda,bahawa perlawanan kali ini akan lebih hebat dan kemenangan akan dapat dikecapi.

    Kepada penyokong yang masih sudi menyokong pasukan Perak ayuh kita ke stadium penuhkan tempat duduk yang uzur selama ini dikosongkan oleh segelintir penyokong yang sudah meluat menyokong pasukan Perak.

    Kepada coach aturkanlah satu strategi yang baru agar pihak lawan tidak dapat menyelinap masuk ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol.Kami penyokong mengharapkan daripada coach agar melakukan strategi yang baru dimana strategi yang belum pernah coach lakukan dalam pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. azzura

    salam...

    Inilah masanye pasukan Perak membayar balik kekalahan kepada T Team ketika saingan piala FA lalu. Buktikan keupayaan kite kepada penyokong yang kite mampu mencipta kemenangan dan mengutip 3 mata di tempat sendiri. Kejor yop score..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yobscout

    Ingatan kamu wahai saudara "sunrise" yang memperkoktak-kaktikkan barisan pengadil sebenarnya memalukan kamu sendiri. Kamu sudah tahu jika pengadil bertindak sedemikian, tidakkan kamu terasa tertipu? Dan kalau sudah begitu, apa gunanya lagi kamu ke stadium dan mengajak lebih ramai mengikut kamu untuk ditipu? Pengadil yang mengadili memikul amanah yang berat. Aku juga pernah menjadi pengadil tapi tidaklah ke peringkat tinggi. Semasa dan ketika itu, aku sendiri akan berfikir duit yang diterima tidak mampu untuk membayarkan jalan pintas ke Titian Siratul Mustaqim.

    Kalau kamu masih berfikir begitu, nescaya kamu tidak yakin dengan pasukan yang ada sekarang. Biarlah pemain-pemain berjuang habis-habisan, kita sebagai penyokong teruslah menyokong tanpa ada rasa was-was.

    Strategi apapun yang kamu minta jurulatih buatkan baik kamu berjumpa terus dengannya dan berikan alasan apa yang kamu rasa perlu dan rasa tidak perlu. Di dalam dunia ini memang hakikatnya setiap orang inginkan kejayaan, dan setiap kejayaan itu mestilah menggunakan resepi yang terbaik, tetapi resepi itu perlulah berdasarkan bahan-bahan yang ada (iaitu pemain yang sediaada). Anda tidak perlu meminta atau menyuruh itu dan ini, ini kerana bagaimanapun jurulatih membuat percaturan, jika bahan-bahan tetap ditahap "tidak segar" apa gunanya contoh membuka restoran terkemuka dunia tetapi menggunakan bahan-bahan layu yang dibeli dari pasar malam. Pembeli itu pula merujuk kepada pihak pengurusan yang bersetuju untuk memberi kontrak sekian sekian kepada pemain. Pembeli tidak salah membeli bahan-bahan layu untuk resepi ini, kerana bahan-bahan yang terbaik memerlukan modal yang besar. Dan bahan-bahan terbaik ini lebih selesa berada contoh di Restoran-restoran ternama lain. Kiasan itu sebenarnya mengingatkan kembali, bukan mudah untuk seseorang tukang masak itu menyediakan masakan lazat dengan menggunakan bahan-bahan yang terhad.

    Tapi jangan pula kerana kemaruk mendapatkan bahan-bahan ini sehingga berhutang sana dan sini, tengoklah apa dah jadi? Hutang tertunggak, dari dulu sampai sekarang. Bahan dan hilang, hutang masih memanjang. Ramuan biarlah kena dengan hidangannya, kalau premis tu warung, buat cara warung, kalau dah untung, baru tengok kantung.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      kepada yobscout yang kononnya terlebih bijaksana.

      teman mengajak kesemua penyokong yang hatinya masih suci untuk menyokong pasukan Perak demi memastikan mentaliti pemain pemain terus berada ditahap yang tertinggi agar memastikan keputusan kemenangan dapat dikecapi.
      jelas dan nyata mike bukanlah penyokong pasukan bola sepak perak tetapi disebaliknya.

      kenapa nak libatkan titian siratul mustaqim,kalau begini cara sikap mereka titian itu juga jijik menerima diri mike.
      Untuk pengetahuan mike teman tidaklah menyuruh itu dan ini,cuma teman hanya memberi pendapat kalau pendapat teman boleh diterima,berkemungkinan besar jurulatih akan memikirkan strategi yang baru.Ini tidak apabila pasukan tewas semua menghentam tetapi apabila pasukan menemui kejayaan barulah bersusun yang datang memuji,jelas sekali mike memang tak tahu menilai antara pendapat,mengarah,yang menyokong,atau yang menghentam.

      Untuk pengetahuan mike,teman sememangnya yakin 200 peratus dengan barisan pemain tersedia ada,cuma teman tidak yakin dengan kualiti pengadil dimuka bumi malaysia ini.

      Tidak guna memiliki modal yang besar untuk membina sesebuah pasukan,contoh kita lihat sebuah pasukan di malaysia ini,mereka mengeluarkan modal yang teramat besar sehingga mampu membeli 100 buah kenderaan secara tunai tetapi kejayaan tidaklah sebesar mana pun.

      kepada mike yang teramat bijaksana tolong faham apa maksud teman

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. dody

    Selamat Maju jaya.Semoga dengan kemenangan dapat melonjakkan lagi semangat pasukan perak dan menutup mulut pengkritik perak walaupun ade diantara mereka penyokong perak sendiri..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Iringan doa serta tawakal menjadi kekuatan kita,
    Apa yang penting diwaktu ini adalah kesungguhan pemain,
    kesungguhan jurulatih dan pegawai-pengawai
    untuk meletakkan skuad kita di landasan yang betul...

    Kesungguhan itu penting,
    Disamping kejujuran ketika beraksi...

    Ingat, 'What you do anythings, is what you do everything'

    Bersungguh-sungguhlah dalam melakukan apa jua pekara,
    Kerna ia mengambarkan bagaimana anda melakukan kesemua perkara dalam hidup...

    Kalian besungguh-sungguh mengejar bola dikaki lawan tanpa henti, dan bersungguh untuk menjaringkan gol,
    ia mengambaran bahawa kalian ingin menang,
    bukan takat perlawanan ini sahaja,
    tetapi kesemua perlawanan yang kalian hadapi......

    Semoga berjaya....
    Kemenangan akan pasti milik kita...
    InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. spectator

    buat apa nak bertekak yob..beri je sokongan..tu yang penting..yang lain2 tu semua hanya pandangan peribadi yang memang tak akan sama antara satu sama lain..semangat peribadi masing-masing..cuma kita semua ni hanya ada 1 sahaja persamaan; MENYOKONG PASUKAN KESAYANGAN KITA..

    dari sudut pandangan teman; pasukan ini masih terlalu mentah lagi dan perlu lebih pendedahan..sampai bila? kita tunggukan sahaja..kita bukan coach, bukan juga pemain...apa yang boleh kita beri ialah sokongan padu insya Allah..harap ada lebih sinar kelak.

    Amin....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yobscout

    Tak perlulah wahai kamu yang kurang bijaksana memakai topeng sedangkan topeng yang kamu pakai itu lutsinar dan nampak jelas muka kamu, apa gunanya PAFA memberi amanah kepada jurulatih untuk menjalankan kewajipan tersebut jika masih mahu dibantu oleh orang-orang seperti anda. Biarkan dengan dunianya, dan kamu di dunia kamu. Andai kata kalau benar pun jurulatih nak ambil pandangan kamu, pernahkah orang-orang seperti ini ingin menjenguk laman web ini? Terima kasih kerana terus mengajak penonton ke stadium, tapi rasanya cukupkah sekadar mengajak disini?
    apa daya usaha kamu yang lain untuk menarik minat penonton ke stadium? Entah-entah kamu juga tidak pernah ke stadium. Aku tidak mengenali kamu, tapi apa yang aku dapat rasakan kamu hanya melihat kepada hanya 1 sudut iaitu mutu pengadilan, dan tidak menghayati perjalanan perlawanan tersebut. Lihat sahaja jika perak kalah, isu kamu hanya satu pengadilan yang lemah, pengadilan yang berat sebelah, pengadilan yang didakwa berkompromi. Sudahlah, rasanya bola yang disepak ditendang oleh pemain lebih suci dari kata-kata yang kamu keluarkan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.