Pemilihan & Latihan Skuad Kebangsaan | 22 Mac – 2 April

Pihak SDN telah dimaklumkan oleh ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah tentang 2 pemain Perak yang dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan dan latihan skuad kebangsaan Malaysia pada 22 Mac hingga 2 April 2010 di bawah kendalian K. Rajagobal sebentar tadi.

2 dari 27 pemain yang dipanggil ialah penyerang Saufi Sa’aidi dan pertahanan, Hafiszuan Salehuddin. Mereka akan menjalani latihan di kem kebangsaan sebelum bertolak ke Thailand untuk menentang pasukan kelab dari Thailand, BEC Tero Sasana pada 25 Mac.

hafiszuan_saufi.jpg

Nota: Hafiszuan Salehuddin (kiri) dan Saufi Sa’aidi (kanan)

Ini adalah persiapan awal untuk menghadapi kempen Sukan Asia di Guangzhou pada 12 hingga 27 November depan yang terhad kepada pemain bawah 23 tahun sahaja. Pihak SDN mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain yang terpilih.

Likes(0)Dislikes(0)

22 thoughts on “Pemilihan & Latihan Skuad Kebangsaan | 22 Mac – 2 April

  1. robslam

    Tahniah sebab dapat masuk national, nanti jangan malas-malas pulak. rajagobal bukan macam raja azlan bole lebih kurang je, kalau tak bagus dia buang je macam kes razali dulu. jangan ingat kome tu star sangat dah masuk pemilihan ni, usaha mau kuat, jangan malas. korang bawak nama negeri Perak, jangan malukan orang Perak pulak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Hasil apabila cemerlang semasa permainan, bukan kerana pengadil yang menentukan. Andai prestasi ditambah dengan komitmen dan displin, kita semua akan mampu melihat pemain perak menjadi jaguh satu hari nanti. Pada individu yang tak habis-habis mempertikaikan pengadil mahupun FAM, hentikan je lah. Takat mana sangat suara kamu tu didengari oleh mereka-mereka yang berada diatas nun.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sdarerepasi

      rentikan ler sembang pasal nie dah.....hentikan..
      itu je nasihat teman...
      maaf kalo kasar sangat cara nie..salam

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. zizou85

      yob, ape yang kamu cakap tu betul...faktor utama ialah - corak permainan yang cemerlang. tetapi corak pengadilan di Malaysia ini , memang tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

      Akan tetapi, tidak bolehlah ,menyalahkan faktor pengadilan semata-mata. yang paling penting ialah prestasi permainan.

      Cukup-cukuplah ungkit-mengungkit ni, yobscout.

      Bagi 2 pemain ini, memang Rajagopal patut bagi peluang....Tetapi buat masa ini, 2 pemain ini bukanlah boleh membarisi skuad utama..kerana terdapat pemain yang lebih mantap di posisi masing-masing. Walau bagaimana pun, panggilan ini, merupakan pengiktirafan kepada Pasukan Perak dan saya sangat bangga dengan prestasi 2 pemain ini, terutamanya Saufi yang menjadi Penjaring Terbanyak Skuad Perak buat masa ini. Semoga mereka berjaya menembusi 1st team skuad kebangsaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Kedua dua pemain ini telah membuktikan dimana walaupun mereka ini pemain baru dan tidak seperti pemain pemain diluar sana menerima gaji yang besar mereka juga mampu menyamai kualiti yang sama seperti yang lain.

    biasalahkan ada pula sesetengah pihak ataupun makhluk dimuka bumi ini mengatakan bahawa pemain pemain Perak ini kurang kualiti kerana gaji yang kurang.

    Kepada Hafiszuan dan Saufi anda buktikan kepada mereka mereka ini anda adalah yang terbaik dan tidak sia sia untuk dipanggil menjalani pemilihan dalam skuad kebangsaan

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Alhamdulillah. Harap-harap kome berdua dapat harumkan nama Perak yang dulu pernah berstatus sebagai 'kilang' star bolasepak Malaysia. Sesi pemilihan pastikan tumpuan 200%. Ini masa depan kome, kalau teman memang teman tak akan sia-sia kan. Jangan peduli orang lain. Tahniah dan hargainya buktikan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. adios

    Ada rupanya permata dalam Perak yang tenggelam timbul. Akhirnya Rajagopal nampak jugak. Ape yang teman tau, Rajagopal tak macam Santhianathan. Rajagopal ni lain sikit, detail orangnya. Baguih la tu. Betui cakap syidi. Perak dah macam kilang lahirkan pemain ternama di malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. khairol

    salam..

    bukan senang pemain dari perak dapat di panggil untuk skuad kebangsaan tatkala pasukan perak sendiri tidak menentu prestasinya.

    tahniah buat Saufi dan Hafiszuan kerana membuka mata K. Rajagopal.

    di harap kedua-dua pemain ini dapat menyelitkan diri sebagai antara yang tersenarai. bukan untuk perlawanan persahabatan ini sahaja, tetapi berterusan untuk semua kempen pasukan kebangsaan.

    begitu juga buat pemain perak yang lain, di harap dapat meningkatkan mutu permainan agar setaraf pemain kebangsaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. mhas07

    salam...

    tahniah buat hafiszuan dan saufi sa'adi kerana terpileh untuk pemilihan pemain kebangsaan. diharapkan melakukan yang terbaik. semoga menjadi pemangkin kepada pertambahan bakat-bakat baru dalam bola sepak perak.....
    harap-harap bola sepak kembali cemerlang untuk negeri perak...

    sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. ayop

    salam

    tahniah ayop ucapkan pada saufi dan hafizuan,
    tunjukkan kebolehan kamu pada rajagopal, peminat dan pada negara yang kamu mampu serta tunjukkan yang kamu ada tujuan dalam bolasepak...
    siapa tahu, mungkin kamu akan menjadi kesebelasan utama national team nanti..
    insyallah...

    tanhiah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yobscout

    Pada pendapat aku sebenarnya pemilihan Hafiszuan dihantar ke Kem skuad kebangsaan hanya merugikan. Tahap permainan bola beliau masih lagi dibawah tahap memuaskan. Clearing ball yang lemah, hantaran kepada kawan terlalu lewat sehingga menyusahkan kawan untuk mengejar. Tapi itu sahajalah anak jati perak yang benar-benar mewakili negeri ini. Itu pun kalau dipilih. Rasanya macam 70% tak akan terus bersama skuad itu kelak. Bukan nak mejatuhkan pemain sendiri, tapi pendapat ini diluah selepas menyaksikan sendiri beberapa perlawanan beliau. Karaktor beliau sebenar jelas kalau bermain dibawah tahap sebenar. Lihat sahaja musim lepas dimana hafiszuan ini boleh dikatakan mampu diletakkan pada mana-mana posisi, namun ketika ini hanya fokus kepada barisan pertahanan namun masih tidak dapat memberi 100% komitmen.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      sebenarnya yob, hafizuan ni baru je main untuk musim kedua bersama Perak, dia masih muda dan pemilihan ke skuad kebangsaan akan dapat memberikan beliau ilmu yang bakal menguntungkan pasukan perak juga..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi

      Eleh..yeye je mike komen pasal Hafiszuan macam le mike bagus sangat. Yob, sepatutnya mike bagi kata-kata semangat walau hakikat sebaliknya. Bagus hafiszuan tu jika nak dibandingkan dengan yang lain yang sebaya dengan dia tu.

      Insya Allah berkat kata-kata@doa kita semua mana tau dia berubah menjadi bersemangat waja, Alhamdulillah dapat pahala sebab doakan orang lain.

      Come On Hafiszuan and Saufi, You Can Do It. Fikir satu je, Kenapa Orang Lain Boleh Buat? Ape? Aku Tak Boleh? Aku Pun Boleh la..Ala-ala Kapten Boleh Gitu. Think Positively then you got Positive Things. Never Say NO!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        kepada seansan,zizou85 dan syidi,mike kena faham ada makhluk tu tak suka tengok pemain pemain dalam pasukan Perak ni terpilih dalam sesi pemilihan pemain kebangsaan. Teman setuju seratus peratus dengan komentar mike bertiga.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. wan

          Tahniah kepada Hafiszuan dan Saufi. Di Harap peluang ini dapat meningkatkan persembahan mereka. Kepada pihak berkenaan di harap memberikan moral support kepada pemain. Berilah sokongan kepada mereka. Aku yakin team Perak ni akan power dalam setahun lagi.

          Likes(0)Dislikes(0)
    3. doyan

      biar ler Rajagopal menilai sendiri kewibawaan pemain tersebut.bagi aku tak salah kalau hafizuan pegi Skuad Kebangsaan kerana dia ada bakat

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. adios

    Assalamualaikum Semua..

    Hafiszuan(Pasak) dan Saufi(Awe), memang layak dipanggil untuk pemilihan ni. Teman setuju sangat. Terima cabaran ni sebagai batu loncatan untuk kome berdua. Yang lain bukan tak bagus, cuma tak menonjol.
    Setiap hari mesti muhasabah diri untuk tingkatkan prestasi, ingat, setiap hari, baru boleh maju yob tak kira la main bola atau lain-lain perkara same je ceritanya.

    Gud Luck..No Pain No Gain! ADIOSss..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Hafizuan ni tengok form jugak die....lagi 1 dia ni cepat naik angin..kalau dia control calmness, ok la. Yang lain, defend kiri Perak pon konsisten. Bagi saya, agak kagum jugak dengan peningkatan oleh Saufi Saadi, sebab beliau ini, bukanlah pemain yang menonjol musim lepas, harap2 Perak akan asah dia menjadi 1 lagi penyerang yang berbisa di samping Razali. Kita dah mempunyai 2 penyerang yang benar2 pantas. Cuma perlu digilap.

      Golkeeper dari Perlis yang baru kita sign, menampilkan persembahan yang cukup baik, begitu juga dengan Shafuan adli, yang meningkat, tetapi belum begitu mantap. Yang lain-lain, masih banyak perlu tingkatkan prestasi

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.