feed rss2

Archive for March 7th, 2010

SDN Jata

Futsal SDN KV telah berjalan dengan baik pada petang semalam apabila seramai 16 orang pemain hadir pada sesi kedua untuk tahun 2010 ini di Samba de Futsal, Seksyen 51A, Petaling Jaya. Latihan tersebut diadakan dari pukul 3:30 hingga 5:00 petang.

Beberapa kenalan lama turut serta kali ini iaitu saudara Faizul, AB, Adi dan Harry. Antara muka-muka baru yang mewarnai futsal SDN KV kali ini ialah rakan kepada saudara Sdarerepasi iaitu saudara Mizi dan 2 rakan baru iaitu Hafiz dan Sapuan.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pemain yang terlibat pada sesi latihan kali ini termasuk kehadiran istimewa salah seorang admin SDN iaitu saudara San dari Ipoh yang kebetulan hadir ke Lembah Klang atas urusan kerja pada awalnya.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. Syidi
  3. Taufiq
  4. AB
  5. Adi
  6. Udinese
  7. Zam - GK
  8. Sdarerepasi

UA-2755250-1[Valid CCL]