feed rss2

Archive for March, 2010

SDN KV JATA
Seramai 15 orang pemain hadir pada sesi ketiga futsal SDN KV untuk tahun 2010 ini di Samba de Futsal, Petaling Jaya. Latihan yang diadakan dari pukul 3:30 hingga 5:00 petang ini menyaksikan beberapa muka baru muncul untuk menyertai aktiviti futsal.

Turut sama hadir, Lee Jr yang kali terakhir beraksi sewaktu futsal SDN KVU di Ipoh bersama isteri dan 2 rakan baru yang diperkenalkan oleh saudara Sdarerepasi iaitu Haikal dan Fazzelin. Tidak ketinggalan saudara Meor dari Pantai Dalam yang sudi menghadirkan diri.

Ucapan terima kasih juga kepada saudara Amir aka Keristujuh dan Zulzia yang datang membantu dan menyediakan laporan keputusan perlawanan ‘Internal Game’ yang diadakan pada petang tersebut. Mereka tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. Izwan
  3. Aslam
  4. Sdarerepasi
  5. Mizi
  6. Udinese
  7. Anip
  8. Azaha
  9. Lee Jr
  10. Fazzelin
  11. Taufiq
  12. Zam
  13. Meor
  14. Haikal
  15. Syidi

Keputusan ‘Internal Game’ Continue reading

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Sabtu 27 Mac 2010
Perak Malay vs Perak Indian
Stadium Perak, Ipoh
4:15 petang

Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah memasuki perlawanan akhir dengan pertemuan pasukan Perak Malay menentang Perak Indian di Stadium Perak manakala tempat ketiga dan keempat ialah antara pasukan Kuala Kangsar ‘A’ menentang Ipoh ‘B’ di Padang PCRC.

Datuk Seri Nizar dijangka akan menghadiri perlawanan akhir ini untuk menyampaikan hadiah serta anugerah kepada pasukan yang bertanding. Juara akan menerima RM 6000 dan naib juara RM 3000 manakala tempat ketiga RM 1500 dan RM 750 untuk keempat.

Perlawanan Tempat ke 3 dan ke 4 :

Kuala Kangsar ‘A’ vs Ipoh ‘B’
Padang PCRC
3:45 petang Continue reading

Perlawanan kelima kempen Piala Presiden musim 2010 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium Perak, Ipoh. Pada perlawanan keempat tempohari, Perak menumpaskan pasukan Pulau Pinang dengan keputusan 3 gol tanpa balas.

Jadual perlawanan Piala Presiden 2010 - 25 Mac 2010

Kumpulan A

PKNS vs Kedah
Padang Kompleks Sukan PKNS

SSBJ “B” vs Shahzan Muda
Padang D MSN, Bukit Jalil

Perlis vs Terengganu
Stadium Utama Negeri, Kangar

Pulau Pinang vs Sarawak
Stadium Mini Bertam, Kepala Batas

Perak vs Kuala Lumpur
Stadium Perak, Ipoh

Kumpulan B

Sabah vs Johor FC
Stadium Tawau, Sabah

Melaka vs Kelantan
Stadium Tun Fatimah, Ayer Keroh

T-Team vs Negeri Sembilan
Padang C Komplek Sukan Negeri, Gong Badak

Pahang vs Selangor
Padang MPK 1A, Kuantan

Johor vs SSBJ “A”
Padang Sri Gelam, Johor

Nota: Semua perlawanan bermula pada 4:45 petang… Continue reading

Sempena Liga Super yang berehat lebih sebulan, pengurusan Perak telah merangka beberapa perlawanan ‘test match’ untuk memberikan lebih pendedahan kepada pemain. Sejumlah 4 perlawanan telah dirancang bermula dari 30 Mac ini hingga 10 April 2010.

Selasa 30 Mac 2010
Perak vs Perlis
Stadium Perak, Ipoh
8:35 malam

Sabtu 3 April 2010
Perak vs Felda United
Stadium Perak, Ipoh
8:35 malam

Selasa 6 April 2010
Perak vs PDRM
Stadium Perak, Ipoh
8:35 malam

Sabtu 10 April 2010
PKNS vs Perak
Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
8:35 malam

Nota: Tertakluk kepada perubahan di saat akhir Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]