TM Liga Super - Perak Vs T-Team (result)
March 13th, 2010 by webmaster

Sabtu 13 Mac 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 3 - 0 T-Team
Perak akhirnya memperolehi kemenangan yang pertama di Ipoh malam tadi apabila berjaya menewaskan pasukan T-Team dengan jaringan 3 gol tanpa balas pada perlawanan kesembilan TM Liga Super 2010 yang berlangsung dalam keadaan padang licin akibat hujan.
Pertahanan kiri Perak, Wan Azwari menceriakan kira-kira 200 orang penyokong setia Perak untuk gol pendahuluan pada minit ke 11 selepas rembatan beliau dari luar kotak penalti membias pertahanan lawan yang mengelirukan penjaga gol T-Team, Syamsuri Mustafa.
Hujan yang turun menyukarkan pergerakan pemain kedua-dua pasukan namun tuan rumah berjaya menambah gol kedua pada minit ke 41 hasil hantaran lintang menarik dari sebelah kiri padang oleh Wan Azwari yang berjaya disudahkan dengan baik oleh Saufi Sa’aidi.
Pada penghujung separuh masa kedua, Syamsuri Mustafa telah dilayangkan kad merah kerana mengasari Razali Umar di luar kotak penaltinya dan sepakan percuma yang diambil oleh Saufi Sa’aidi terkena pertahanan lawan dan bola menerjah jaring untuk gol ketiga.
Sejurus selepas gol tersebut pengadil meniup wisel penamat dengan keputusan muktamad Perak 3 - 0 T-Team. Kemenangan ini membolehkan Perak berkongsi 9 mata bersama T-Team dan menduduki tangga ke 10 liga mengatasi lawan berdasarkan perbezaan 1 gol.
Liga Super akan berhenti rehat selepas ini untuk memberikan laluan kepada kempen Piala FA. Liga dijangka bersambung semula pada 17 April 2010 dengan perlawanan seterusnya bagi pasukan Perak ialah bertandang ke Stadium Shah Alam menentang Selangor.
Kesebelasan Utama:
Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Azmeer Yusuf
Hafiszuan
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Isma Alif - 1
Benedict Martin - 2
Saufi Sa’aidi
Razali Umar
Pertukaran:
Nazri Kamal - 1
Fauzzi Kassim - 2
Keputusan Perlawanan Lain - 13 Mac 2010
Kelantan 0 - 0 Selangor (12 Mac 2010)
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Terengganu 2 - 0 Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Johor 1 - 0 Plus FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
Perlis 0 - 2 Kuala Lumpur
Stadium Utama Negeri, Kangar
Kedah 0 - 1 Negeri Sembilan
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Pulau Pinang 0 - 5 Johor FC
Stadium Batu Kawan
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Johor (result)
- TM Liga Super - T-Team Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Pahang (result)
- TM Liga Super - Johor Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (result)



Elo, kan aku dah cakap, aku nak minta maaf pada semua. Sememangnya kemenangan ini bukan kerana mutu pengadilan yang dihuru-harakan seperti sebelum ini. Jika pemain menunjukkan satu kualiti yang memberangsangkan nescaya kemenangan milik kita. Jangan kerana terlalu berfikiran negatif dan menuduh yang bukan-bukan. Pengadil di Malaysia adalah antara yang terbaik di Asia. Andai benar jika pengadil mengamalkan diskriminasi, kenapa antara gol-gol yang dijaringkan langsung tidak dibatalkan? lihat sahaja gol-gol Perak contoh gol yang pertama, pengadil boleh meniup wisel mengatakan bola terkena tangan pertahanan terlebih dahulu. Gol kedua Saufi, pengadil dan pembantu pengadil juga boleh mengatakan Saufi berada dalam kedudukan offside, dan gol ketiga pengadil juga boleh membatalkan sepakan percuma tersebut kerana benteng lawan makin kedepan walau wisel belum ditiup. Kenapa semua dakwaan seperti ini sebelum ini dipandang negatif oleh peminat kita? Sudah cukuplah sehingga itu, fokuskan sahaja perjuangan kalian. Masih jauh untuk digapai.
March 14th, 2010 at 3:47 pm
eloooo…… teman nak bagitau la kat mike nie,sememangnya perak menang diatas faktor paling utama disebabkan pengadil yang boleh dikatakan mengadili secara adil…jelas mike memang bukan penyokong yang sentiasa menyaksikan perlawanan bola sepak perak….
March 15th, 2010 at 10:10 am
Sudahlah wahai kamu yang suka menyalahkan pengadil. Kalau beginilah sikap kamu, bayangkan kalau Perak bermain 11 orang tat kala pasukan lawan bermain 7 orang, tetapi perlawanan dimenangi lawan, adakah ianya salah pengadil juga? Kamu cakap tidak menggunakan akal tetapi lebih banyak dipengaruhi orang sekeliling kamu.
March 16th, 2010 at 10:53 am
wow siapa yang cakap tidak menggunakan akal ni…. apa yang pasti kamu tidak tahu menilai dan mengkaji masalah yang sebenarnya,untuk pengetahuan mike yang kononnya bercakap menggunakan akal,jelas sekali kamu ni sebenarnya tidak tahu mengenai undang undang pengadilan bolas sepak……
kalau mike rasa tak nak sokong jangan mempertikaikan kewibawaan pemain pemain dan jurulatih lagi,boleh terus menyepikan diri dan pergilah buat hal sendiri kami tidak memerlukan penyokong seperti mike kerana menyusahkan sahaja
March 16th, 2010 at 12:11 pm
salam…
sudah-sudah lah tu…
apa perlu kita bicara macam ni, malu kat budak-budak.
pasukan perak pun dah menang… patutnya kita bersyukur, bukan bertengkar macam ni…
salah ni!!, ini bukan caranya.. banyakkan bersabar..
tuhan marah, mungkin ini ujian, baru bagi menang sekali kita dah gaduh-gaduh.. esok-esok tuhan tu marah, langsung tak bagi menang dah… ayop mintak maaf kalau kata-kata dari orang tua macam ayop ni menguris hati anak-anak muda macam kamu …
damai lah ..
salam
ayop (desa Pengkalan)
March 16th, 2010 at 1:51 pm
masalah sekarang ni ayop,si yobscout nie memberi komentar atas sebab emosi kerana menghentam pengadil,tetapi ini semua adalah kenyataan bukan fantasi bahawasanya pengadil yang telahpun mengadili perlawanan melibatkan pasukan Perak yang dihantar oleh F.A.M,sebenarnya tidak layak menjadi pengadil.
Lagipun berkemungkinan besar yobscout ini antara orang orang yang berkomplot dengan beberapa individu untuk menjahanamkan motivasi pemain pemain yang ada.Itulah sebabnya komen komen yang diberikan oleh si dia kearah tidak berpelajaran
Salam…
Berkat kesungguhan semua pihak, kita beroleh kejayaan, syukur alhamdulillah…
Semoga dengan cuti yang panjang ini, pasukan dapat mencari apa yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan lagi apa yang perlu semoga pada perlawanan akan datang akan menghasilkan satu keputusan yang positif.
Selagi kita masih di sini, kita teruskan perjuangan kita hingga ke akhir musim. Sokongan yang tidak berbelah bahagi… Tiada lagi bermimpi di siang hari kerana hari mendatang pasti dan pasti amat mencabar….
Jangan biarkan diri kita merana kerana kesilapan kita dan semoga kita akan bangkit untuk menuju ke sinar kejayaan… Semangat yang hilang, kita cari penawarnya…. kaji dan perdengarkan lagu dari XPDC… semangat yang hilang…
Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Didalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usahlah diragukan
Keupayaan diri
Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilang oohh
Kita cari pulang
Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usahlah diragukan
Keupayaan sendiri
Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terpendam
apa yang penting… KERJASAMA!
apa yang penting… KERJASAMA!
Tahniah Perak…kemenangan ini telah menyuntik kembali semangat kepada para pemain dan penyokong setia pasukan seladang..Saya yakin dengan keputusan ini akan menarik ramai lagi penyokong untuk terus memberi sokongan terutamanya bagi menghadapi perlawanan pada 17 april ini menentang pasukan selangor…ayuh perak…selangor mangsa kita seterusnya.
Alhamdulillah. Nah inilah hasilnya jika pemain sentiasa komited untuk mencari kejayaan. Diharapkan rentak cemerlang ini akan terus diterjemahkan pada perlawanan yang akan datang. Pada teman selagi anda semua komited untuk memburu kejayaan, pastilah kejayaan akan menyusul. Teruskan usaha. KEJOR YOP KEJOR, SKOR YOP SKOR.
March 15th, 2010 at 10:01 am
Elo, Yeah.. betul tu yopaboy. kita menang kerana kualiti permainan yang ditunjukkan, Bukan kerana pengadilan yang tidak bermutu seperti di kecoh-kecoh kan sesetengah mahkluk itu.
March 16th, 2010 at 10:53 am
masalahnya mike memang tak reti menilai…jangan jadi hamba allah yang tidak berpelajaran
March 16th, 2010 at 3:05 pm
sedap mike je kutuk orang tak berpelajaran, sape mike nak menilai orang lain? pendapat berbeza tak bererti tak menyokong pasukan. mengkritik itu subjektif, mike nak menyokong membuta tuli itu pendapat mike, jangan sedap kutuk orang lain pulak, ini dah serangan peribadi. kalau admin tak boleh terima komen teman, takpe, teman redho.
March 16th, 2010 at 4:32 pm
masalahnya komen mike berdua ni sama macam orang tidak berpelajaran,kerana kejap kata menyokong kejap menghentam…..fikir fikirkanlah
salam….
Tahniah kepada pasukan Perak dimana untuk musim 2010 dalam saingan liga tempatan,pasukan Perak berjaya buat pertama kalinya memiliki pengadil yang mengadili dengan boleh dikatakan baik di stadium Ipoh.
Tahniah kepada coach disebabkan mike berani menurunkan beberapa pemain simpanan untuk berada didalam kesebelasan utama,ini membuktikan bahawa coach telah mula maju kehadapan dengan melakukan beberapa perubahan yang amat amat membanggakan.
Tahniah kepada semua penyokng yang masih sudi hadir menyaksikan perlawanan walaupun perlbagai kritikan yang diberikan oleh segelintir penyokong yang tidak bermaruah demi kepentingan sendiri,apa yang membanggakan kepada penyokong yang hadir sanggup meredahi hujan dan setia berada ditempat duduk dengan penuh kesetiaan.
salam..
Akhirnye hutang kekalahan lalu telah terbalas dengan kemenangan 3-0 dan mengutip 3 mata di tempat sendiri.Teman hanye dapat memerhati dari jauh dan dari laman sesawang ini, dapat teman mengetahui info pasukan Perak.
Nak jugak tengok Perak score dalam berita sukan, haram di tayangnye.Tapi yang penting Perak menang.Tahniah buat pasukan Perak diharap kome bersiap sedia untuk perlawanan seterusnye “Selangor”.Walaupun perlawanan tersebut sebulan lamenye,janganlah kome alpe teruskan usaha memajukan pasukan Perak demi penyokong setia.
Kejor Yop Score
Salam..
Menang? Alhamdulillah. Tahniah
Tahniah kepada pasukan Perak. Di harapkan rentak kemenangan diteruskan. Saya bersetuju dengan komen sunrise. Tindak-tanduk pengadil yang berat sebelah mempengaruhi persembahan perak.kepada yobscout kalau tidak mengetahui perkembangan pasukan perak jangan bagi komen….
Wan, kamu ingat kamu siapa? salahkah aku berkata sedemikian? Dan apa gunanya laman web ini ditubuhkan jika orang luahan peribadi tidak boleh disuarakan? Tindak tanduk apanya? Kamu rasa kalau pengadil salah, buat surat rasmi kepada FAM (itupun kalau FAM layan) tak pun buatkan saja surat layang dan mengadukan pada SPRM, biar mereka siasat. Apa yang susah sangat nak menerima keputusan yang sememangnya diperakui sendiri oleh kebanyakkan penyokong bahawa kemenangan atau kekalahan sebenarnya berpunca pada sikap pemain sendiri. Ini tidak, balik-balik pengadil yang dipersalahkan. Apa yang berat sebelahnya? Apa yang kamu tahu pasal berat sebelah? ada ke bukti? ada ke fakta? Terima sahaja hakikat kemenangan atau kekalahan pasukan berdasarkan pada kemampuan pemain dan konsistensi pemain pada malam itu.
March 15th, 2010 at 3:32 pm
Yobscout, marilah kita sama-sama membincangkan topik ini secara berhemah. Setakat ini pihak admin belum lagi “mengedit” komen anda. Berdedikasi la semua yang berforum disini. Komuniti SDN komuniti semua.
March 15th, 2010 at 4:38 pm
teman mintak maaf la kata2 teman buat Yobscout tersinggung…buat apa nak gaduh2. yang penting team menang.ok
March 15th, 2010 at 6:05 pm
Sekiranya pengadil bertindak adil, mengapakah perlawanan diantara pasuka Kedah dan Negeri Sembilan diakhiri dengan pergaduhan antara pegawai pasukan Kedah iaitu Ahmad Sobri dengan pengadil yang mengadili perlawanan tersebut?
Juga perlawanan sebelumnya antara Negeri Sembilan menentang pasukan mana saya sudah lupa di Paroi yang mana pangadil bertindak tidak profesional. Diakhir perlawanan Wan Jamak mahu bersalam dengan pengadil tersebut namun dibalas dengan tepisan. Inikah yang dikatakan Pengadil Profesional? Masih ada banyak kelemahan dalam mutu pengadilan disini. Janganlah ada peminat yang menulis seperti orang ‘hilang akal’ yang mati-matian mempertahankan pengadil.
March 16th, 2010 at 10:55 am
untuk pengetahuan mike satore….pasukan Perak buat pertama kalinya menjadi pasukan tuan rumah sambil memiliki pengadil yang baik berbanding beberapa perlawanan sebelum ini,mujur penyokong Perak tidak mengganas kalau tidak F.A.M akan disaman pula
March 16th, 2010 at 2:47 pm
Teman akui pengadil juga adalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan. Seperti yang diketahui, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan sebelum yang melibatkan pasukan Perak. Peminat boleh melihat dan menilai sendiri keputusan yang dibuat oleh pengadil. Secara tidak langsung keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil akan mempengaruhi pasukan dan moral pemain. Tidak timbul isu disini apabila kalah menyalahkan pengadil menang diam seribu bahasa. Teman boleh menerima kekalahan pasukan Perak. Kita akui Perak masih banyak yang perlu diperbaiki. Namun apa yang dikesalkan tindakan beberapa komentar yang menulis tidak ubah seperti ‘duri dalam daging’ yang menyalahkan pemain dan jurulatih 100% adalah amat mengecewakan. Dipihak manakah kamu sebenarnya?
March 16th, 2010 at 11:12 am
wahai tobscout,dari segi mike bekata kata jelas mike bukanlah orang yang berpelajaran tetapi mike dari orang yang tergolong dalam sesebuah kumpulan yang suka melihat pasukan tumbang,teman yakin seratus peratus mike seboleh bolehnya tolong janganlah jadi penyokong bola sepak perak,keranaorang macam mike mampu untuk menjatuhkan maruah negeri ini.
Satorare, aku tak pernah memperkatakan aku mempertahankan pengadil. Aku memperkatakan tentang menang dan kalahnya pasukan kerana sikap dan konsistensi pemain-pemain yang bermain. Siapa cakap pengadil Malaysia tidak profesional. Lihat sahaja selepas perlawanan dengan T-Team tempohari, dimana Penjaga Gol T-Team iaitu Samsuri dilayangkan kad Merah, dan Samsuri menunggu di depan bilik persalinan pengadil untuk bersalam sebaik sahaja pengadil keluar dari bilik persalinan. Dan pengadil siap membalas dengan senyuman tanpa ada rasa syakwasangka. Aku tahu sendiri dari pengadil tersebut kerana sebagai sahabat. Persoalannya sekarang kenapa tak ada seorang pun menyangkal kenapa Samsuri terus dilayangkan kad Merah sedangkah pembantu garisan yang lebih hampir langsung tidak mengangkat bendera tanda permainan perlu dihentikan? Tapi JIKA apabila sahaja penjaga gol PERAK yang berbuat begitu kamu semua marah bagai nak runtuh stadium keramat tu???
Kamu semua boleh maki siap dengan keturunan pengadil tersebut?? Adilkah begitu? sememangnya pengadil telah menjalani kursus yang lengkap sebelum dilayakkan mengadili perlawanan liga super mahupun liga perdana.
March 15th, 2010 at 8:25 pm
yob, orang yang tak paham keje pengadil ni bole le sembang meletup-letup. cubalah letak diri sendiri baru tau macam mana nak handle semua. kena pula dengan pemain perak yang asik nak gado dengan pengadil, pada aku memang elok pun pengadil berat sebelah, padan muka diaorang. ni dah menang baru nak kate pengadil adil, cuba kalah aritu, mati idup balik mesti maki hamun pengadil sampai ke anak cucu.
March 16th, 2010 at 10:58 am
untuk pengetahuan mie robslam,kalau sekali sekala takper la,masalahnya sekarang apabila pemain pemain Perak dikasari didepan mata pengadil,pengadil buat tak tau sahaja,tetapi apabila pemain lawan terjatuh tanpa dikasari,jauh dari mata pengadil pemain pemain Perak terus dilayangkan kad,adakah ini satu mutu pengadilan yang bagus.
Teman bukan main cakap sahaja,teman salah seorang yang pernah menghadiri kursus pengadilan peringkat 3 di lumut pada tahun 2005,maka itu teman ni bukanlah daif sangat sampai tak tau nak menilai.
March 16th, 2010 at 2:36 pm
Yob-yob semua. Kalau pasukan tu memang kuat mai la pengadil mana pun menang gak la. Apa tu kuat? Kuat di sini membawa maksud, kuat segalanya, fizikal, MENTAL dan strategi. Nampak sangat player Perak tak kuat MENTAL. Ada masalah di situ. Tak tau nak behave macam mana kalau hadapi masalah kalau pengadil macam tu.
Sama je mana-mana pun, masalah pengadil tetap ada. Tapi oleh sebab deme-deme profesional, rasional dan MENTAL mereka berada pada tahap yang superb, so team deme-deme ni jadi kuat. Kalau sorang dua je yang kuat tak cukup. Dia kena semua sekali hebat baru la team jadi KUAT dan penyokong tak MELUAT.
Main bola tak boleh ikut mood. Sebaliknya kita kena mood kan diri untuk main bola. Nak pulak main bola sumber pendapatan, kena la sungguh sebilang masa. Penyokong punyer mood pulak ikut prestasi team tu. Pengadil pulak lantok dia, dia tau buat keje dia. Kalau dia sengaja buat silap lantok dia, dia tanggung la dosa sebab tak amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Habis cerita.
March 16th, 2010 at 3:10 pm
mike penah ikut kursus? kalau camtu mike memang patut tau apa yang betul atau tak. soalan kat sini adakah masa perlawanan mike berada sekurang-kurangnya 20 meter dari pemain? mike nampak apa yang terjadi? kalau takat mike duduk kat tempat penyokong jangan sembang yob, buat malu pengadil je. sedangkan pengadil keempat yang duduk kat tepi sideline pun tak berani nak buat apa-apa keputusan lagikan mike yang duduk jauh kat tempat penonton. harap mike rasioanal dan jangan ikut emosi yob. kalau penonton pun nak jadi pengadil, lebih elok kome buat liga sendiri je, bior takde pengadil, guna penonton emosi cam mike je yob sunrise jadi pengadil.
March 16th, 2010 at 3:49 pm
Pengadil biar je yob. Berapa kali nak kabor. Takat sunrise pengadil kelas 3 apa kelas. Taraf sekolah rendah. Teman Pengadil kelas 3 teman ambik masa Tingkatan 3. Malas nak ambik Advance sebab dah dapat keje bagus, apa barang jadi pangadil kalau dah keje gaji beso kan?
March 16th, 2010 at 4:36 pm
untuk pengetahuan adios,sekurang kurangnya teman ada pengetahuan, daripada mike yang setaraf budak sidrom down apa kelas.
Untuk pengetahuan yobslam teman bukan setakat duduk menyembang macam mike,teman duduk ditempat yang sewajarnya untuk menilai keupayaan pengadil yang kononnya bertaraf fifa. lainlah macam mike berdua no standard…..
Nota Admin: Jangan buat serangan peribadi pada orang lain yang tidak sependapat dengan anda. Anda dinasihatkan tidak EMOSI dan bersikap RASIONAL di dalam membahaskan sesuatu isu. Menggunakan perumpamaan “budak sindrom down” seolah-olah menghina nasib insan yang dilanda sindrom tersebut. Pihak SDN merasa dukacita dengan sikap anda yang telah melampaui batas. Anda diberi tempoh masa 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua di dalam artikel ini. Kegagalan anda untuk berbuat demikian akan mengakibatkan anda di BANNED dari halaman web ini.
Terima Kasih
admin
tahniah le sebab menang tapi jangan happy sangat. sekarang menang esok lusa bungkus balik. nanti bole le salahkan pengadil balik. kalau dah diri sendiri silap buatpe nak salahkan orang lain. teman sikit pun tak hairan menang dengan t-team ni.
jangan lupa pulak, pengadil pun manusia jugak, ada perasan, ada kesilapan, kalau dah pemain asik nak bangkang cakap pengadil memang patut pun kalau pengadil berat sebelah. aku peratikan bebudak pemain baru ni asik nak gado dengan pengadil walhal diri sendiri yang salah.
bab penyokong yang asik nak salahkan pengadil tu teman tak heran sebab diaorang mungkin ada kena mengena dengan pemain, itu yang emosi sangat tu. walhal pemain sendiri yang main tah apa-apa, salahkan pengadil pulak. kalau dah tak reti main elok le berenti, menyusahkan orang je.
March 16th, 2010 at 11:09 am
untuk pengetahuan mike,ketika pasukan Perak menang keatas skuad singa utara di Ipoh,kami semua yang berada distadium termasuk pemain,jurulatih dan pihak pengurusan tetap tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang mengadili pada saingan piala F.A.
tidak semestinya tewas sahaja akan kita salahkan pengadil,jadi tolong bercakap dengan penuh berdedikasi,kerana yang teman pasti mike ni bukan penyokong yang baik,tetapi faham faham sahajalah
Apa la kome-kome ni. Sudah-sudah la gaduh. Menang salah kalah lagi la bising. Teman nengok kome semua ni LALANG! Sudah la.
March 16th, 2010 at 1:55 pm
untuk pengetahuan mike adios lalang paling besar dalam dunia ini ialah robslam,dia pernah kata dah taknak pergi stadium kerana pasukan asyik kalah,tetapi hari nie punya komentar tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri.
March 16th, 2010 at 3:11 pm
masa bila teman kate teman takmo pegi stadium? dan masa bila teman kate teman dah pegi stadium? mike tak tau yob so jangan memandai kata sesuatu yang mike taktau. mike tu emosi yob !!!!
March 16th, 2010 at 4:36 pm
bukankah mike ada bagi komentar macam itu…yela mana ada orang nak mengaku kesilapan sendiri
March 16th, 2010 at 3:28 pm
kamu pun apa kurangnya, beri komen dalam ni macam diri tu hebat. apa masalahnya beri komen pendapat sendiri, yang kamu nak emosional sangat kenapa, komuniti seladang.net ni memang tempat untuk penyokong yang sentiasa mengikut telunjuk pasukan ke? setahu aku seladang.net ni tidak ada apa-apa hubungan PAFA jadi tak ada masalahnya isu aku nak jadi lalang ka, jadi apa ka, yang aku tahu, aku menilai dari sudut mata aku. teorinya senang saja, yang hebat akan menang, yang lemah akan kalah. melainkan kot-kot orang macam kamu mengeluarkan sedikit modal untuk menutup mata-mata pemain Perak bagi kemenangan pasukan lawan. Mana tahu kot ianya betul, aku sebagai sahabat kepada kebanyakkan pengadil, memang terasa pemain Perak bermain mengikut mood, adakalanya hebat bukan kepalang, ada kalanya pijak semut tak mati. Jadi jika kamu ingat diri tuh hebat, ada orang lain lagi hebat dari kamu.
March 16th, 2010 at 4:38 pm
ternyata yobscout memang buta huruf.seladang.net adalah sebuah laman web rasmi PAFA.Untuk Pengetahuan YOBSCOUT,teman tidaklah sehebat mana tetapi sekurang-kurangnya teman bijak daripada mike
salam…
Teman mohon maaf diatas terkasarnya bahasa teman diatas perkataan sindrom down,bukan ini bermakna teman hendak menghina tetapi ianya perumpamaan kepada individu yang tidak faham faham bahasa.
Sememangnya teman teramat emosi disebabkan dua individu didalam SDN ini dimana pendapat teman tidak boleh diterima oleh mereka ini,kononnya komen teman tidak masuk akal,hanya komen mereka berdua sahaja yang boleh didengar dan diterima tiada orang yang boleh membantah.
Kepada pihak admin teman mohon maaf sekali lagi.
Nota Admin:
Pihak admin telah menutup komen pada artikel ini untuk tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan. Pada semua individu diminta supaya menjaga tatasusila ketika berposting dan juga tidak emosi sewaktu membalas sebarang komen.
Kita memerlukan perbincangan dan perbahasan yang baik sesama ahli. Jika anda tidak setuju dengan pendapat seseorang yang lain tidak perlu menyerang pihak terbabit. Bahaskan sebarang pertikaian dengan lebih ilmiah dan berpandukan faktor-faktor relevan.
Pihak SDN tidak pernah memihak pada mana-mana individu berkenaan masalah yang timbul. Seperti mana yang semua ketahui, PENDAPAT adalah sesuatu yang SUBJEKTIF. Diharap semua pengguna lebih matang dalam menilai setiap posting mereka.
Terima Kasih
admin