Jadual “Test Match” Perak | Mac – April 2010

Sempena Liga Super yang berehat lebih sebulan, pengurusan Perak telah merangka beberapa perlawanan ‘test match’ untuk memberikan lebih pendedahan kepada pemain. Sejumlah 4 perlawanan telah dirancang bermula dari 30 Mac ini hingga 10 April 2010.

Selasa 30 Mac 2010
Perak vs Perlis
Stadium Perak, Ipoh
8:35 malam

Sabtu 3 April 2010
Perak vs Felda United
Stadium Perak, Ipoh
8:35 malam

Selasa 6 April 2010
Perak vs PDRM
Stadium Perak, Ipoh
8:35 malam

Sabtu 10 April 2010
PKNS vs Perak
Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
8:35 malam

Nota: Tertakluk kepada perubahan di saat akhir.

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “Jadual “Test Match” Perak | Mac – April 2010

  1. yobscout

    elo, harap-harap ade ler peminat nak "jenguk" , liga pun takde orang inikan perlawanan persahabatan. Harap siapa yang sembang lebih-lebih tu jenguk la skuad kamu semua nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      jelas dan nyata komen mike ni mengambarkan mike seorang yang bukan peminat setia bola sepak Perak...kalau rasa di hati tidak mahu menyokong tolong jangan beri sebarang komen..........

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. PutihKuningHitam

    tak kire perlawanan persahabatan ke perlawanan amal ke,Fan tetap Fan...At least kite bagi sokongan..insyallah setiap perkembangan pasukan akan diikuti rapat.. Hidup Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. khairol

    salam..

    memandangkan teman di KL.. teringin untuk hadir pada test di kelana jaya 10 april ni.. seminggu sebelum kita gegar shah alam. jom ramai-ramai.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yob_fizwan

    salam ahli2 SDN..insyaAllah kalau takde aral melintang, teman akan turun bagi sokongan kepada team kesayangan teman nanti walaupun perlawanan test match..tak sabar nak tunggu game Perak vs Selangor kat Shah Alam nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yobscout

    Elo, Ape yang aku perhatikan, setakat ni cuma ada 7 penyokong dari SDN sahaja yang menyatakan sokongan terhadap pasukan. Apa yang lain tidurkah? Sekian lama aku mendaftarkan diri aku disini, tak silap aku hampir 2 tahun. Aku cuma nampak hanya beberapa yang aktif berposting. Dan meriah apabila Perak memenangi suatu perlawanan atau kejohanan. Adakah ada antara anda akan berkata "adatlah tu" atau "ada aku kisah?" , jika ada, aku mengesyorkan pada anda, tamatkan saja pendaftaran kamu semua di seladang.net ni. Kalau kamu semua rasa aku salah dalam komen ni (jika approve) , kenapa admin yang ada meluluskan sahaja komen aku, mungkin ada antara ayat aku yang terpapar dalam komen telah diedit oleh admin seladang.net ni, tapi kenapa masih dibenarkan dipaparkan. Mungkin admin memahami akan niat aku cuma untuk meluahkan rasa dihati. Tapi ada antara individu yang terlalu beremosi berprasangka terhadap aku.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      teman pun setuju dengan mike, yang teman nampak pun sama, deme ni riuh time menang je, kalau kalah pakat lebuh semua taktau kemana. pada teman deme semua ni majoriti lalang je, sokong time kuat, tak kuat deme blah. lepas tu nak sembang kate penyokong setia, podahlah!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. seansan

        Ape mike berdue nak cakap, cakap la.. kami di SDN tetap bersama walau apapun yang terjadi kepada Perak. Diharap anda berdua munasabahlah diri tuh, dengan banyakkan beribadat dan amalkan sikap saling hormat-menghormati.

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. Lee Jr

      Teman pun perhatikan semenjak Perak kalah akhir-akhir ni, mike la yang paling lantang mengutuk team Perak..sampai pemilihan pemain Perak ke skuad kebangsaan pun ada dipersoalkan..ish ish ish...memang pandai mengambil kesempatan la..muncul tepat pada waktunya..tapi teman percaya, Perak akan bangkit kembali dan menutup mulut orang-orang yang betul-betul mengharap Perak akan jatuh.. pada mike,kami akan terus menyokong Perak saat menang atau kalah..

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. yob_fizwan

    Ada jugak manusia yang sanggup kutuk team sendiri ek.. dan sanggup berbalah sesama sendiri.. wahai yob berdua..sedor-sedor la.. kita patutnya bagi sokongan dan bagi komen membina, bukannya komen menjatuhkan orang lain..kami ahli-ahli SDN tetap setia dengan team perak smpai mati..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yobscout

    Sokongan membina? Sampai bila? Kenapa kamu semua cepat melatah? Lihat sahaja Robslam, walau aku tak kenal dia, tapi tahu dimana silap kamu semua disini. Cuma beriya apabila menang, dan lupa apabila kalah. Tak payahlah kamu semua menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kamu tuh disini. Kalau benar buktikan, pergilah ke stadium. Kalau benarlah pergi, apa buktinya?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Lee Jr

      Mike ngan robslam adik beradik...kan?buat-buat tak kenal pulak..hehehehe..adik mesti la sokong abang walaupun terpesong jauh pun perangai abangnya..mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi..ala yobscout rileks la..nak bukti macam mana?nak MMS gambar tiket bola game perak kat mike ye?ataupun pasni kita semua jumpa kat stadium dan sediakan borang kehadiran..mike bawak borang kehadiran tu untuk kami semua ni isi..boleh?mike tiap-tiap minggu tengok game perak kan?teman tau mike setia ngan perak..tapi setia sebagai apa,teman tak tau la..mike 2 tahun katanya duduk kat SDN ni..tapi minta maaf teman belum baca komen positif dan membina dari mike lagi..

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. putra8878

    wah!perdebatan panas ni...best.best....teruskan...editor biorkan deme meluahkan apa yang terpendam..harap jangan le cut ye...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.