Futsal | Latihan SDN KV - 6 Mac 2010 (report)
March 7th, 2010 by webmaster

Futsal SDN KV telah berjalan dengan baik pada petang semalam apabila seramai 16 orang pemain hadir pada sesi kedua untuk tahun 2010 ini di Samba de Futsal, Seksyen 51A, Petaling Jaya. Latihan tersebut diadakan dari pukul 3:30 hingga 5:00 petang.
Beberapa kenalan lama turut serta kali ini iaitu saudara Faizul, AB, Adi dan Harry. Antara muka-muka baru yang mewarnai futsal SDN KV kali ini ialah rakan kepada saudara Sdarerepasi iaitu saudara Mizi dan 2 rakan baru iaitu Hafiz dan Sapuan.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pemain yang terlibat pada sesi latihan kali ini termasuk kehadiran istimewa salah seorang admin SDN iaitu saudara San dari Ipoh yang kebetulan hadir ke Lembah Klang atas urusan kerja pada awalnya.
Senarai Pemain Yang Hadir:
SDN KV
- YB
- Syidi
- Taufiq
- AB
- Adi
- Udinese
- Zam - GK
- Sdarerepasi - GK
- Mizi
- Izwan
- Axlrose
- Faizul
- San
- Harry
- Hafiz
- Sapuan
Kedudukan Kewangan Terkini Futsal SDN KV:
Baki Kutipan Setakat 30 Januari 2010 : RM 60.00
Kutipan Pada 6 Mac 2010 - RM 140.00
JUMLAH - RM 200.00
PEMBAYARAN
Sewa Gelanggang - RM 125.00
Air Mineral - RM 10.00
BAKI DALAM TANGAN - RM 65.00
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Futsal | Latihan SDN KV - 27 Mac 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 10 April 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 8 Mei 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010
6 Responses to “Futsal | Latihan SDN KV - 6 Mac 2010 (report)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Salam…tahniah kepada semua yang terlibat pada tempoh hari….
si Mizi pun enjoy dengan SDN nie..harap dapat kekalkan komitmen sampai bila-bila……semoga bertemu lagi…..
Terima kasih kepada semua yang datang hari tu. Walaupun ada jugak beberapa member kita yang tak datang walaupun dah ’sembang’ nak datang, tapi kita berjaya juga teruskan aktiviti tersebut dengan jayanya.
Lepas habis game teman, Harry, Udinese dan Sapuan melepak di Selera Jaya 223. Memang best le pekena nasi lemak Suri ataupun Yati. Kebetulan pulak hari tu Yati punya anak ada, memang ‘mari’ le itu jam.
Udinese asik usha je minah tu, kekekeke. Tapi yang nostalgia tu asal makan kat situ je musti hujan. Dulu teman pegi pun hujan jugak. Apapun aktiviti futsal SDN nih memang best !!!.
March 20th, 2010 at 12:59 pm
bila nak setting frendly game ni yb?
March 20th, 2010 at 1:27 pm
Sabtu 27 Mac ni pun bole kalau mike berhajat. Kita main di Samba De Futsal, Petaling Jaya. Boleh setting 2 jam punya session. Sejam untuk friendly match dan sejam lagi untuk santai punya session. Nanti teman keluarkan artikel tentang “cara-cara berfriendly” dengan team SDN KV ni. Al maklumlah deme-deme ni semua cerewet skit, bukan boleh sebarang tempat main. Hahahaha…
Tahniah kepada yang hadir…
Teman minta maaf sebab tidak berkesempatan untuk hadirkan diri pada training futsal tersebut. Apa pun next time insyaallah teman akan turun. Harap-harap tidak yang menghalangnya lagi.
tahniah sdn kv…berpuluh ribu juta bilion kemaafan teman anjurkan kerana tak dapat menghadirkan diri pada latihan yang diadakan, hati teman udah kat tempat training tapi badan teman je tak gerak mane2 terlantar beristirehat aje kat HTAR & umah selama 2 minggu ni…apepun teman akan usaha hadirkan diri nanti bila dah ok…aduhai…giler nak berfutsal nih…hu2…