Keputusan TM Piala FA 2010 - 9 Mac | Suku Akhir 1
March 9th, 2010 by webmaster

Pos Malaysia 1 - 5 Selangor
Stadium MP Selayang
Plus FC 1 - 0 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
T-Team 3 - 1 Terengganu
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Kedah 1 - 1 ATM
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Nota: Suku Akhir 2 akan diadakan pada 20 Mac 2010
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Keputusan TM Piala FA 2010 - 20 Mac | Suku Akhir 2
- Keputusan TM Piala FA 2010 - 30 Mac | Separuh Akhir 1
- Keputusan TM Piala FA 2010 - 3 April | Separuh Akhir 2
- TM Piala FA - Perak Vs T-Team (result)
- TM Piala FA - T-Team Vs Perak (result)
One Response to “Keputusan TM Piala FA 2010 - 9 Mac | Suku Akhir 1”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Sayangnya nama Perak tidak tersenarai diantara 8 pasukan diatas. Jika dilihat kekuatan pasukan-pasukan diatas satu ketika dahulu adalah saingan saingan Perak. Tapi apakan daya, semua itu tinggal kenangan. Bagi pendapat aku, mutu kualiti pemain dah ada, tapi sikap mengagung agungkan pasukan lawan menjadikan diri sendiri kerdil. Aku sebagai pembayar tiket memang kecewa dengan sikap penonton yang menyalahkan pengadil, padahal kesilapan yang mengundang kekalahan adalah kerana sikap pemain sendiri yang berasa diri tuh bak legenda. Tapi sedarlah wahai pemain, anda semua tak kemana kalau displin diabaikan. Coach pun macam acuh tak acuh sahaja apabila kalah, cuba letakkan muka-muka baru daripada letak muka-muka lama tapi juga membawa kepada kekalahan.
Kerancakkan Liga Malaysia masih tidak dapat dirasai bagi aku peminat Perak, aku tak tahulah pendapat anda macammana, tapi semangat nak ke stadium tuh makin luntur, apatah lagi nak menghafal nama-nama pemain yang bongkak. Asas permainan pun caca merba tapi masih merasakan dirinya bagus dan menyalahkan pengadil tatkala dilayangkan kad.
Kebijaksaan pengurusan dan pentadbiran pihak atasan memberi kesan yang sangat mendalam. Kalau pentadbiran pun terumbang-ambing jangan salahkan kalau stadium masih kosong walau diberi masuk percuma. Tidak habis-habis masalah gaji pemain yang tertunggak di dada-dada akhbar, menjadi buah mulut di kedai kopi. Malulah sikit dengan pasukan kelab seperti Pos, PLUS, T-Team yang hanya berstatus kelab. Kalau pemain masih terus dibayangi tabiat tahun 1997, berhentilah anda bermain bola, baik anda mencari kerja tetap yang lebih menjamin hari tua anda.