Keputusan TM Piala FA 2010 – 20 Mac | Suku Akhir 2

TM Piala FA

Selangor (5) 3 – 0 (1) Pos Malaysia
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan (0) 3 – 1 (1) Plus FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Terengganu (1) 4 – 1 (3) T-Team
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (masa tambahan)

ATM (1) 0 – 5 (1) Kedah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Nota: Keputusan dalam kotak kurungan untuk perlawanan terdahulu. Pasukan (biru) layak ke peringkat separuh akhir 1 yang bakal di jadualkan pada 27 Mac nanti.

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “Keputusan TM Piala FA 2010 – 20 Mac | Suku Akhir 2

  1. yobscout

    elo, Lihat saja perjuangan Terengganu.. Berjuang sehingga wisel penamat. Bukan macam pasukan PERAK, sikit-sikit pengadil sikit-sikit pengadil. Padahal sendiri yang tak bagus salahkan orang lain. Tengok contoh Terengganu yang ketinggalan 2 gol ditempat lawan sebelum ini, masih berjaya menundukkan T-TEAM, dan Kedah walaupun bermain di luar masih mampu mencatat keputusan yang luar biasa. Begitu juga N.Sembilan yang memperoleh kemenangan walaupun tewas pada perlawanan sebelum ini. Itulah yang tiada dalam naluri pemain-pemain PERAK. Aku masih respekkan pasukan Selangor walaupun tewas dalam perlawanan AFC CUP, tapi tidak memudarkan semangat mereka untuk terus berjuang, biarlah orang luar cakap jaguh kampung, tapi juara dimata peminat. Bukan macam pasukan Perak, jangan cakap jaguh luar, jaguh kampung pun tidak dipandang. Lihat sahaja stadium setiap minggu, Aku rasa pengurusan pasti pening memikirkannya. Peluang wakil PERAK sudah diberi, Gaji yang diterima tepat pada waktunya, kemudahan semua lengkap adanya, apa sebenarnya yang masih membuat PERAK masih lembab? tidak kualitikah pemain kita berbanding yang lain? sehinggakan 2 pemainnya mampu dihantar berlatih bersama skuad negara. Atau jurulatih sendirikah yang tidak pandai mencatur pemain sedia ada? Atau Pengadil berat sebelah kah? atau Padang berlobangkah? Atau gaji rendah kah? Buat malu pada pasukan lain saja. Malunya.. Sungguh malu..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Lee Jr

      Salam..

      Mike ni wakil pengadil-pengadil malaysia ke? Hehehe...mike ni pengadil kat game-game kampung kan? Pengadil pada mike tidak pernah buat silap kan? Mike tengok game perak baru skali tapi cakap banyak.. Rentikan la jadi tong kosong..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Aku tak wakil mana mana pihak. Kamu jangan ingat kamu tu bagus sangat. Aku rasa kamu setakat lalang je bukan selalu pergi stadium pun kan. Pengadil selalunya akan cuba sedaya upaya menjalankan tugas dengan amanah. Selalunya yang menghancurkan permainan ialah pemain itu sendiri. Kamu lihat saja beberapa permainan, ade sesetengah pemain tuh cuma membuat hantaran kepada rakan yang "ngam" saja walaupun ada rakan lain yang lebih selesa posisinya ketika itu. Jadi adakah itu masih menjadi kesalahan pengadil? Perak kini tidak lagi seperti dulu, maruah kemana, hala kemana, depan mata cuma nampak glamer dan wang saja.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zulzia

      Mungkin yobscout salah artikel nak komen ni. Saya cadangkan yobscout terus ke artikel Info Pertanyaan dan Cadangan. Di sana mungkin boleh menbantu.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. Lee Jr

      Main bola kat malaysia ni bukan glamer sangat yob..wang main kat perak pun bukan mahal sangat bayarannye..ape yang deme nak kejor?mike nyembang gaya macam bagus..menghentam tak habis ngalahkan 100% teruk dalam team perak..kalo mike bagus,bagi komen camne nak bentuk team perak ni..walaupun pihak atasan tak nampak komen mike,tapi kami kat SDN ni dapat menilai sejauh mana kredibiliti mike dan komitmen mike terhadap pasukan perak.tau nak menghentam je rupe orang gile,budak tadika pun boleh..memang perak kini tak macam dulu,semua akui,tapi apa caranya?boleh mike nyumbangkan idea?setakat maki berguni-guni tak payah..kalo takde idea baik mike diam..mike pun bukan bagus mane..nyembang je berdegor-degor..habuk pun tarak..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yobscout

        Siapa cakap tak glamer? kalau kamu berada atas padang masa tu kamu akan tahu. Sebab tak mahal lah bayarannya sehingga pemain kabur mata disebabkan duit-duit yang datangnya bukan dari majikan sendiri. Tak payah lah kamu nak maki aku ke, kamu nak tengok kredibiliti aku ke sebab aku komen bukan untuk tunjukkan yang aku hebat, tapi aku nak semua peminat sedar agar tidak sentiasa ditipu oleh lakonan semata-mata bagi aku. Penjaga gol memaki pertahanan sendiri semasa perlawanan berlangsung, profesional ke begitu? Latihan datang lewat, profesional ke begitu? Pasukan peminat tak bergendang, profesional ke begitu? Buat apa tanya aku, aku kan gile, tanyalah budak tadika seperti kamu katakan.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sunrise

          untuk pengetahuan mike,kelab peminat sebenarnya yang tidak profesional kerana tidak membenarkan diantara mereka untuk bermain gendang itu bukan salah PAFA atau PEMAIN. jelas mike tidak berada di tempat pemain pemain ini, lakonan yang kuat sekarang teman rasa mike.

          untuk pengetahuan mike,pasukan pro yang lain juga menghadapai masalah yang sama dimana pemain pemain hadir lewat untuk menjalani latihan.tetapi setahu teman pemain pemain perak cukup pro dimana menghadiri latihan awal kira kira 10 minit dari waktu yang ditetapkan. cuma yang tak pro kat sini mike sorang je

          Likes(0)Dislikes(0)
    3. sdarerepasi

      aku??? kamu????? malu sikit dekat anak-anak yang nengok artikel nie....kene ade adab sikit.....baru boleh jadi role model kat budak-budak..

      salam....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yobscout

        Saudara yang budiman, aku tau aku tak berpelajaran macam kamu mungkin. Tapi aku pernah membelek kamus dewan, ternyata dua perkataan yang aku pakai itu tidak salah. Dan senantiasa digunapakai oleh sasterawan-sasterawan negara.

        Contoh puisi dalam kamus dewan "aku"

        Jeling-jeling paku,
        Paku masak lemak,
        Siapa jeling aku,
        Aku cakap pada mak.

        Contoh peribahasa dalam kamus dewan bahasa

        "Aku alah engkaulah menang"

        maksudnya

        Tidak mahu mengaku kalah.

        Contoh puisi "kamu"

        Kait-kait daun sepulih,
        daun sembingai nanang-nanangan,
        baik-baik kamu yang mulih,
        kamu yang tingal kenang-kenangan.

        Contoh peribahasa "kamu"

        Jangan Kamu sangka kapal api besi itu pun masuk guri juga.

        maksudnya

        Jangan sangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tak binasa.

        Guri = buyung.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. sdarerepasi

          Memang tak boleh dinafikan hujah-hujah miker memang betul dan bernas...tapi bayangkan kalau seorang anak membahasakan dirinya kepada bapanya dengan perkataan ''aku''???? bayangkan terjadi di tempat miker sebagai bapa??? adakah miker nak berfikiran'' biarlah sebab dalam kamus dewan pon boleh cakap aku ""???macam tu ke??? maksud teman disini bukan nak tunjuk pandai ke lagak ke.. cuma dalam hidup ni kena la ada adab dan sopan tu.. memang nak bagi pendapat tu boleh,, sebab isu subjektif kan,, hak sendiri.. tapi fikirla gak kesannya macam mana. teman memang tak pandai. tapi ni pendapat teman yang jujur dan ikhlas.. kita semua sedare.. jangan la benda-benda macam nie pon sampai nak keluar perkataan aku la pe la.. fikir-fikirkan la...jujur dan ikhlas dari teman..
          salam......

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. yobscout

            Habis tu kamu nak anak kamu menggunakan "mike" ? , "teman" ? , "kome"? lebih mengutamakan budaya loghat negeri berbanding bahasa yang kebangsaan? Sopan berbahasa tidak semesti melalui penulisan. Tapi keikhlasan kamu nak memartabatkan bahasa ibunda kamu sendiri adalah melalui dasar berhemah.

            Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.